Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Friday, 4 November 2016

Cara mudah buat dadu kertas


Sebelum ni saya selalu pening nak buat dadu dan akan selalu jadi kurang kemas. Alhamdulillah, jumpa juga cara mudah nak buat dadu kertas selepas tengok tutorial video kat fesbuk. 
Lipat sehelai kertas A4 kepada tiga. Gamkan hujung bertemu hujung. Bahagian atas dan bahagian bawah digam kemas.

Kemudian,  dengan kedudukan melebar..  Tandakan ukuran saiz yang diingini.  Ibu buat 5cm setiapnya.  Selepas tu,  gunting.  Satu kertas akan dapat 4 bahagian. 

Lipat kemas setiapnya supaya membentuk petak seperti di atas.

Hanya guna tiga bentuk sahaja ye. Dan susun kedudukannya seperti di atas. Masukkan satu persatu. Masuk yang tengah dulu kemudian yang terakhir masuk dari atas.  

Siap dadu.  Boleh tulis guna marker pen. Gam hanya diguna masa nak gam kertas A4 di langkah awal je..  :)

Dadu sukukata.  

Boleh  main buat perkataan. Banyak lagi aktiviti boleh buat guna dadu ni. 

SELAMAT MENCUBA!!


Sunday, 5 July 2015

Doa untuk rawatan demam



Selain daripada berikan ubat, rawatan dengan cara ini pun mujarab juga. Insha Allah.. saya dah cuba kat anak.. baca doa tu pada segelas air dan beri anak minum.. Alhamdulillah banyak perubahannya dan lepas ni kena amalkan selalu. 

Saya juga dah cuba kaedah tradisional :

1) untuk selsema dan batuk iaitu tenyeh kunyit hidup pada batang hidung anak dan guna bawang putih yang dibakar, kemudian campurkan dalam minyak zaitun ataupun minyak masak pun boleh.. sapu pada dada anak dan tapak kaki. Insha Allah, dengan izin-NYA... selsema anak boleh reda.

2) stokin bawang. Saya dah cuba yang ni... letak hirisan bawang besar pada tapak kaki anak dan pakaikan stokin. Fungsinya bawang boleh menarik haba dari badan.

Tuesday, 10 September 2013

~Tips Mendidik Anak~


Terbaca post ni di fb dan suka nak share kat sini sebagai panduan untuk diri sendiri juga.

 Hendak mendidik anak pun kena ikut tahap rupanya kan.. kalau umur bawah 6 tahun macam Adam nih, emm tak boleh sangat nak mengharapkan dia buat sesuatu tu dengan sempurna dan sentiasa displin je.. Kena ikut tahap demi tahap.
Rupanya selama ini saya banyak silap untuk bercakap dengan anak dengan cara yang betul dan penggunaan ayat-ayat yang betul. banyak kena ubah dan belajar untuk tenang semasa memberi arahan. Huhu.. Kadang-kadang hati tengah stress, itu yang memberi arahan pada anak pun main cakap jer..



Ya Allah..jadikanlah anak-anakku Adam dan Dhia menjadi anak yang taat, hormat dan berbakti kepada ibu abah. rahmatilah mereka dan berkatilah kehidupan mereka. Amin.

Tuesday, 25 June 2013

Akibat kurang dengar kata, ibu jadi kuat marah!!


"Adam, diamlah sikit.. adik nak tidur".
"Adam, tak bolehlah lompat-lompat, jatuh nanti".
Adam......... tak bolehlah gitu.. tak bolehlah camni.. Setiap hari benda yang sama saya akan ulang cakap marah nasihat dia. Oh.. memang menguji kesabaran betul. Terlupakah saya yang Adam tu baru 4 tahun dan ragamnya memang sukar dijangka.. lasak memang normallah ketika umur budak camtu tapi saya asyik nak marah je kat dia dan bukan saya je, abahnya pun sama dah selalu marah dia lately ni. Adam bukanlah nakal sangat pun kalau diikutkan ada lagi budak yang lebih nakal dari dia. Adam ni aktif lasak dan suka nak cuba macam-macam je. Sekarang ni Adam mengada-ngada seolah-olah nakkan perhatian dari kami seperti sebelum dia bergelar abang. Mungkin kerana itu adam semakin macam-macam kebelakangan ni yang menyebabkan saya asyik nak marahkan dia. Silapkah saya?? Saya jadi geram bila adiknya tidur dia saje-saje jer pergi ngacau adiknya tu, lepas tu suka sangat lambat-lambat ikut arahan kalau saya mintak buat sesuatu misalnya minta dia pergi mandi.

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. sumber

Betullah... saya silap dan saya terlupa kerana tidak memahami kehendak dia.. Sebenarnya adam inginkan perhatian kami. Sebelum ni hanya dia je dilayan tapi bila dia perlu berkongsi kasih dengan adiknya, itu yang dia keluarkan macam-macam ragam kot sejak akhir-akhir ni.

Tips atasi masalah kuat marah pada anak :
1) Fahami bahasa anak dan bertanya lemah lembut kepadanya. Pandang muka dan tatap matanya.
2) Luangkan masa dengan anak.
3) Ajarkan anak dengan perkataan 'tunggu sebentar boleh' sekiranya anak perlukan sesuatu tapi anda sedang sibuk. Jangan buat tak tahu atau acuh tak acuh.
4) Cuba fahami personaliti anak.
5) Sentiasa ingatkan diri anda dengan sikap positif anak, keletah anak dan karenah anak yang memghiburkan. Tumpu pada kelebihan itu dan jangan ingati kekurangan anak.
6) Doakanlah yang baik-baik untuk anak.

Semoga saya mampu atasi sikap kuat marah saya yang dah mula ada ni.. adam anak yang baik cuma dia perlukan perhatian je.Bab belajar adam nampaknya cerdik tapi sikapdan perangai  pun kenalah cerdik juga kan.

Monday, 17 June 2013

~Sekadar Renungan dan Peringatan untuk diri sendiri~

Saya tak perasan yang saya menegur Adam adakalanya cara salah saya tu rupanya. Mula-mula saya memang tegur... "Adam duk diam sikit". Dua tiga kali cakap ulang benda yang sama... memang last-last saya berleter panjang lebar meleret-leretlah jadinya. Dah jadi macam marah dan paksaan kadang tu. Patutlah bila tegur banyak kali dia pandai buat dek aje... Ikut tu memang dia ikutlah arahan atau teguran saya tapi dengan mukanya yang ala-ala fedup jer sebab asyik kena bebel je kan.. Muahaha.. Kena tukar cara ler nampaknya yer.. Dah memang jadi mak ni memang suka membebel kan.. (^_^)
Selalu juga amalkan tapi adakalanya terlepas cakap ayat salah gak kadang tu.. Selalu beri pujian kalau anak berjaya buat sesuatu... Memang berbeza kalau guna ayat pujian positif dengan cara cakap negatif..  sama juga guna perkataan 'jangan' dalam menegur pun tak berapa digalakkan kan.... saya lebih suka guna 'tak boleh' kalau menegur anak.

Friday, 14 June 2013

Akhirnya bertukar wajah jua...


Sudah agak lama niat nak tukar wajah blog ni. Bila duk edit sendiri memang langsung tak menjadi ++ tak reti sebenarnya. Sudahnya mencari mereka yang pro dalam edit mengedit blog ni. Berkenan dengan editing Cik rose, so saya pun inbox lah kat fb Cik Rose. Bila Cik Rose memberi respon, sangatlah gumbira hati ni. Tak sampai dua hari..dah siap dah wajah baru blog saya. Terima kasih yer akak..
Sesiapa yang nak edit blog, bolehlah buat tempahan ngan cik rose kat SINI

Nota : Tak bayar lagi tempahan ni..hehe.. Sorry kak, lambat sikit.. :)

Wednesday, 12 June 2013

Puting kosong, perlu ke?


Perlu ke saya kenalkan puting kosong kepada Dhia? Sedangkan abangnya dulu tidak pun saya ajar puting kosong. Samada Adam ataupun Dhia bukanlah meragam sangat pun sebenarnya dan bukanlah dalam kategori bayi kuat menangis cuma Dhia suka nak nyonyot je bila dia nak tidur. Bila disuakan susu ibu secara terus, memang dia menolak dan macam marah sebab susu masih keluar sedangkan dia dah kenyang kan. Itu tandanya dia nak puting kosong ke? Dhia meragam macam tu jelah dan kadang-kadang jer pun.. Serba salah nak ajar puting kosong ni tapi kadang penat juga nak layan sebelum dia lena tidur tu kena berdodoi sayang di pangkuan lengan dan ribaan. Bila dia dah kenyang memang dia tak mahu dah disusukan tapi dia macam nak nyonyot jer dan bila nyonyot kuar susu pulak, marah lah dia. Hihik.. Harus ke saya beri dia puting kosong? Haaishh susah nak buat keputusan sebenarnya sebab puting kosong tak berapa elok kot diajar pada anak bimbang nanti mengganggu penyusuan susu ibu pulak kan + nanti duk kat mulut je puting kosong tu. Oh nampak tak elok jer di situ.. (itu pada saya lah yer..)

Puting kosong : Alat penenang adalah alat yang memberi bayi sesuatu yang selamat untuk dihisap, seperti gegelang gigit bagi gigi yang sedang tumbuh atau kelentong bulat di hujung. Hari ini, puting kosong diperbuat dari silikon atau getah yang standard, dengan pengadang mulut yang diperbuat dari plastik atau silikon bersama pemegangnya. Puting lateks adalah lebih lembut dan fleksibel dari silikon, tetapi ianya tak tahan lama. Puting moden adalah selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi dari tercekik atau menelan puting itu.

Faedah menggunakan puting kosongmembantu untuk menenangkan bayi hingga tidur, boleh membantu sesetengah bayi pramatang.

Keburukan : infeksi telinga meningkat, kaitan dengan ifeksi perut dan lain-lain, penggunaan puting kosong secara jangka panjang boleh menyebabkan masalah gigi dan masalah pertuturan dan juga boleh mengganggu penyusuan susu ibu.
sumber :  baby center

Melihatkan keburukan tu buatkan saya makin 50-50 pulak nak ajar Dhia puting kosong. Patutkah? Perlukah? Huhu.. Kena cari jalan solution lain dulu kot.. Penat memang penat melayan si kecil tapi kalau untuk kebaikannya penat macamana pun terpaksalah kan. Saya ni kalau boleh memang nak elak dari beri anak puting kosong ni...

Friday, 7 June 2013

~Kaedah Perancang Keluarga~


Kalau sebelum ni saya tidak terlalu menitikberatkan soal perancangan keluarga dan tidak ambil apa-apa kaedah pun kerana saya merancang sendiri secara semulajadi. Tetapi kali ni saya rasa perlu fikirkan kaedah mana yang terbaik untuk saya memandangkan saya sudah dua kali bersalin secara pembedahan. Pakar pun sudah nasihatkan saya supaya merancang dengan betul kerana saya perlu jarakkan kelahiran sekurang-kurangnya 3 tahun untuk anak yang ketiga. Kalau sebelum ni dengan kaedah merancang sendiri saya berjaya jarakkan 4 tahun tetapi untuk kali kedua ni saya tidak berapa yakin untuk merancang sendiri.
Dapat brochure ni dari klinik semalam.
"Merancang keluarga adalah tanggungjawab bersama ke arah keluarga bahagia"
Banyak kaedah boleh diguna bagi mereka yang ingin merancang dan pilihan terletak di tangan masing-masing.

1) Pil ~ Pil yang mengandungi hormon sintetik pencegah kehamilan dalam bentuk progestogen. Ia perlu diambil secara konsisten supaya berkesan dan ia berkesan hampir 99%.

2) Suntikan ~ Hormon pencegah kehamilan yang diberi secara suntikan setiap tiga bulan dan ia berkesan hampir 100%.

3) Implan ~ Sejenis alat plastik kecil berbentuk rod yang mengadungi hormon sintetik progestin. Ia dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan dan dikeluarkan apabila genap 3tahun. Ia berkesan hampir 100%.

4) Alat dalam rahim (ADR) ~ Sejenis alat kecil dimasukkan ke dalam rahim dan akan dikeluarkan apabila genap 3 tahun. Keberkesanannya hampir 97-98%.

5) Kondom ~ Sejenis getah lembut yang disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan untuk mencegah kehamian dan penyakit seksual.

6) Kaedah pemandulan wanita ~ Kaedah pencegah kehamilan yang kekal dimana melibatkan pembedahan kecil ke atas wanita dan kedua-dua tiub salur falopio akan diikat.

7) Kaedah pemandulan lelaki ~ Kaedah kekal untuk menghalang kehamilan. Ia melibatkan pembedahan kecil pada lelaki dimana kedua-dua salur sperma diikat.

Setelah saya berbincang dengan Mr. Hubby saya, maka pilihan terbaik saya rasa nombor 1 dan 2. Untuk 6 bulan pertama ni, saya nak ambil pil perancang noriday memandangkan saya menyusukan anak dan selepas itu barulah saya bertukar ke kaedah suntikan. Suntikan lebih mudah sebabnya 3 bulan sekali je perlu ke klinik ambil suntikan tu. Kalau nak teruskan pil ni, saya kena pastikan displin tu kena betullah aturan makannya. 

Monday, 22 April 2013

Percayalah pada mereka!!


Wah tajuk... tak agak-agak.. Huhu..
Pernah tak kita rasa risau, bila tengok anak orang lain pandai itu ini, kita rasa tak seronok bila anak kita masih belum pandai. Saya pun pernah tau... dan kadang tu rasa hot je bila anak tak boleh ikut cakap saya.Tapi saya silap yang sebenarnya anak-anak ni ada tahap kemampuan dan masa dia sendiri bila dia akan pandai sesuatu tu. Contohnya macam anak orang lain dah pandai membaca, tapi anak kita lambat pulak pandainya. Mulalah rasa risau kan? Sebenarnya... setiap kanak-kanak itu berbeza tahap penerimaannya. 

Percayalah pada kebolehan dan kemampuan anak-anak kita sendiri. Tak semestinya tengok anak orang cepat pandai sesuatu, kita nak paksa anak cepat pandai  jugak. Berilah dia masa dan ruang... Kena pandai menilai tahap penerimaaan anak dengan setiap apa yang kita ajarkan dia. Macam saya sendiri, pada mulanya nak buat keputusan ajar Adam membaca awal, saya agak rasa risau dan stress juga tau. Risau takut membebankan dia sebab akak saya cakap.. jangan push sangat anak, kalau tengok dia boleh ikut dan terima.. go on jelah..if dia macam susah nak terima.. postpone kan dulu dan ajar slow-slow, peringkat demi peringkat. Itulah yang saya ikut dan saya pun mencarilah bahan yang sesuai untuk ajarkan dia sebab bahan bacaan yang sesuai pun perlu diambilkira juga kan.. Alhamdulillah.. Adam dapat terima dengan baik walaupun pada mulanya agak sukar sebenarnya tapi usaha serta kesabaran itu kena seiring juga. Bukan senang nak mengajar anak pandai membaca tapi saya harus cuba. Itu yang saya set kan dalam mind saya ni. 

Dengan perbanyakkan games bahasa dan diselang-selikan dengan buku-buku aktiviti itulah yang banyak membantu Adam untuk lebih cepat memahami teknik membaca. Lagi pula... Adam tidak menggunakan hanya satu kaedah jer tapi 3 kaedah iaitu fonik, sukukata dan mengeja walhal pada mulanya saya hanya plan nak ajarkan dia guna fonik sahaja tapi bila perhatikan dia sendiri yang suka mengeja dan mengecam sukukata, maka teruskan ajelah seperti dia mahukan kerana itu yang dia cepat tangkap dan faham. Biarlah dia slow nak faham dan mengecam, at least dia tahu cara nak sebut bacanya. Jadi jangan risau kalau anak kita lambat ke apa ke... Percayalah pada kemampuan anak kita.. saya pun takdelah memaksa atau tekankan sangat Adam untuk every time tu kena study dan duk diam belajar baca buku sampai pandai.. Oh tidak yer!! Saya hanya habiskan masa ajar dia membaca setiap malam hari sekolah aje. Itupun bergantung kepada mood saya dan mood dia.. Adam pun tidaklah selancar mana bacaannya tu tapi bolehlah dia nak sebut. Saya tak marah dia lambat tapi saya akan bantu lagi dia untuk lebih lancar selagi dia masih perlukan bantuan saya.

Percayalah pada mereka!! Semoga anak-anak kita membesar dengan baik dan menjadi yang terbaik. Anggaplah yang anak-anak kita sentiasa hebat di mata kita. Saya tidaklah banyak pengalaman soal mendidik anak-anak ni dan masih banyak lagi perlu belajar. Pengalaman orang lain dan pengalaman diri sendiri dibesarkan itulah yang banyak membantu saya. Semoga saya mampu memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Inshaa Allah...

Sunday, 14 April 2013

Andainya anak-anak.......


Andainya anak-anak..

Andainya anak-anak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.

Andainya anak-anak hidup dalam permusuhan, 
mereka akan belajar melawan.

Andainya anak-anak hidup dalam perolokan, 
mereka akan belajar menjadi pemalu.

Andainya anak-anak hidup dalam keaiban,
mereka akan belajar merasa bersalah.

Andainya anak-anak hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar bersabar.

Andainya anak-anak hidup dalam galakan,
mereka akan belajar tentang keyakinan diri.

Andainya anak-anak hidup dalam kepujian,
mereka akan belajar untuk menghargai.

Andainya anak-anak hidup dalam saksama,
mereka akan belajar tentang keadilan.

Andainya anak-anak hidup dalam keselamatan,
mereka akan belajar untuk mempercayai.

Andainya anak-anak hidup dalam keizinan,
mereka akan belajar mengasihi diri mereka.

Andainya anak-anak hidup dalam penerimaan dan persahabatan,
mereka akan belajar mencari perpaduan dan kedamaian di dunia.
Sumber : Fb (kelab Ibu hebat,anak ceria)

Saturday, 23 March 2013

Buku yang saya guna untuk adam belajar membaca

Saya nak berkongsi sedikit tentang set buku bacaan yang saya guna untuk ajar adam membaca bila ada sahabat blogger yang bertanya saya guna buku apa. Sebelum ni ada saya postkan tentang saya beli hadiah masa birthday dia.
Set buku Bacalah Anakku keluaran ReadNetwork ni saya beli kat kedai buku SMO dengan harga RM36.90 tapi sebab jadi ahli, dapatlah diskaun sikit dan bayar dengan harga RM33.21. 

Saya mula ajar adam dengan buku 1 pada hari jadinya dan seminggu lepas tu, dia dah mulakan buku 2 dan sekarang dia dah di buku 4. Bila anak dah boleh gabungkan bunyi sikit-sikit untuk baca perkataan, itu dah buat saya happy dan semakin teruja nak ajar dia lagi. Berbaloi rupanya saya beli buku ni. Tapi dah banyak kot tadika guna kaedah fonik dalam ajar kanak-kanak membaca. Bagusnya buku ni sebab ada disediakan cd untuk panduan kita cara sebutan bunyi dan juga flash kad pun disediakan bagi memudahkan kita nak ajar anak. Saya pun memang banyak guna flash kad dalam ajar Adam sebut dan gabung bunyi tu. Contohnya, kalau hari ni saya ajar just baca dengan tengok buku, besoknya pulak saya tukar ajar guna kaedah permainan bahasa pulak. Sebenarnya ada kursus tau untuk buku ni tapi saya tak pergi kursus pun, teringin jugak tapi entah bilalah agaknya kan berkesempatan. Hihik.. Saya just buat research sikit-sikit untuk dapatkan info dan belajar cara bunyi huruf dengan betul berpandukan cd tu je. 
~picture dr pokcik google~
Untuk lebih membantu anak dalam menguasai kemahiran membaca, ada jugak buku aktiviti tau untuk anak-anak macam pic kat atas tu. Tapi saya belum beli lagi buku ni dan masih menunggu stok kat kedai buku yang selalu saya pergi tu ada. 
Memang nak jugak beli yang ni. Hihi..

Entry ni bukan saya nak menjual ke apa yer. Saje je nak berkongsi dengan sahabat semua tentang buku ni kot-kot lah ada yang berminat kan nak try beli juga dan masih mencari-cari buku apa yang sesuai untuk anak mula belajar membaca. Saya mulakan ajar BM dulu dan nanti barulah saya beli set Read Easy pulak untuk BI. Ajar satu-satu dulu, kalau tak... mahu pening Adam nanti nak paham. :)

Nota : Kalau nak tahu banyak lagi info tentang buku ni, bolehlah intai-intai kat sini.

Friday, 22 June 2012

Jangan buat macam ini tau!!!


Dulu kan..... dulu lah masa zaman muda mudi.. Hehehe.. Aku cukup tak suka tandas jenis macam ni. Selalu sangat aku naik duk mencangkung kat atasnya sebab geli terutama bila kat tandas awam. Mujurlah takde apa-apa berlaku kat aku kan masa dulu-dulu tu.. Baru aku tahu yang sebenarnya sangatlah bahaya dan berisiko kalau buat macam tu.. Tapi sekarang bila rumah dah memang tandas jenis macam ini, aku jadi selesa ler pulok gunanya. Sekarang kalau aku terpaksa ke tandas awam..... nak elak geli tu, aku akan lap dulu dengan tisu tempat duduk tu.. Yelah, takut jugak bila tengok kejadian macam ini kan. Tak kena takpelah... kalau kena...tak ke kesian tu. Jadi jangan buat macam ini tau!!! Gunakanlah dengan cara yang sepatutnya!! :)

Sumber gambar : Mukabuku

Mengada-mengada kah dia?


Pernah tak rasa geram dan marah bila tiba-tiba si kecik buat perangai yang seolah-olah mengada-ngada pulaknya. Adam pun kadang tu nampak dia macam mengada-mengada jugak. Ada je benda dia buat untuk tarik perhatian aku dan abahnya. Pening jugak kadang tu tau. Di sini ingin berkongsi serba sedikit apa yang aku baca tentang anak yang mengada-mengada. Tak salah kan berkongsi di sini sebagai panduan untuk aku juga. 

1) Merengek tanpa sebab
Sebab : Cemburu dengan kehadiran adik baru dan kurang memahami kemahiran mengawal emosi.
Tindakan : Luangkan masa untuk bermain bersama-sama dan fokus padanya supaya dia berasa masih disayangi.
** Adam selalu merengek tak tentu hala, sebabnya dia nak perhatian bila dia bosan main sendirian. Kesian Adam.... :)

2) Menangis bila permintaan tak dipenuhi
Sebab : menangis dengan kuat apabila tidak dapat mainan dan mengamuk kerana kecewa bila tidak dapat buat sesuatu atau tidak dapat memanipulasikan mainan seperti kehendaknya.
Tindakan : Alih perhatian anak apabila nampak tanda dia nak mengamuk, bertenang hadapi karenahnya, elak marah atau menengking padanya, berikan pelukan dan ciuman sambil memujuk anak.
** Pernah satu ketika dulu Adam tak mau berganjak dari tempat mainan yang dia suka dan buat aksi guling-guling. Aku biarkan je dia macam tu sendiri dan tengok-tengok dia yang mengalah, kemudian bangun dan datang pada aku. Masa tu lah baru pujuk dia.. Sekarang dia dah jarang mengamuk dan hanya akan tengok je mainan tu. Aku pulak umpan dengan cakap kat dia, "kan Adam dah ada semua tu". 

3) Memilih makanan
Tindakan : Pastikan waktu makan berjalan dalam suasana mesra dan menggembirakan, ajak anak makan bersam-sama, jangan berikan snek atau makanan lain di luar waktu makan.
** Adam jarang jugak memilih makanan cuma dia lebih suka aku suapkan dia lah. 

4) Suka merajuk
Sebab : Kurang rasa selesa, marah tidak diberi perhatian
Tindakan : Biarkan dia bersendirian seketika, kemudian baru pujuk dia, bertanya sambil memeluknya kenapa dia bersikap begitu.
** Adam pun kuat merajuk jugak sebab nak perhatian lebih. Dah memang jiwa anak-anak kecil kan. 

5) Membantah cakap
Contoh : Bila diminta mengemas mainan, jangan menonton televisyen terlalu lama dan dia memberi alasan.
Tindakan : Dengarkan alasan anak, bertanyakan kenapa dia tidak mahu mengikut kata. Jelaskan mengapa dia harus mendengar nasihat dan menghormati anda.
** Adam pun kalau disuruh 2, 3 kali baru lah dia buat.. 

Nota : Mendidik anak sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga aku mampu menjadi Ibu yang terbaik buat anak ku. :)

-Sumber bacaan : Majalah Pa&Ma-

Sunday, 17 June 2012

Minumlah air!!



-sumber pic yang dishare dr fb-

Aku sering lupa... kadang tu tak ikut aturan yang betul dalam minum air masak ni. Kadang  kan sehari tu minum air masak dua gelas je tapi air manis-manis yang banyaknya. Lepas ni akan cuba ikut aturan yang betul kerana pentingnya minum air. 

Saturday, 16 June 2012

-Atasi masalah anak yang sering kencing malam-


Awal tahun hari tu, aku terus ajar dia potty training. Mula-mula aku pakaikan dia pampers hanya waktu malam je. Tapi bila tengok dia bangun waktu pagi dan tengok pampers dia tak basah pun atau tak penuh sangat pun, terus aku cuba tak pakaikan dia pampers waktu malamnya juga. Lagipun dia sendiri yang tak nak pakai. Awal-awal cuba tu rasa ragu-ragu jugak dan seingat aku, dia hanya ter 'kencing malam' 3 kali jer setakat ni dan hanya 3 kali tu jugak aku terpaksa hantar dobi toto alas tidur dia. Mujur alas dengan toto jugak atas tilam katil dia tu. Bila aku cuba suruh dia ke tandas dulu sebelum tidur, terus OK dan takdelah aku kena basuh tilam dia tu je. Kadang tu aku angkat je dia tidur tengah malam tu bagi dia buang air kecil walau tengah mamai. Kesian jugak nak angkat tapi aku cuma nak biasakan dia je.

Ini beberapa tips cara aku buat  :
1) Sebelum anak nak masuk tidur pastikan dia buang air kecil dulu.
2) Pesan kepadanya supaya beritahu dan kejutkan kita bila dia rasa nak buang air kecil waktu tengah malam.
3) Cuba set kan masa dalam kul 3 atau 4 pagi dan angkat dia sekiranya dia nak buang air kecil.
4) Jangan marah dia andai dia ter'kencing' malam dan basahkan tilam. Sebaiknya nasihatkan dia dan pesan agar dia cuba untuk tidak mengulanginya lagi.

Ada jugak beberapa petua yang aku jumpa tapi aku tak pernah cuba pun lagi sebab my hero dah tak kencing malam lagi dan harapnya berterusanlah lepas-lepas ni pun. 
Petuanya :
1) Calitkan tanah dari sarang semut dan campurkan sedikit air kemudian calitkan ke perut anak yang sering kencing malam sambil berselawat 3 kali. (kalau mak aku dulu letak sisa dari cacing tanah tu kat perut adik aku dan berkesan jugak)
2) Madu lebah - perahkan sedikit air limau nipis di atas sesudu kecil madu lebah dan diberi pada anak.

NotaKanak -kanak yang membasahi tilam pada waktu malam selalunya tidak menghidap apa -apa penyakit dan keadaan ini ada kaitannya dengan kematangan urat saraf seseorang kanak -kanak itu. Bagi kanak -kanak yang sudah berupaya menahan dari kencing malam tiba -tiba keadaan ini berulang semula perlulah dipastikan yang mereka tidak mengalami penyakit infeksi kencing ( urinary tract infection ) yang mungkin memerlukan ujian pancaran X. Kanak -kanak yang menghidap penyakit infeksi kencing perlu dirawat dengan antibiotik yang tertentu serta dibawa berjumpa doktor dari masa ke masa. Jika tidak dikawal penyakit infeksi kencing boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang ( chronic renal failure ) apabila mereka dewasa. -sumber-

Wednesday, 13 June 2012

-Anak meragam bila mengantuk dan baru bangun tidur-


Pernah tak berdepan dengan situasi ini? Stress tak kadang-kadang tu? Oh, aku pun kadang tu naik pening bila dia meragam tiba-tiba. Ini mesti mengantuk sangatlah tu yang nak merengek dan meragam je kerjanya. Kadang tu, kalau dia baru bangun tidur.... haaa jangan ditegur dia dulu, karang dia mengamuk tak pasal-pasal. Kena bagi dia bertenang dan mood stabil dulu barulah dia boleh main dengan elok lepas tu. Kena 'panas enjin' dulu kata orang. Itulah dia anak yang sedang membesar, hari ni ragam lain besok lain pulak. 

Macam petang semalamlah, dia baru bangun tidur. Aku bawak ke taman mainan tapi dia moody pulak. Haih... kena tunggu setengah jam baru lah mood dia elok balik. Semua budak yang nak main dengan dia, boleh dia buat tak tahu dan marah budak tu. Alahai adam........... Tapi itulah kan budak-budak. Diorang pun ada masa perlu bertenang jugak sama seperti kita jugak kan. Apa yang penting kita kena ambil kisah dan tahu cara tenangkan dia kalau dia meragam, betul tak?

Tips memujuk dan tenangkan anak yang meragam :
*** tenangkan diri kita dulu barulah pergi dekat dengan anak dan tanyakan anak kenapa dia begitu dan sebaiknya berikan pelukan untuk dia.
*** cuba penuhi apa yang dia mahukan, contohnya kalau dia nak tidur, berikan dia tidur dengan selesakan tempat tidurnya.
*** pujuk dia dengan cara yang betul dan bukan marah atau tinggi suara terhadapnya.

Kalau aku lebih suka peluk dia dan cuba nasihatkan dia yang salah perangai dia macam tu. Sungguh penuh cabaran dalam mendidik anak ni dan terkadang tercabar jugak kesabaran aku ni. Sekarang ni  pulak kan, Adam kuat betul merajuk dan merengek. Kalau perut dia lapar lagilah meragam macam-macam. Huh... Sabar jelah.

Nota : Kalian ada tips lain tak macamana nak pujuk anak yang meragam dan jadi manja semacam je ni..  :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute