Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 17 June 2012

-Kek Pandan Nestum di Hari Bapa-


HAPPY FATHER'S DAY kepada semua yang bergelar bapa dan buat Abah Adam juga. Tak ucap pun lagi tau kat dia.... Tadi dia sendiri yang terkejut bila tertengok iklan kat TV, "Eh, hari bapa ke hari ni?, " dia yang bertanya pulak dan aku iye kan jelah.. Hehehe..
Hari ni mood nak mem'baking' datang, maka terhasillah kek pandan nestum ni. Sesuailah di hari bapa aku buat kek kan. Kek ni manisnya cukup-cukup rasa dan bagi yang suka manis bolehlah tambah sikit gula tu. Sebelum tu, meh jamu mata dengan laksa penang dulu yer..

 Menu semalam sebenarnya.. :)
 Kek ini asalnya kaler hijau sepenuhnya tapi aku saje 'marble' kan dan tak berapa terang pulak kalernya.


Resepi : Kek Pandan Nestum
Sumber : Myresepi

1 gelas gula yang telah dikisar
5 biji telur
1 gelas minyak masak - ku pakai minyak jagung
1 1/2 gelas tepung gandum *ayak
1 tsp soda bikarbonat *ayak
1 gelas nestum -kisar sikit lagi best kot
2 tbsp esen pandan

1) sediakan gula yang dikisar dalam mangkuk.
2) Minyak dan telur dikisar hingga kembang (pakai blender jer). Bial dah kembang sebati, masukkan dalam mangkuk gula tadi dan gaul sebati dengan spatula (ku pakai senduk kayu jer).
3) Masuk tepung, soda, nestum dan esen pandan. Kemudian gaul sebati.
4) Masukkan dalam loyang yang di gris dengan minyak dan bakar pada suhu 190c selama 45 minit atau hingga masak. ( ku bakar lebih kurang 50 miinit dan suhu 170c).

Nota : SELAMAT MENCUBA!!!

12 Komen Cerita Hati:

LYAfrina said...

msti sedap kali kek +nestum... laksa penang mmg lya kurang.. lya suka laksa trg y kuoh putih tu...

lya xde buat apa2 pon utk fain sbb x sihat.. td pon g ofis..balik smula..sbb demam tinggi sgt

CtAyue said...

@LYAfrina
yg laksa ganu tu mmg sedap..lya tak sihat lg erk? moga semuanya baik2 yer lya..

P#eoniX said...

x der bagik adiah ker kat bapenye...keh...keh...keh...agak-agak adam dah paham ker hari bapa yek...

CtAyue said...

P#eoniX
entahlah adam faham tak.. yg dia faham utralman je..hehe

P#eoniX said...

tersenyum aku dengo jawapan ko neh...hakhakhak....

Chic Na said...

woww sedapnya nampak kek pandan tu. teringin nak cuba.

semalam dh masak mknn kegemaran abah, nasi arab. :)

9n0L4 said...

wah. mesti cube ni. nmpk sedap. ;)

CtAyue said...

@Chic Na
wah chicna pandai buat nasi arab..boleh lah ajr ayu pulak nt..td bg kt jiran dia kata sedap..hehe.. :)

CtAyue said...

@9n0L4
silakan... senang je nak buat..bahan pun simple. :)

Saya Disini said...

sedpnye laksa tu

Masya said...

wahh simplenya.. macam menarik ni.. boleh cuba...

IntaNBerliaN said...

wah bestnya.. pandai masak kek :-)

leh wat sendiri bila ada tarikh2 penting kan :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute