Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 19 June 2012

-Dia dah selera-


Wah gitu kan tajuk.. Siapakah yang dimaksudkan tu? Aku ke? Oh aku ni memang hari-hari kuat makan tapi badan je tak mau gak naiknya.. Dah memang jenis aku kot camtu lagipun aku punya tabiat buruk iaitu makan tidak ikut masanya sebab tu tak mendorong aku nak naik berat, salah aku jugak kan. Hish hish...
Bulan lepas pergi klinik dan nurse ada berikan Adam 'sirap multivitamin' sebab berat dia tak berapa banyak naik tapi belum tahap line kuning lagi. Jadi taklah perlu dirisaukan sangat nurse kata tapi kalau boleh bagilah dia naik berat tu banyak lagi kan. Adam yang 3 tahun hanya punya berat 13 kg jer.. Mungkin ikut Ibu dia kot yang susah nak naik berat badan.. :)

Tapi aku ni memang lah risau sebab dia kan budak lagi... Berkesan jugak multivitamin tu bila mana dia sudah pun selera makan sekarang ni. Tapi satu jelah, 'adam ni makan banyak dan main pun sama banyak jugak'. Lagipun dia lelaki lagilah aktif lompat situ sini. Macamana tu kan? Disebabkan dia dah mula selera makan ni, maka aku ni pun kenalah rajin sikit. Nak bagi dia makan banyak, aku kena suapkan dia. Stok biskut munchy's atau tiger kena selalu ada dalam tupperware biskut dia tu sebabnya sebelum dia nak tido tu pun dia akan mintak biskut. Harapnya bila time date checkup akhir tahun nanti berat dia naik banyaklah... Banyak masa lagi kan dan aku pun kena berusaha samalah... :)
 Ini kisah malam semalam. Adam pergi beli burger dengan abah dia.(Ini Oblong abah adam punye sebenarnya. Aku punya burger daging dan burger sosej untuk Adam
 Adam order burger sosej. 
Tengok tu cara makan sambil duduk yang kurang sopan tapi suka sangat tengok dia makan. Biasanya roti tu jarang dia makan dan akan tinggalkan, tapi malam tadi semua dia makan.

Nota : Kena cari menu-menu menarik dan sihat untuk Adam..

11 Komen Cerita Hati:

Unknown said...

ayu..slim eks..oklah tu,..tapi saya dah berjaya tambah berat badan dan riso pulak terlajak tamnbah berat.

ayu, sllnya anak lelaki mmg ringan..nnt dia naik ler berat..jgn riso sgt tau..hehhehe//mia pun 13kg gak..tapi dia nampak tembam sbb jenis muka bulat

PERMATABIRU said...

saya pun dlm usaha menaikkan berat badan mybaby kaisara..masak nasi dengan majerin..try la..mungkin boleh membantu..gunakan bahan asa majerin dalam semua masakan untuk mereka..hihi

CtAyue said...

@izan mama mia kak, ayu ni bukan slim tp terlebih slim..hehe..akak kena bg tips kat ayu cmne nk tambah berat lah pulak. :)

CtAyue said...

@permata biru oo thanks..tak pernah buat pulak nasi+marjerin.nt nak cuba..thanks bgthu.

Chic Na said...

seronoknya tgk adam makan. terliur lak. bagus gak multivitamin tu.

Unknown said...

salam kenal...

alhamdulillah selera makan Adam dah ok yer...bagus2...;)

insan_marhaen said...

Wah selera sungguh Adam mamam...

fardhila fawwazy blogspot said...

sdapnye oblong...lama xmkn..hihi..bgus la adam dh bnyk mkn..biar naik brat mcm dila ye...hihi...naik skit pun jd ler..huhu

IntaNBerliaN said...

samalah kita.. mkn byk tp duk kurus kering tang tu jugak.. hehheh

baguslah berselera mkn.. alisha pun sm gak tp dia ikut gen ibu dia la plak.. mkn byk, kurus jugak... smpai org ramai tegur ingat sy xbg alisha mkn.. adehhhh...

P#eoniX said...

senang ati ibu tengok anaknya selera makan...budak selalu masalah dalam selera makan dorang...moga berterusan...hehehhe...

Masya said...

kene lebih kreatif kalau nak masak untuk anak ni kan... lagi² tgk anak berselera....

errrmm dapnya tgk burger tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute