Saya buatkan bentuk-bentuk 3D daripada kad manila supaya lebih mudah anak faham dan dapat tengok bentuk tu. Ini kalau sebut je jenis-jenis bentuk tu... dia macam tak boleh bayangkan bentuk tu ada berapa bucu, ada berapa permukaan rata.. Setakat ni, kalau bentuk 2D yang segiempat sama dan seangkatannya tu, dia fahamlah.. Ini kalau sebut bentuk piramid, kon, silinder tu... pening dia nak jawaab soalan dalam buku latihan ada berapa permukaan, sisi dan bucu. Bila buat bentuk macam ini... dia boleh pegang dan kira sendiri.... nampak lebih mudah lah dia nak ingat dan faham. Silinder tu tak sempurna kejadiannya..haha.... ibu dah penat dah masa tu.. nanti la ibu tutup dengan kertas ikut bentuk bulat atas tu. :)
Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.
0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment