skip to main |
skip to sidebar
Sejak anak semakin membesar dan mula mahu mencuba pelbagai benda, terasa macam-macam jugak perasaan ni. Memang gembira dan bangga dengan setiap apa yang dia berjaya buat. Bangga jugak bila dia dah pandai itu ini. Nak kata dia tak dengar cakap, dia dengar lah jugak........... cuma kadang dia lupa. Itu yang abah dia kadang selalu marah. Tapi sebenarnya, kita sebagai ibu bapa tidak boleh terlalu mengharapkan anak untuk berkelakuan sopan dan baik je sepanjang masa kan. Kerana mereka sedang dalam proses pembelajaran dan sedang melalui fasa-fasa untuk menjadi seperti orang dewasa. Itu yang aku selalu cakapkan kat diri aku dan abah adam.. Jangan selalu marahkan sangat dia. Nasihatkan je. Bila dia ulang lagik baru lah beri hukuman kat dia. Aku tak pasti samada cara aku ni betul atau tak.. tapi aku cuba buat yang terbaik untuknya.
Sekarang ni, bila keluar berjalan... dia agak kurang duduk diam dan tidak suka dipegang tangan. Kadang dia dulu ke depan dari kami. Bila kami tegur, dia diam lah kejap dan bagi kami pegang tangan dia. Tapi bile tak diingatkan pasti dia tak reti duduk diam. Kan ke bahaya gak tu.......... Hari tu berjalan pun dia laju je ke depan. Apa yang kami selalu buat, kami panggil dia dan stop mintak dia patah balik. Sebab ape, kalau makin kami panggil dan cuba kejar dia.. masa tu jugak lah dia akan cuba lari laju. Konon perasan yang macam kami main kejar-kejar pula dengan dia. Kadang tu abah adam perlu dukung dia walau dia dah berat nak didukung bila di tempat yang ramai orang. Bila dia perangai terlampau manja, memanjat dan melompat pulak kadang boleh jadi pening jugak. Emmm.. Ada orang cakap budak kalau banyak sangat ragam sebab takde kawan? Maknanya nak mintak kawan = adik lah tu.. Hahaha.. Itulah yang jawapan yang selalu aku dapat.. :)
Bukan perkara mudah nak didik dan besarkan anak-anak. Baru kini ku tahu betapa sukarnya ibu dan ayah ku mendidik kami 9 beradik ramainya dengan pelbagai karenah. Terima kasih buat bondaku Puan Fatimah Muda di atas segala pengorbanan dan penat lelahmu dalam mendewasakanku. Semoga bondaku sentiasa dilindungi-NYA dan dikurniakan-NYA kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin. Chik sayang mok!!!
Kerana itu bagiku bukan perkara mudah untuk mengharapkan anak yang kecil itu untuk berkelakuan baik dan sopan sepanjang masa. Adakalanya dia memanjat, adakalanya dia banyak bertanya dan banyak cakap, adakalanya dia cerewet, adakalanya dia suka sepahkan mainan, adakalanya dia suka melompat-lompat.... Tapi itulah dia anak-anak kecil yang cuba untuk belajar apa sahaja kerana mereka masih dalam proses tumbesaran.
Bila dia mula belajar menulis.............
Nota : Perkembangan anak dari usia 0-5 tahun merupakan waktu kriktikal yang perlu diberi perhatian. Memandangkan dia banyak belajar menerusi kaedah peniruan. Kita tidak mampu memastikan anak berusia 5 tahun ke bawah mengikuti semua tingkahlaku baik biarpun berulangkali menunjukkan kepadanya. Anak perlu diberitahu berulang kali nasihat untuk beberapa jangka waktu hingga mindanya mampu menerima nasihat. Pembelajaran perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Lama-kelamaan ia akan membentuk tabiat. Kita disarankan agar tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam diri anak kita. -Sumber : dari majalah Pa&Ma yang ku baca-
1 Komen Cerita Hati:
hehehhe...budak-budak memang camtuh....la sian sis maen kejar-kejar lah pulak....heheheh...kadang-kadang kite nak marah balik pon x bleh rase lawak pon hade....cume berhati-hati gak lah kat tempat orang ramai bahaya tuh....heheheh...best bace pasal adam....soklan maut....(x nak tambah lagik ker??)hehehhe....mesti bosan sis dengo soklan tuh...hehehehh...
Post a Comment