Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 5 April 2013

Art&Craft : Corak dia sendiri


Adam memang suka buat aktiviti dengan water kaler ni. Syok agaknya dapat main kaler-kaler tu. Kali ni dia buat corak tiupan pakai straw. Caca marba jadinya corak tu. Tapi semuanya dia yang buat.. Saya just tengok-tengok je takut dia tersilap sedut pulak kaler tu kan. 
 1 2 3............ fuhh fuhh fuhh.. 
Dah penat tiup pakai straw, dia guna lak paint brush untuk tulis namanya.. Besarnya tulis nama tu. Haha..

Nota : Sekarang nak buat banyak aktiviti homeschool ngan adam agak berkira dah saya ni sebabnya saya cepat penat. Huhu.. Nak mengajar adam membaca pun hanya dapat sekejap je setiap malam. Adam pun sejak dah buku 6 ni, macam-macam pulak ragamnya. Tak duk diamlah, dia kurang fokus sikit yang buatkan saya cepat nak hangin.. Terpaksalah saya lebihkan aktiviti bahasa dengan main puzzle atau shahiba untuk latih bina perkataan. Agaknya sebab saya ulang banyak kali ajar dia buku 6, itu yang buat dia macam-macam sikit ragamnya time ngajar membaca tu. Tapi bila suruh bina perkataan, ok pulak dia bina dari puzzle tu. Dugaan  dan cabaran dalam mendidik anak haruslah bersabar setiap masa. Kena tengok mood dia, baru saya ajarkan. Adam suka mengeja............ nak marah atau paksa sangat pun tak boleh jugak, kan dia jadi bosan lak. Saya belum lagi buat penilaian markah kalau nak alih buku 7.. Saya kena pastikan dia betul-betul dah boleh baca perkataan dan cerita pendek dalam buku 6 tu baru boleh mula buku 7. Bukan ape, risau nanti masa mencemburui, kalau dah dalam pantang nanti kena postpone lak sesi ngajar dia. Harap-harap sempatlah habiskan kesemua buku bacalah anakku tu.. Hihik.. (^_^)

Hok aloh.. keciknya perut dia....

"Laaa.. dah berapa bulan dah ni? Kecik je perut". Haaa itulah ayat-ayat pertanyaan yang selalu ditanya pada saya. Memang saya perutnya kecik comel jer dan masa Adam dulu pun camtu jugak. Dah lima bulan barulah nampak sikit perutnya. Cukup bulan pulak... comel je perut saya.. Hihik.. (^_^)

Tahu tak apa saya rasa bila orang cakap gitu kat saya masa first pregnancy dulu? Masa tu tak tahu apa-apa, ilmu pun cetek je bab pregnancy ni kan, bila orang tegur gitu, of course lah saya rasa risau dan rasa ehh tak normal erk kalau perut kecik? Mulalah masa tu mencari ilmu-ilmu sepatutnya untuk ditelaah.. Majalah pa&ma jugalah saban bulan saya beli. Jadi, terjawablah kenapa sesetengah ibu hamil tu ada yang perutnya kecil dan ada yang besar kerana saiz perut setiap wanita hamil berbeza-beza. 

"Saiz perut ibu mencerminkan pembesaran janin dalam perut semasa hamil. Walaupun perut ibu kecil, ia tidak semestinya menunjukkan bayi tidak membesar dengan sihat. Namun, saiz perut kecil juga mungkin menunjukkan ciri-ciri bayi tidak normal. Oleh itu, setiap ibu harus menghadiri setiap sesi lawatan antenatal untuk pemantauan saiz rahim, berat badan, tekanan darah dan sebagainya bagi melihat perkembangan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan." (sumber : majalah pa&ma)

Bila second pregnant ni, kalau ada orang tegur kenapa kecik? Saya senyum je.. Saya yang jenis kecil comel ni, memang begitu jelah saiz perutnya dan doktor kata semuanya Ok, jadi takdelah perlu risaukan sangat kan? Adam dulu pun lahirnya kecil je, 2.2 kg walau 37wk masa lahirkan tu dan Alhamdulillah sekarang dia membesar dengan baik, tak kecik tak besor sangat, sedang-sedang comel je dengan perkembangan umurnya. So, kalau ada yang kena tegur kenapa perut kecik tu masa pregnant, janganlah stress atau risau. Yang penting setiap kali checkup, doktor atau nurse check semuanya Ok, takde masalah.. Ok lah tu. Time pregnant kena utamakan jaga Hb dan Bp. Alhamdulillah, Hb  saya maintain jer tiap kali checkup.. cuma sekarang dah 33 wks tapi baby still melintang lagi kedudukannya dan kedudukan uri pulak Ok je kata nurse. Kalau still melintang lagi 36wks nanti, barulah refer doktor. Ada jugak dapat petua dari kawan supaya suluh perut dengan lampu picit, nanti bolehlah try. Saya sangat berharap this time tak kena operation dan takde komplikasi. Semoga dipermudahkan-NYA. Semoga saya dan baby sihat sempurna dan selamat hendaknya.. Amin..

Nota : Dalam hati sebenarnya semakin risau... 

Thursday, 4 April 2013

Apakah?


Lately ni.. saya cepat betul rasa penat + sakit pinggang dan belakang.. Emm.. takdelah pulak rasa kontraksi sakit perut ke apa, cumanya rasa tak selesa bila baby duk pusing2 gerak jelah kan. Tapi memang tidur malam saya tak berapa nak lena dan hanya boleh tidur posisi terlentang aje dan tak boleh mengiring.. Kalau mengiring, makin tak selesa jadinya. Perut saya memang kecik comel jer, mungkin kulit perut saya ni nipis dan saya sendiri pun yang jenis kecil molek je.. Hihik.. 

Saya sebenarnya dah lupa cmne entah rasa kontraksi nak bersalin.. Tapi dah siap letak dah dua beg barang-barang ibu & anak standby if emengercy ke apa kan. Walau penat-penat kan, tetap jugak suka berjalan ronda sana sini tau. Turun naik tangga tak usah cakap lah, dah rumah saya ni levelnya tingkat 2, maka hari-hari kena turun naik tangga hantar dan amik adam sekolah. Kalau abah adam free bolehlah dia yang pergi hantar amik tapi selalunya sayalah.. Apakah sebab-sebab itu saya jadi cepat penat..?? Saya baru 33 weeks.. selalu pesan dan cakap-cakap kat baby ni biarlah keluar ikut due nya cukup 40 weeks.. Saya tak ready lagi.. Risau + bimbang + takut + tak tahu dah rasa apa... Hihik.. (^_^) Doakanlah yang baik-baik untuk saya yer..... 

Aktiviti : Hot or Cold


Lagi aktiviti yang saya nak share dengan korang kat sini. File folder games ~ Menguji tahap anak berfikir dalam membezakan antara benda-benda yang hot atau cold. Macam adam ni tengok gambar jer.. Nak baca english tu mengeja-eja bunyinya tapi bila nak sebut tak berapa betul bunyik englishnya tu. Hihik.. 
 Tool ni saya download dan print kat SINI. Dalam 5 helai je printnya.. Hihik..
Bahan-bahan lain, satu file folder. Saya beli yang jenis kaler coklat tu yang 20 sen jer satu..(^_^)
 Dah siap print, bergotong-royong dengan adam menggunting dan tampal di folder tu. 
Siap dan dah boleh bagi Adam main games ni. Untuk gambar-gambar tu, saya tampalkan dulu di kad manila, kemudian baru gunting. Kalau buat camtu lebih elok sikit sebab jadi tebal kan.
Tengah fokus nak membezakan mana satu hot dan mana satu cold. Bila dia dah siap masukkan semua dalam pocket tu, saya pun check. Opsss.. ada dua gambar je dia silap letak..

Nota : Memang seronok tengok anak buat aktiviti camni. Anak suka, ibu pun suka. Yang bestnya kan, ink printer encik suami punya dah nak habis dikerjakan saya.. Takpe.... nanti topup lain erk.. Banyak lagi yang belum print nih.. Hahaha.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute