Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 18 June 2012

Bila dia terlebih sudah..........


Aku tinggalkan dak Adam dan biarkan dia tengok Tv sebab aku nak pergi mandi dan biasanya memang dia akan tengok Tv jelah. Selesai je aku bersiap-siap dan nak masuk mengemas dapur..... Tiba-tiba tengok ada sesuatu dalam kuali minyak atas dapur aku tu. Hish..hish.. apa ke hal lah pulak adam ni? Boleh pulak dia letak 2 ekor ikan dan 1 ekor udang mainan dia dalam kuali tu. Emm.... Ini sangat bahaya bila dia mula dah nak main dekat-dekat dapur gas ni. Naik risau aku bila dia terlebih sudah kreatifnya tu.... Kena bagi warning lah nampaknya ni. Belum pernah lagi dia main dekat-dekat kuali macam tu. Mujur tak dibukaknya dapur tu.. Haih....risau aku... 

Mainan ikan tu pun sebenarnya mainan pancing dia dan boleh pulak dia buat main masak-masak yang siap letak dalam kuali betul pulak tu. Terlebih sudah kamu yer dak Adam..... Memang kena warninglah dia. 
Aku tanya dia kenapa buat macam ni? Dia kata, "nak suruh ibu masak ikan yang adam tangkap tu". Emmm... macamana aku nak marah kalau dia pandai beri jawapan yang boleh buat aku senyum. Tapi memang kena jaga-jaga jugaklah.. Bahaya bila budak-budak sudah pandai nak main dekat-dekat dengan dapur ni.

Nota : Adam ni sebenarnya memang kuat meragam sikit sejak kebelakangan ni. Macam-macam nak direka dan dicubanya. Emmm.. Ok lah.. nak pergi masak kejap sebab dia dah mintak nasik dan sebab tu kot dia letak ikan tu suruh aku masak. Mungkin adam perli Ibu dia kot. Hehee.. :)

13 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

hihihi.. bijak betul adam tu. siap tangkap ikan nak suruh ibu masak. mesti nak marah tp nak tergelak kan. :)

Rose Khadijah said...

heheheh...pandai tol si Adam tu yer..perli ibunya tu..

isshh kene awasi dia tau, jgn dok biar dia ke dapur..risau menda panas2 tu..hadehhh..ngeri kalo pikir menda itu terjadi..

CtAyue said...

@Chic Na tulah chicna.. mmg terover pulak adam ni.hehe.. nak marah tp dh dia beri jwpn mcm perli ayu pulak.tak jadilah..tp takut gak td..mujur dia tak bukak dapur gas tu..

CtAyue said...

@Rose Khadijah ahah kak..risau sgt..nsb baik minyak tu yg tak panas.

P#eoniX said...

bahaya gak tuh....harap dipantau...hakhakhak...dah macam security plak....hehehh...ingat x der minyak tadi,sekali tengok dalam minyak pon dye boh sekali...naseb baik dye x tau nak idupkan gas tuh...kene ati-ati lah lepas neh...dan erk...tapi,macam hade bakat jadik tukang masak jer...heheheh....minat masak??

are_lin@yu said...

hehe pandai betul adam..;-)

mama aryan said...

haha..bijak2 tp bahaya tu kalu minyak tengah panas,abis la udang dia tu..

Masya said...

hihihihi.. tergelak saya, dia soh masak udang jugak kot.. lame dah x makan udang...

anak² biaser bile buat sesuatu yg spontan kt nak marah pun x jadikan...

CtAyue said...

p#eoniX : minyak tu mmg dah ada dlm kuali.entahla dia minat ke tak.tgk dia kdg2 je tolong kt dapur.tp idea dia tu yg mcm2 pulak.hehe.. :)

CtAyue said...

@are_lin@yu dia mmg suka mereka macam2.tp mmg lepas ni kena tgk lah dia.

CtAyue said...

@mama aryan tu lah kak.nsb baik kuali minyak tu mmg tak panas.mahu cair mainan dia jd lain pulak..bahaya betul kan..

CtAyue said...

@Masyammg dia suka udang dan mmg lama dah kot tak masak udang.hehe..

IntaNBerliaN said...

hahahh... adam ni bijak..!1

pandai perli ibu dia yer.. hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute