Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Tuesday, 15 October 2013

Warna Warni Apam Polkadot


Alhamdulillah..R ezeki raya Aidiladha. Dapat order dari jiran-jiran blok. Tak banyak pun tapi saya memang seronok buat dan kalau takde order pun, ade jer resepi yang saya akan buat. 


 Order dari jiran-jiran blok. Terima kasih dan harap berpuas hati.
Yang bekas kecik sikit tu khas untuk cikgu Adam. Adam suruh buat sikit kat cikgu dia, nanti nak bawa pergi raya rumah cikgu katanya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA. MOGA GEMBIRA DAN CERIA SELALU DISAMPING KELUARGA TERSAYANG. DALAM KESIBUKAN KE SANA KE MARI TU, HATI-HATI DI JALAN RAYA YER.

Sunday, 8 September 2013

Puding Milo Oreo


Yihaaa... saya dah berjaya buat jugak!!
Teruja punya pasal melihat post dari sahabat di fb dan juga di blog yang dah berjaya buat puding ni memaksa saya pun merajinkan diri juga membuatnya.. Hihi..
Memang seperti yang ramai katakan.. puding ni sangatlah super duper yummy..
 Sekali ngap.. fuhh terasa kesedapannya disitu.. (^_^)
Taraa... puding oreo saya dah siap!!

Resepi?? Haa korang google jelah..hihi..

Monday, 30 July 2012

-Puding Koktel Berkuah-


Dessert untuk berbuka puasa hari ini : Puding Koktel Berkuah.. 
Memang feberet kami sekeluarga.. Senang dibuat dan rasanya Yummy.... Makan sejuk-sejuk memang best ler!!
Nah! Satu tupperware besar ku buat.. Abah adam dah lama tak makan, bila tengok puding ni dah siap disejukkan dalam peti ais terus dia kata sedapnyer.... Hihik... Puding ni aku belajar buat dari mertua sebab abah adam suka sangat dessert macam ni.. :)

Resepi : Puding Koktel Berkuah
Sumber : MYR

Puding :
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
5 cawan air
1 cawan santan cair

*** Bahan-bahan ini dicampur dan dimasak atas api sederhana sehingga ianya pekat dan likat. Kemudian sejukkan dan ketepikan.

Bahan untuk kuah :
1 tin susu cair
2 tin air masak - pakai je tin susu tadi tu
1/2 cawan gula pasir

*** Campurkan semua dalam satu periuk, masak hingga gula hancur dan jangan sampai didih.

Lain-lain bahan :
Buah-buahan koktel tin - ambil buah jer
Nata de coco - optional
Jelly @ sumi _ optional

*** Puding dipotong kecil-kecil, campurkan semua dengan bahan-bahan yang lain dan kemudian tambahkan kuah. Sejukkan dalam peti ais baru dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!

Ini pulak nak tayang Lauk ikan patin masak tempoyak.. Feberet adam dan abahnya..
Senang je kot nak masak ni.. Semua orang pandai kan.. :)

Wednesday, 25 July 2012

Puding Susu Buah-buahan


Jom layan pencuci mulut yang mudah dibuat. Tapi ku telah menderhaka sikit pada resepi ni sebab ku pakai laici dan bukannya buah-buahan koktel.. Hihik.. Sebelum tu kan,
aku dah beli ni.....
.
.
.
Ini Majalah
 Majalah Saji Super Bumper Raya.. Macam-macam resepi biskut ada kat dalam majalah ni..  Aku kalau raya lebih suka buat biskut dahlia, semperit dan cornflakes. Tapi yang suka makan biskut tart nenas dan yang tu selalu beli ajer....  :)
Inilah puding susu laici... 

Resepi : Puding susu Buah-buahan
Sumber : MYResepi

1 paket serbuk agar-agar
2 biji telur - ku pakai sebiji je
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastard
1 tin buahan koktel - ambil buah jer (ku pakai laici dan potong kecil)

1) Masak serbuk agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
2) Pukul telur dan campurkan dengan tepung kastard. ketepikan.
3) Bila bahan dah larut, campur susu cair. Bila sudah mendidih baru campurkan telur yang dipukul tadi.
4) Masukkan buah-buahan dan masak sekejap hingga rata.
5) Tuang dalam bekas dan sejukkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

p/s : Apa menu berbuka puasa korang hari ni? Ku hari ni masak nasi lemak dan ayam goreng.   Dah siap dah semua dan sebab tu boleh update nih.. Hihik.. Aku lebih suka masak awal sikit untuk elak kelam-kabut.. :)

Friday, 20 July 2012

Puding Roti Karamel


Esok sudah pun bermulanya puasa. Syukurku ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan kepada semua sahabat-sahabatku... 

Kembang melati sungguh indah,
Di tengah malam menjadi hiasan,
Harum Ramadhan tercium sudah,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan.

Malam tadi buat puding sebab nak habiskan baki susu dan roti, maka terhasillah puding roti karamel. 

 Puding Roti Karamel kesukaanku dan dimakan sejuk-sejuk lagilah sedap.. 

Adam pun tolong sama buatkan puding ni.. Dia tolong kacaukan telur.. 

Resepi : Puding Roti Karamel
Sumber : Kak Yatie

3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus + 1 sudu besar air
4 keping roti gardenia
3 biji telur - ku pakai saiz B dan jadikan 4 biji ( dikacau manja dan ditapis )
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan @ 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

1) Masak gula dalam loyang dan jadikan gula hangus, kemudian tambah 1 sudu besar air dan ketepikan.
2) Panaskan periuk pengukus. Carik-carikkan roti dan blender bersama susu cair, air suam dan susu pekat.
3) Masukkan telur yang ditapis ke dalam adunan blend roti, masuk esen dan blend sekejap hingga sebati. Tuang dalam loyang gula hangus.
4) Kukus hingga masak 40 minit hingga sejam.

Ringkas, mudah dan yang penting sedap. Kali ini ku gantikan susu pekat tu dengan gula sebab stok susu pekat dah habis pulak. Dah malas ke kedai, belasah jelah apa yang ada kat dapur tu dan kukus pun tak lama, 30 minit je dah masak.. SELAMAT MENCUBA yer!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute