Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 30 October 2013

Dhia with her new cousin


Dhia dapat lagi sorang sepupu baru yang sama baya. Tahun ni, cucu mak Bonda tiga orang lahir tahun sama. Maka sebayalah mereka semuanya. Tapi yang baru ini, sepupu lelaki.

 Tak malu anak solehah ibu ni berseksiandi sebelah sepupu lelakinya yang diberi nama Firdaus..hihi..
Dhia sudah nak 6 bulan dan Firdaus baru je sebulan lebih. masa kecik ni bolehlah duk beza-beza bulan lagi.. nanti dah besar sikit...tengok-tengok main pasir kat depan rumah grandma sama-sama dah kan. Semoga kalian membesar dengan sihat dan kuat, jadi anak yang soleh dan solehah. 

Monday, 28 October 2013

Wooden Toys : Addiction and Subtraction


Anak soleh dapat hadiah lagi dari abahnya..Tapi saya suka kalau abahnya belikan toys education camgini. Bertambahlah lagi koleksi education toys untuk Adam.

 Abahnya beli masa kuar beli sorang-sorang masa kami ke Kajang hari tu... katanya kat kedai dalam Metro Kajang. Harganya RM20.
 Sangat sesuai dengan Adam yang tengah belajar tambah tolak. 
Dengan adanya toys camgini memang membantu Adam lebih memahami tambah dan tolak. Dia pun dah pandai guna jari jemari dia jugak nak menambah dan menolak nombor. Cepat jugaklah dia memberi jawapan bila ditanya. Alhamdulillah..

Nota : Adam sekarang ade perangai sikit tau. Kuat merajuk dan over nakkan perhatian ibu abah. Kadang tu naik pening dibuatnya dan dalam duk mengada camtu pun dapat hadiah jugak kan. Ayah mana yang tak sayangkan anak.. 


Saturday, 26 October 2013

Kek Keju Meleleh lagi...........


Alhamdulillah.. Ini repeat buat order untuk kali kedua. Bila ada sambutan buatkan saya bersemangat untuk teruskan. Syukur juga bila kawan-kawan yang order memberi komen yang positif. Sebelum ni duk tayang kek keju meleleh yang saya berjaya eksperimen tu kan. Maklumlah kek ni semakin femes, itu yang cuba buat dan ambil peluang test market kat tempat saya ni. hihi.. Plan seterusnya dah ada dah idea ni dalam kepala ni.. Inshaallah akan diusahakan dan semoga dipermudahkan-NYA.
 Kek keju versi saya.. Ini pun dapat resepi dari seorang kawan yang baik hati dan dia pun niaga kek ni. Terima kasih sahabat.
RM10 satu packaging camgini. ok tak? hihi..

Inilah minat saya... dari minat timbullah rasa nak cuba niaga pulak..semoga dipermudahkan. Amin..

Bila kesayangan kami demam....

Cerita demam seminggu yang lalu. Dalam keadaan anak-anak kurang sihat pun tetap bawa berjalan jauh nun ke bangi untuk memberi sokongan kepada pertunangan big brother. Budak berdua ni memang dah ada demam dah sikit dan hari Dhia kena inject tu dia memang dah nak demam. Bila kena inject dan tempat inject tu tegang bengkak sikit..itu yang menjadi larat demam Dhia. Si abangnya pula jangkit dari Dhia lah kononnya pun terkena demam jugak. Bila dua-dua anak demam...haa tak tidur malam ibu abahnya. Abah duk pantau Adam dan ibu duk pantau Dhia.. 

Masa duk homestay tu pun Dhia merengek aje tak selesa berubah tempat pun satu hal ditambah badan dia yang tak berapa sihat tu pun satu hal. Abangnya ni kalau siang kurang demamnya tapi bila malam jer mula moyok semacam jer.. Plan nak berjalan ronda KL pun tak kesampaianlah hari tu..Habis je majlis terus bertolak balik ke Kemaman. Lainkali kata abah... kesihatan anak-anak lebih penting. Alhamdulillah selang sehari balik dari Kl tu, anak-anak dah kembali sihat dan bertambah lagi sihat bila dah balik rumah mereka sendiri..

Adam memang on time bagi minum ubat dan Dhia pada hari pertama tu ada jugak bagi dia ubat 2 kali kot. Kesian Dhia kena paksa makan ubat sedangkan dia belum pun diberi makan lagi. Sudahnya tersedak-sedak Dhia nak menelan ubat tu. Kakak ipar pulak cakap tak elok bagi ubat kat baby, so saya pun terus stop beri Dhia ubat dan lebih kerap menyusukan Dhia. Mujarabnya dan magiknya air susu ibu...tiga hari aje Dhia demam dan beransur baik. Alhamdulillah..
 Banyak kotak jugak beli cool fever hari tu..yelah dua beradik yang demam kan.. Kerana Dhia kurang sihat hari tu, abahnya belikanlah mainan baru kat dia. Dapat lagi dia catterpilar baru yang panjang tu haaa... Siap ada bunyik lagi. Dapat hadiah mainan baru terus muka seronok. Hihi... tips kembalikan semangat anak kata abahnya. (^_^)
Si abang pun bila demam kuranglah buat aksi lompatannya.. Tidur jer dia tapi ini malam jer tau. Siang hari aktif jugaklah sikit-sikit.

Ya Allah...lindungilah anak-anakku. Kurniakanlan mereka kesihatan yang sentiasa baik. Jadikanlah mereka menjadi anak-anak yang taat, soleh dan solehah. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute