Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 14 August 2015

Belajar jawi dengan set buku ibu ajarku jawi


Ada yang bertanya saya.. "guna buku apa ajar anak baca jawi?" "buku tu berkesan dan bagus ke tidak?"

Saya pilih set buku ibu ajarku jawi sebabnya set buku ni disusun macam buku buku bacalah anakku dan read easy yang saya guna sebelum ni. Bila jumpa set buku begitu...saya terus je beli. Terdapat 7 buah buku semuanya. Bagi saya sangat berbaloi beli buku ni. Alhamdulillah anak saya mudah faham dan hanya ambil masa seminggu lebih sahaja untuk habiskan tujuh buah buku tersebut. 
 Ujian tahap kefahaman adam baca jawi. Syukur... dia sebut dengan mengeja juga. Ga ya ga ya = gigi.
Hasil usaha adam jawab soalan jawi.

Kadang kan kita nak pilih set buku apa yang bagus untuk anak pun boleh jadi pening dan risau jugak kan. Sama macam saya pun begitu dan bila tanya pengalaman orang lain, barulah saya beli dan cuba ajarkan anak saya. Saya percaya bila kita konsisten dan sabar, in shaa Allah anak akan boleh juga membaca dengan baik. Untuk belajar jawi saya sangat syorkan set buku ibu ajarku jawi ini. Kalau nak ajar membaca boleh guna set buku bacalah anakku dan read easy.

Pertandingan gerak irama dan kreatif


Adam telah terpilih mewakili tadikanya untuk pertandingan gerak irama dan gerak kreatif. Bulan depan pertandingan tu untuk pilihan mewakili peringkat negeri. Semoga ada rezeki buat adam dan kawan-kawan yang seramai 15 orang semuanya.

Minggu lepas saya berkesempatan melihat sendiri persembahan mereka di hari potensi kanak kanak kemas 2015. Adam memegang watak sebagai burung helang. Persembahan mereka tu menceritakan suasana di sebuah pantai. Seronok tengok anak anak comel ni buat gerak pelbagai gaya diiringi irama. Cikgu dia cakap tak boleh pakaikan props lain sebab syarat pertandingan hanya boleh dipakaikan baju warna dan bersolek sahaja tetapi tidak boleh ditambah props atau kostum pada badan.  Kalau pakai props lagilah comel kot kan.. :)
 adam dan kawan kawan bersama cikgu-cikgunya.
Gambar ni masa mereka tengah buat latihan. Adam macam hero helang pulak.. ini part last persembahan. Tu diaa adam siap naik atas badan kawan dia. :)
Semoga berjaya hendaknya nanti.. tak sabar nak tengok dia di hari sebenar pertandingan tu. 

Thursday, 13 August 2015

Aktiviti b. Inggeris : spelling and build a word


Sukarnya nak bagi anak suka subjek inggeris ni. Saya ni bukanlah pandai sangat subjek ni.. ikutkan zaman sekolah dulu kan, subjek ni la saya duk suka tidur dalam kelas.. itu yang saya nak anak-anak saya untuk suka subjek inggeris ni. 

Bahasa yang banyak guna kat rumah kan cakap melayu.. lagilah kena work hard untuk anak suka speaking dan faham b.inggeris. 

 Alphabet clothespins tu baru diy jadi cun sikit dari sebelum ni. Buat Huruf atas kertas kaler berwarna supaya mudah anak nampak hurufnya. Flash card bergambar. Eja dan match kan huruf tu. Bila ada gambar tu mudahlah sikit dia nak faham. Ooh box tu kotak maksudnya. :)

 idea ni dah lama simpan. Cedok idea dari gugel lah. Buat macam buku, tulis huruf. Yang ini untuk spell and build a word. Contoh kita sebut hid dan minta anak eja dan bina word tu.


Amboi.. tunjuk best lagi dia ye. Hihi. 

Cara mudah ajar anak sebut sukukata dengan flash card

"Macamana nak bagi anak cepat faham sebut suku kata ni? Kenapa bila ajar ikut buku tu anak tak minat?"
Saya pun pernah alami keadaan begitu masa mula nak ajar anak belajar membaca. Nak habiskan satu mukasurat pun memang jenuh jugak nak melayan ragam anak. Masa tu adam umur 4 tahun. Mana mahu anak yang umur 4 tahun boleh fokus belajar dengan hanya tengok buku je kan. 
Maka, saya banyak gugel dan cedok idea-idea dari blog mama mama yang share aktiviti homeschool terutama blog oversea yang share banyak aktiviti menarik. 
Belajar sambil bermain..memang sangat membantu tau. Alhamdulillah, pada awalnya anak tak menunjuk minat nak belajar, nanti boleh jadi minat. Bila tengok anak bosan nak fokus baca dalam buku, apakata alihkan pula dengan aktiviti games bahasa. Contohnya bermain dengan flash card. Flash card ni kan sangat membantu tau dan macam-macam aktiviti kita boleh buat dengan flash card ni.
Contohnya yang ini untuk sukukata daripada buku 1 dan 2 bacalah anakku. Tuliskan je pada kertas A4. Caranya minta anak cari dan padankan pada sukukata tu. Mudah je kan.. sebelum ni anak yang keliru, bila buat begini kan dia dah tak keliru sangat dah dan boleh cam sukukata tu.

Selain flash card, banyak lagi cara boleh kita guna untuk tarik minat anak belajar membaca ni. Aktiviti mewarna, playdoh dan sebagainya lagi. Apa yang penting kita kena sabar dan jangan memaksa anak untuk cepat faham sesuatu tu. Boleh baca kat SINI cara saya tarik minat anak dan aktiviti lain yang boleh dicuba.

seronoknya belajar matematik : Belajar Bilang dua dua


Subjek kesukaan adam adalah matematik. Saya dah mula belikan dia buku aktiviti darjah 1.. lagi beberapa bulan je pun kan dah nak masuk darjah 1. Topik matematik bilang dua-dua ni adam tak berapa faham.. itu yang saya buatkan aktiviti ni dan diy bbm ni.
Nombor penutup botol dan lukis garis nombor atas kertas A4.
Ini pula guna nombor penyepit baju dan hanger baju.
Ini pula buatkan garis nombor untuk uji dia. Letak nombor tu... yang kosong tu nanti adam kena letak.
Alhamdulillah.. bila buat macam ni, dia boleh faham dah. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute