Dhia dan baby.. baby tu doll yang abahnya belikan bulan lepas. Beli kat kedai mr.diy je RM27.90.
Nak tidur pun nak bawa baby dia, nak makan pun nak juga dia riba baby, nak pergi jalan pun nak bawa juga baby.. satu je lagi dia belum buat.. mandi bawa baby. Kalau dimandikan baby tu memang hilang la bunyinya. Baby ni ada bunyi tapi bukan macam baby alive.. kalau jenis yang tu saya pun tak nak.. nanti kan botol tercabut pun duk bunyi je.. haha. Yang ni bila tekan badan tu je baru bunyi, kalau tak tekan takde la nk bunyi sukahati dia je. ada 6 jenis bunyi bila kita tekan tekan.. baby tu bunyi la papa mama, bunyi ketawa,dan ada lagila bunyinya tu.
Tahu tak yang anak pun banyak belajar tau dengan bermain doll ni. Ada kebaikan dia juga la.. contohnya belajar urus diri, sikap penyayang dan rasa tanggungjawab dan banyak lagi la faedahnya.
Saya seronok tengok dhia ni sebab dia jarang nak suka mainan ala2 perempuan ni. :)
Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.
1 Komen Cerita Hati:
Post a Comment