Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 12 June 2017

SSC Pertama kami

Sebelum ni kan, saya tak ambil tahu pun yang nak gendong anak pun kena ada penggendong yang sesuai. Kena tahu baby carrier bagaimana yang selamat dan yang baik. Saya akui dua anak sebelum ni saya guna baby carrier yang salah rupanya. Yang tergantung kaki baby dan bukan M shape. Oh rasa kesian kalau ingatkan semula. Nasib baik tak ape ape mereka.

Anak bongsu baru la terhegeh nak beli kan..barulah tahu apa itu ergonomik semua tu. Akhirnya saya berjaya membodek si suami beli carrier ergonomik. Ssc brand andrea. Walaupun preloved aje tapi dah happy dah tau. Terima kasih suami.

 Like new lagi ssc ni dan diberikan sekali drool pad..dua botol susu avent percuma.

 Cubaan pertama abah. Insert towel gulung bawah punggung baby sebab dia baru 4 bulan lebih dan berat pun baru 5.2kg.

 Intai lagi tu.. bila acah acah nak ambil..dia tak nak keluar..means dia selesa la tu..siap gelak gelak lagi dia duk kene gendong dalam ni.

 Hai.. terima kasih abah sebab buat pilihan yang baik. Belikan ergonomik jenis carrier..barulah kaki saya tak tergantung kan.

Saya letak dalam beg ni je untuk simpan ssc. 

Cuddle me pun ok juga kan. Lebih kurang macam andrea. Ada yang kata brand ni tak di approve kat group babywearer dan saya pun tak pasti kenapa. Sekurang kurangnya kami dah pilih yang ergonomik dan beli carrier dari trust seller. Bukan yang fake. Kan. InshaAllah..mudahan baby happy dan ibu abah pun happy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute