skip to main |
skip to sidebar
Sayunya hati ini.......
di awal pagi melihat semangat anak nak ke tadika. Cuaca yang agak rintik-rintik hujannya... tetap dia semangat nak gi sekolah. Dia mintakkan payung... haa bukalah payung ben10 dia yang lama tu, sekali tengok dah rosak.. Hihi.. Katanya, takpelah.. bagilah payung ibu. Saya bagilah dia payung pink yang tak berapa nak baru tu dan agak besar juge lah untuk dia tu tapi mujur ringan nak membawanya kan. Nak dibagi payung lagi satu... emm terlalu besar pula.
Maaf sayang.. ibu tak dapat hantar kamu dan abah kerja. Sememangnya dia memahami dan memang dah menjadi kebiasaan pun pergi balik sendiri. Maka, dia menurunilah tangga dan berjalan kaki menuju tadikanya. Haaa mujur tadika dalam kuartes je kan.. Saya intai dari tingkap rumah jelah. Penat jugak tu bagi budak sebesar dia nak berjalan kaki ke tadika.
Sayunya hati ini dan tersentuhnya rasa bersalah bila melihat dia berjalan sambil berpayung menuju ke tadikanya. Alahai anak ibu............ sungguh berdikari kamu. Sungguh dah besar kamu dan sungguh kamu memahami. Sedihnya saya kerana dah jarang dapat hantar dan jemput dia balik dari sekolah. Takpe, nanti adik dah besar sikit bolehlah ibu mulakan rutin itu yer.. Maafkan ibu yer sayang untuk sementara ini.
Dia bukanlah anak yang terlalu nakal.. dia masih boleh mendengar kata dan nasihat cuma kadang-kadang perasaan marah yang sukar dikawal ini ada jua dan kadang selalu jer marah dia yang hanya suka main bising dan lompat sana sini. Itu aje sikap dia yang buat saya selalu nak marah. Pernah terbaca tips untuk kurangkan marah pada anak, sepatutnya saya perlu ingat tentang perkara-perkara yang baik yang pernah dia buat.. tapi kenapa saya selalu sangat cepat nak marah dia atas kesalahan yang tidak seberapa besar itu? huhukk. Ok, lepas ni akan lebih belajar untuk tidak terlalu emosi dan akan lebih belajar lagi macamana nak mendidik anak menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat. InshaAllah.. semoga dipermudahkan segala usaha dalam mendidik amanah dari-NYA ini sebaik-baiknya.

Dia sangat menyayangi adiknya. Kalau saya sibuk di dapur.. dia lah yang akan tolong henjutkan buaian adiknya jika adiknya terkejut. pampers adiknya pun dia yang tolong buangkan dalam tong sampah jika saya terlupa nak membuangnya dan siap kena bebel lagi.
Walau dia adakala nakalnya yang membuas itu yang tak menahan nengoknya itu..... tapi dia sebenarnya banyak buat saya tersenyum.
Ya Allah... lindungilah anak-anakku. Peliharalah mereka. Kurniakanlah kesihatan yang sentiasa baik buat mereka dan jadikanlah mereka anak yang soleh solehah. Amin...

Kesabaran adakalanya ada batasnyaKetabahan adakalanya ada rapuhnyaKesungguhan adakalanya ada halangannyaKemenangan adakalanya ada kekalahannya
Menahan rasa sendiri adakalanya menyiksakan diriMenanggung sabar adakalanya menderitakan jiwa
Penat... Penat.. Penat..Sampai bila dan bila lagi....Apakah aku tidak bersyukur?Bukan... bukan aku tidak bersyukurMengeluh?? Bukan mengeluh cuma cuba untuk kuatkan hatiMerungut?? Tidak.. aku tidak merungut cuma berbicara dengan hati sendiri..Apapun yang berlaku adalah yang terbaik dari-NYA.Ku mohon semoga aku terus kuat, sabar dan terus bersabar...

Kadang-kadang terasa....Sangat perlukan Bonda disisi ketika ini.Kerana dialah pendengar setiaku.Kadang-kadang ada sesuatu yang hanya pada Bonda, insan yang terbaik untuk diluahkan segala rasa.Kerana kadang-kadang ada sesuatu yang kita tidak mampu berkongsi dengan insan terdekat kita.Bonda.........Walau dia dilanda resah, jarang sekali dia menunjukkan reaksi kepada anaknya..Tapi aku......... andai aku ada resah gelisah, dia sanggup mendengar segala keluh kesah aku.Hiba aku rasa bila mana aku belum mampu membalas segala jasanya pada aku.Hanya Doa mampu aku titipkan semoga dirinya sentiasa berada dalam lindunganNYA YANG MAHA ESA selalu.Bonda....... Walau hatinya sendiri sedang berduka tapi dia mampu menenangkan hati anak-anaknya.Itulah betapa hebatnya insan bernama seorang Ibu. Sungguh aku rindu Dia.......... Bondaku.
Nota : Entri puisi ni khas ku cipta buat 'mak' sebab aku rasa rindu kat dia ++ jiwa agak kurang stabil sikit tapi aku OK je.. hehehe... Nextweek maybe balik kampung. Sukanyee.... :)
p/s : Terima kasih atas komen-komen kalian semua tentang entri sebelum ni. Lagu dah takde.. Hehhee.. :)

Entah kenapa........ aku rasa kosong ketika ini.Ada sesuatu yang menganggu kotak mindaku.Tak terdaya rasanya aku nak menahan rasa ini.PadaMU Ya Tuhanku, aku panjatkan segala Doa.Semoga segala kekusutan ini pergi jauh dari hidupku.
Entah kenapa.......... aku rasa seperti tiada rasa.Buntu aku ketika ini.Memikirkan kenapa, mengapa dan bagaimana.Semoga hari esok akan ada sinar untuk aku.
Lumrah dalam hidup... ada onak dan durinya.Lumrah dalam rumahtangga.... Ada pasang dan surutnya.Ada sedih dan tawanya..
Jarang sekali di sepanjang alam rumahtangga tiada perselisihan..Sering terdengar ungkapan 'sedangkan lidah lagi kan tergigit, inikan pula rumahtangga'.
Bahagia tidak akan datang kalau kita tak mencarinya.Bahagia tidak akan terus bahagia kalau kita tidak menjaganya.Hanya kita yang tahu di mana bahagia kita.. apa yang kita mahu.Bersabarlah andai kita dilanda perselisihan.. Bersabarlah andai dia tidak memahami kita ketika itu..Kadangkala berdiam itu lebih baik dari bersuara.Berlembut adakalanya mampu melembutkan kemarahan orang lain.Mungkin juga boleh menyedarkan sendiri kesilapan dia terhadap kita.Jadi bersabarlah...Kerana hanya kita yang tahu di mana bahagia yang kita cari dan mahukan..

Menangislah........... Andai itu mampu memberimu secebis ketenanganMenangislah andai itu mampu memberimu sedikit keinsafanMenangislah jika kamu ingin menangisAir mata bukan tanda kamu lemah!!Bukan tanda kamu mengalah!!
Kita menangis kadang bersebabKita menangis kadang kerana kita sedihKita menangis kadang kerana sukaKita menangis kadang kerana kita menginsafiKita menangis kadang kerana kita kecewa..
Tangisan duka, kecewa dan sedihmu hari ni,Mungkin akan mampu memberimu satu semangat kebangkitan di hari esok!!
Nota : Mood : Sedih & terharu.... bila tiba-tiba menerima sekeping mesej tanpa diduga kiriman bondaku perihal tentang rasa hatinya, tentang nasihatnya & tentang rasa kasihnya pada setiap anak-anaknya. I LOVE YOU MUM.
Dari kotak mindaku,

Kenangan lalu terkadang mengusik jiwa..Menggamit kemanisan yang tak mungkin terpadam kerana ianya sebuah kenangan.Tapi kenapa?? Mengapa harus datang kenangan itu..Perlukah ia diingati...Apakah ini hanya mainan rasa??Bertanya pada diri.. Untuk apa mengingati semua itu.Tapi ia kenangan.. hanya kenangan indah yang pernah singgah. Salahkah untuk diingati..Sungguh bila diingati mengajar aku tentang sesuatu.Betapa penting untuk menghargai sebelum kehilangan.Harus ku hargai apa yang ada...Harus aku sayangi apa yang ada di depan mata.Kerana aku sangat menyayangi mereka!!!!Itulah bahagia yang aku cari!!!dari kotak mindaku

Gambor cute ihsan pokcik google
Saling percaya dan jujur itu sangat lah penting dalam sesebuah perhubungan..Jangan percaya pada kata-kata orang terlebih dahulu dari penjelasan pasangan kite sendiri. Selidik dahulu kesahihannya sebelum menuding jari pada kesalahan yang belum pasti kebenarannya.Fikirkan dulu kebaikan dan segala pengorbanannya sebelum bertindak....Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya.
Cemburu??? Perlu ada batas nya.Cemburu yang membabi buta hanya merosakkan jiwa.Kelak ada hati yang merana dan tersiksa.
Sayang???Itulah yang perlu dipanjangkan...Harus sentiasa saling sayang menyayang yang berterus-terusan.
Hambar nya sesebuah hubungan kerana ada sekelumit rasa benci,Rasa iri hati, rasa tidak percaya dan kurang rasa sayang...Semailah kasih sayang seindah kali pertama bercinta seperti dahulu..Bahagia pasti kan ada...
p/s : Hanya coretan buat peringatanku dan kamu kamu.. :)

Hidup ini sangat mencabarBila mata terbuka Tidak dapat diduga apakah cabaran yang perlu dilalui hari iniHidup ini sangat penuh dengan dugaanKadang kita di atas kadang kita di bawahKadang kita suka kadang kita dukaItulah putaran hidup yang sememang lumrah kehidupan
Namun......Aku.....Kadang tidak kuatcuba untuk kuat dan sabarkan hatiTapi ia datang juga mengawal emosiku
Aku cuba menjadi orang yang punya fikiran positifNamun... Aku bukanlah kuat...Kadang aku jadi juga negatif.
Aku sedih..Kerana masih banyak belum aku tunaikanAku kecewa...Kerana masih banyak belum aku capai
Kadang aku tak kuat.....Bila ia datang menganggu emosikuAku jadi keliru...

Sungguh aku rindu padamu sahabatRindu pada gelak tawa kitaSuka duka kita Pahit manis kitaRindu pada suasana ituSungguh aku rindu
Mungkin jarak masa cemburui kitaNamun mujur fb dekatkan kita kembaliMungkin kita tak dapat bertemu mataNamun di hati tetap utuh kenangan bersamaSungguh Aku rindu kalianSemoga persahabatan ini kekal terjalin selamanyaDengan harapan moga suatu hari nanti kita pasti bersua kembaliSungguh Aku rindu
p/s : tiba2 mood teringat kat kawan-kawan zaman study muda-mudi dulu pulak. Masing-masing dah ada arah hidup dan keluarga masing-masing. Tapi sekali bersahabat, selamanya tetap sahabat. Peace No War. Hehehe. :) Semoga korang happy and sukses sokmo k.
Dari kotak mindaku

Setiap orang ada impian, punya cita-citaBertuahnya mereka yang habis sahaja pengajian terus dapat kerjaBerbanggalah dengan kerjaya merekaTapi aku? Masih begini dan entah sampai bila akan terus begini
Ku bertanya pada diri, adakah ini nasib? Atau kerana aku kurang berusaha?Entah mengapa... Ku rasa tersepit antara dua pilihanAku bukan tidak berusaha tapi mungkin nasib ku kurang baikNamun, aku tak pernah putus berharap
Aku juga ingin seperti merekaNamun tanpa redha si dia yang bergelar suami ikhlaskan akuTerpaksa kiranya ku rasa biarlah begini dahulu seketikaKu tetap bahagia walau ada tersimpan seribu satu rasa di hati
Aku bangga dengan mereka yang berkerjayaBangga kerana mereka mampu memikul dua tanggungjawab sebagai isteri dan wanita bekerjayaAku sering berangan bila aku kan dapat merasai itu semuaMungkin belum masa nya lagi untuk akuMungkin juga aku yang kurang berusahaMungkin juga aku yang memilih untuk beginiDemi keharmonian keluargaDan mungkin satu hari nanti ku pasti dapat juga jadi seperti merekaSemoga aku lebih kuat dan tabahKerana Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap Hamba-hambaNYASesungguhnya, Aku bersyukur untuk apa yang aku ada hari ini. Amin.
Ihsan pokcik google lagik. hehehe.
p/s : Tidak semua apa yg kita impikan itu tercapai. Kita hanya mampu merancang. Usaha selagi terdaya itu perlu.
Dari kotak mindaku
..
Untuk apa aku masih disinikenapa aku masih disinimengapa aku masih disinikerana aku rasa aku perlu berada disini
ku korbankan seketika impiankuku relakan hasratku diam membisuku biarkan ia kelu disitukerana aku rasa aku perlu begitu
Andai satu hari nanti kau mengerti impiankuAndai satu hari nanti kau memahami hasratkuAndai satu hari nanti kau mampu memahaminyapasti aku kan gembira dan berterima kasih padamu
Namun tidak mengapaaku masih disini kerana aku menyayangiaku masih disini kerana aku mengasihidemi sebuah tanggungjawabsemoga suatu hari nanti kau kan mengertimoga segala yang ku korbankan, mampu kau menghargai
kerana itulah kenapa aku masih disini... disisimu.
Dari Kotak Mindaku