Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 16 September 2013

Warna-Warni Kek Lapis


Kepulangan yang ditunggu setelah seminggu berjauhan. Bila berjauhan sangatlah menguji kesabaran saya sebagai seorang ibu yang perlu uruskan anak-anak sendirian tanpa teman sahabat yang paling rapat dalam hidup. Haru biru sekejap nak lalui fasa berjauhan tu.. Tak boleh dibayangkan kalau saya ni pjj dengan suami iaitu bff saya tu dan mula rasa fahami perasaan kawan-kawan saya yang terpaksa pjj dengan suami mereka. Berat rupanya perasaan itu..
Saya yang seminggu dan adakala dua minggu ni pun kelam kabut..

Alhamdulillah.. Encik hubby saya dah selamat pulang. Dia tapaukan macam-macam ole-ole dari Kuching... Beli keychain, fm dan sedikit ole-ole untuk maknya. Saya order kek lapis jer.. Encik hubby beli 4.. haa tu pun dah cukup dah.. buat apa banyak-banyak.. satu Rm10.
 Perisa asam manis yang hijau kuning,coklat putih tu lapis choc chip, yang segi-segi cantik tengah tu original dan yang hitam tu kek hati pari.
  Encik hubby kata boleh pening nak pilih kek lapis ni.. macam-macam warna dia kata..
yang ini pulak lada hitam sarawak.. Comel kan yang dalam bekas burung tu..Mulanya saya ingatkan hiasan, rupanya ada lada hitam dalam tu.. hihik.. 2 in 1 lah.. bila dah habis lada tu nanti, bekasnya boleh simpan dalam almari jadikan hiasan pulak.

Nota : Bilalah saya berpeluang ke sana jugak.. Teringin nak jenguk sabah dan sarawak tu.. (^_^)


Sunday, 15 September 2013

Dah pandai skodeng!!


Tinggal sekejap lappy..memang on blog dan fesbuk sekali. Biasalah sambil online sambil buat kerja rumah.. Hihi..
Tengok-tengok kan dalam diam ada orang skodeng pulak dah..
v
v
v
v
v
v
Haaa tengok anak soleh saya ni dah pandai skodeng blog ibu dia.. Amboih kan dia.. pandai pulak dia pilih baca kisah entri dia yang lama-lama tu. Maklumlah sejak dah pandai baca ni kan..memang tak boleh tengok free lappy tu... mulalah nyibuk dia nak nengok dan klik situ klik sini.. Nak baca itu nak baca ini..

Pasal blog ni kan.. dia kata.... "oo cerita hati.. tu ibu buat sebab sayang kat Adam kan..." katanya kan. Emm kompius jugak nak faham makna di sebalik kata-kata dia tu.. Mungkin dia maksudkan saya letak gambar-gambar dia dan cerita ceriti tentang dia tu menurut dia menunjukkan saya sayang dia kot. Hihi.. memanglah nak oii.. semuanya untuk kenangan ibu, kenangan awak dan kita nanti.. Semua kisah awak banyak ibu catatkan disini. Memang ibu sayang awak pong!! Harap anak-anak ibu pun sayangkan ibu.. (^_^)

Kasih Abang dan Adik


Dhia... bila tengok abangnya main.. nampak pada gaya dah tak sabar nak main sama.
Tengok abang dia lompat-lompat, mulalah dia macam gedik-gedik nak lompat jugak.. Ini bila ketika saya pegang dia lah, kaki dia tu gedik-gedik goyang jugak sebab teruja tengok abang dia boleh melompat-lompat tu.

Abang Adam.... semestinya pun tak sabar nak tunggu adik dia boleh jalan.. Katanya,"Nanti boleh ajak adik main kat playground."
Paling dia seronok bila saya dan Dhia dah boleh hantar ambik dia sekolah.. Suka sangat dia dan boleh dia cakap kat adik dia, "haa dik.. inilah sekolah abang." Konon adik dia paham sangatlah tu kan.. Hihi.. 
 "Dik....cepat..cepat...", agah Abang Adam bagi semangat kat adik dia supaya cepat maju gerak ke depan..
 Kalau Dhia meniarap, pasti abangnya akan duk sebelah sambil sembang itu ini..
Kadang tu dia bebel adik dia sebab suka main kuarkan air liur tu.. jejeh jejeh dia kata adik main air liur.. hihi..
 Dhia pulak memang suka kalau abang dia sembang dengan dia dan akan balas semula dalam bahasa russia dia..haha..
Anugerah terindah dalam hidupku.. 
Ya Allah, lindungilah mereka, peliharalah mereka, berkatilah mereka dan kurniakanlah kesihatan yang sentiasa baik untuk mereka. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

Nota : Ibu suka tengok gelagat kalian berdua. ibu harap kasihsayang anak-anak ibu ini sentiasa utuh dan saling menjaga antara satu sama lain sampai bila-bila. Bila anak-anak ibu dah dewasa nanti pun ibu harapkan anak-anak ibu tetap begini. Keluarga adalah segalanya dan utamakanlah keluarga, saling menjaga satu sama lain. ibu sayang anak-anak ibu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute