Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 20 August 2015

Aktiviti anak 2 tahun dengan pipe cleaner (fur sticks)

Aktiviti anak 2-3 tahun ni kan pelbagai cara kita boleh buat tanpa perlu berbelanja besar. Sebelum ni ada saya kongsikan cara mudah untuk aktiviti anak Di sini dengan hanya menggunakan bahan yang murah je. Kali ini saya buatkan diy mainan dhia dengan hanya guna pipe cleaner. Murah je saya beli benda alah tu kat Mr. Diy.
1) Pipe cleaner dan tisu roll
 Ini mainan cukup mudah. Roll tu roll dari foil. Dhia masukkan pipe cleaner tu ikut roll tu je. Jimat kan? :)
sambil bermain sambil melatih kemahiran motor halusnya.

2) pipe cleaner dalam bekas
 dua bahan sahaja digunakan. Pipe cleaner dan bekas yang taknak pakai dah. Kalau nak lagi cantik, boleh guna bekas jam dan tebuk bulat kecil atas penutupnya. Saya guna bekas plastik nata de coco. Tebuk atas tu dengan dawai dipanaskan je..
 dhia berusaha memasukkan pipe ty ke dalam bekas.. sekuatnya melatih jari tu bergerak.. :)

3) pipe cleaner dan bakul
 sepatutnya guna bakul sayur yang besar tu lagi elok. Ini saya guna bakul kecil mainan masak masak dhia. :)
Diy mainan anak yang sangat mudah dan jimat. Anak seronok, ibu pun seronok. 

Wednesday, 19 August 2015

Aktiviti anak 2 tahun : mari belajar huruf a dan 123


Dhia sudah pun 27 bulan, maknanya dah 2 tahun lebih la. Dhia nampaknya suka nak belajar. Bila tengok abang belajar, dhia pun nak juga. Kadang tu saya guna je bbm yang saya buat masa adam dulu tu je. 

Dhia ni baru 2 tahun, takde la nak tekankan sangat suruh kenal itu ini dengan tepat. Apa yang perlu melatih kemahiran motor halus dia je. Untuk bagi dia kenal huruf dan nombor dengan betul tu masih perlukan bantuan ibu. 

 permulaan awal untuk bagi dhia kenal 123..
 dhia letak ikut warna je sebenarnya tu. :)
 Sticker dot dot ni memang kesukaan dhia. Saya kenalkan huruf a... tapi versi ajar bunyi fonik la.. a bunyinya aaaa. Tahun depan nak mula ajar dhia membaca, semoga dipermudahkan la nanti.
Adik letak kat sini... haa kena tunjuk juga baru betul dia letak. :)

Belajar membaca dengan bermain parkir kereta


Belajar sambil bermain adalah salah satu cara untuk menarik minat anak untuk belajar . Bila tengok adam dan adiknya dhia duk main kereta kereta kecil mereka tu.. terus terfikir untuk buatkan satu aktiviti bermain yang lebih bagus. Selain daripada main kereta tu, boleh juga belajar mengeja dan membaca sekali. Idea masa duk google ni pun lama dah duk peram. Hari ni baru boleh buat. Alhamdulillah.

 Jimat sangat tau nak buat ni.. nak buatkan permainan menarik sendiri ni kena banyak sabar sikitlah ye. Tapi saya suka... anak anak jadi lebih menghargai apa bahan yang saya buat tu. Lepas main, diorang akan simpan semula kat atas rak. Saya cadangkan lebih elok kalau guna manila kad atau kertas mahjung.. ini saya guna kertas minyak tu..dah itu je ada kat rumah sebab malas nak gi kedai. Pun boleh jelah kan.. perkataan tu saya buat atas kertas A4, gunting dan lekatkan dengan salotape atas setiap kereta comel tu.

 Nampak tak betapa seronok adam main.. sambil main sambil belajar. Eja dan baca.
Inilah hasilnya.. macam cantik je tengok. :)
Perkataan ni saya ambil dari buku 2&3 siri buku bacalah anakku. 

Buat ini awal awal, nanti boleh dhia guna. In shaa allah.. tahun depan akan mula ajar dhia belajar membaca. Sekarang ni saya ada ajar anak kawan yang umurnya 5 tahun.. Itu yang buat aktiviti begini.. 
 

Monday, 17 August 2015

Cara mudah dan jimat untuk ajar anak membaca


Ajar anak membaca dengan bantuan flash card. Memang mudah dan jimat guna kad huruf ni dan apa yang pasti, anak cepat dapat faham tau.

 Inilah namanya belajar sambil bermain. Boring juga kan kalau asyik ajar tengok buku je.. bila kita pelbagaikan cara mengajar tu, haa anak pun jadi seronok nak belajar. Saya suka selangselikan dengan aktiviti. Kejap tengok buku kejap buat aktiviti begini. Paling tidak pun, aktiviti mewarna perkataan.

Ini permainan bahasa dengan hanya menggunakan dadu, penanda dan kad huruf. Penanda tu boleh je guna apapun.. dadu tu saya beli kat kedai Mr.Diy. kad huruf tu memang disediakan sekali dalam set buku bacalah anakku.
Caranya, anak akan goncang dadu. Bila dadu berhenti dan lihatlah dapat nombor berapa. Lepas tu ambil penanda tu, minta anak bacakan perkataan dan tanda. Kemudian minta pula dia bina perkataan yang dia baca dan tanda tadi tu dengan kad huruf. Haa.. kan dah jadi satu games yang seronok tu.
Ini pula lagi mudah. Dua bahan je tau. Cawan polestrin dan kad huruf. Senang kan... 

Jom cuba!! 

Seronoknya matematik : bbm belajar pecahan


"Ibu, setengah ni macamana. Suku ni macamana...tak faham lah". Bila dia merungut tak faham konsep pecahan dan tak tahu nak jawab dalam buku aktiviti dia tu, maka terpaksalah saya merajinkan diri google idea dan print out games untuk aktiviti topik pecahan.
Match games. Print, gunting dan lekatkan lidi sate.
idea ni datang spontan. Nampak pinggan polestrin tu terus terfikir buat begini. Anak saya suka sticker dot tu. Caranya anak tampal sticker tu untuk jadikan pecahan yang betul. 

Bila dah beri pendedahan asas tu.. dia faham dah sikit konsep pecahan.. alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute