Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 7 March 2012

Apam Merkah Yang Tak Berapa Nak merekah..heheh..



Petang tadik dan baru je siap pun buat apam merkah. First try okeh. 

Dengan excited nye pergi lah ku ke kedai beli air gas perisa aiskrim soda seperti yang tertulis dlm resepi tu. Amik yang sejuk pulak tu. Balik umah, terus adun bahan-bahan. Then masuk kanlah air gas yang tengah sejuk tu. Hahaha.. Maka hasil nye tak merekah lah apam ku itu. Apepun rasa sedap dan tetap gebu. Masih boleh di ngap lagi. Tak lah membazir kan. Hehe.. Next time try lagi.. Mungkin besok-besok lah yer. Tonite dah penat. Hehe..

Ini hasil Apam Merkah saya yang tak berapa nak mekar. Dia tak mau senyum pun.. Huhu..


Sebelum di kukus

Selepas dikukus..Hahaha.. Tak mekar pun. 

So, saya pun google lah apakah tips-tips nak bagi hasil terbaik apam merkah ini. Rupanye kena macam ini :

1) Telur / susu / kalau pakai air gas aiskrim soda tu bukan dari peti sejuk.. Biarkan pada suhu bilik.
2) Pukul telur, gula, ovallete sampai betul2 putih gebu dan adunan tu tak jatuh bila diterbalikkan. (yang nie memang skip sikit tadi, tengok dah putih terus masuk tepung..hehe..patotlah tak mekar)
3) Selepas dah sudukan adunan masuk papercup, biarkan dulu kejap dlm 5minit, baru kukus
4) Pastikan air kukusan betul2 dah mendidih baru masuk kan apam tu..
5) Penutup kukusan kena dibalut kain untuk elak air menitis pada apam.


Kepada sesiapa nak cuba resepi ini.

Apam Merkah
Sumber : Kak Zu
Di try test : Ctayue

200g Gula castor
2 biji telur
1 sk ovallete
1 sk esen vanilla
250g tepung gandum
1 cawan aiskrim soda
pewarna & perisa kesukaan

1) Telur, gula & ovellete dipukul kembang
2) masuk tepung selangseli dgn air soda
3) tambah esen dan pukul hingga kembang sebati
4) Bahagikan adunan, tuang dlm papercup, lorekakn atas bagi cantik
5) kukus 7 minit hingga merekah.

p/s : Okeh, next time if rajin try buat lagik. Bak kata orang practice make perfect.





2 Komen Cerita Hati:

cheqna said...

dok wape nok gebu tu
hehehehe
dakpe try agi...=)

rieda_ffya said...

mencuba lagi la ayue....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute