Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 6 April 2012

Hujan di tengah jalan, patah balik @ teruskan??




ihsan pokcik google



Pernah kah anda alami situasi yang mana ketika anda ke tempat kerja [dgn motor]. Dalam perjalanan yang tak sampai 10 minit keluar dari rumah tiba-tiba hujan turun. Apa yang anda akan buat? Patah balik atau teruskan je?

Saya menunggu Encik suami kot-kot lah dia patah balik tukar kereta ke kan pagi tadi. Tapi takde pulak balik nya.. Risau jugak bimbang dia basah kan tapi baju hujan memang dah  selalu standby dalam box motornya. Mungkin encik suami stop dulu kot kat mana-mana, bisik hati kecil saya. Telefon tanya kan dia dan memang betul pun. Dia malas nak patah balik katanya... Saya pulak ooo Ok. Nak main hujan lah tu. Huhu..

Bila fikir balik, ada benar nye jugak. Kalau nak patah balik semata-mata tukar kete, makin basah kena hujan sebelum sampai rumah balik. Jadi lebih baik berenti je kat mana-mana yang ada bumbung kan. Tunggu hujan  reda sikit baru sambung perjalanan. Lagi satu kan ke makan masa pulak kan.. Moral of the story nye, tengok cuaca dulu cmne sebelum keluar g keje. Dan....Kata orang sediakan payung sebelum hujan kan. Standby lah baju hujan siap-siap dalam box motor korang tu. Betul tak? Kalau yang berkereta tu takpelah ada bumbung. 

p/s : Masih sempat buat entri sebab yg sebenornya : Yes, besok baru balik kampung!! Pasti akan ku rindu nak jenguk sini. :)

Thursday, 5 April 2012

Mahu Bercuti seketika!!


Hai rakan-rakan blogger ku.

Cuti... Semua orang nak cuti kan. Saya pun nak cuti!!! Yes... dapat jugak cuti balik kampung 2 minggu. Lama ke? Jiran saya kata tadi pun lama nye mu nak cuti mek ayu. Alaa kak, dah lama sangat tak balik tengok kampung, saya jawab. Hehehe...

Cuti bermakna saya akan bercuti berblog jugak lah. Sebab nya kat kampung takde tenet & broadband pun dah lama terminated lepas dah ade pokcik Oren kt rumah ni. Maka nyer blog saya akan berhabuk lah selama 2 minggu. Rindu lah saya nanti nak membebel kat sini dan rindu jugak tak dapat BW kat rumah korang. Nanti lepas cuti saya jenguk yer...

Macam biasalah, kalau bercuti kena balik dua-dua kampung. Nak bagi adil lah katakan. Itu yang nak cuti lama tu sebab kami memang dah lama tak balik. 

Sepanjang saya takde nanti, tolong jaga yer rumah pink saya nie. [ Bajet ade yang rajin jenguk rumahku ini. Hehee]. Jangan lari yer!!! Saya pasti rindu nak ber blog walking nanti sebab dah jadi kebiasaan setiap hari online je kan. :)

p/s : Kalau korang rindu saya, rajin-rajinlah jenguk rumah saya nie. Hehe.. [Perasan je saya nie kan..]

'' SEGMEN : Siri Jelajah Blog, LET's FLY "


Hari ni baru berkesempatan join segmen setelah di tag oleh si Manis EliaLaily. Thanks yer kerana tag saya. 

Tuan segmen punye kata :
syarat2 nk join yg simple je :
:88:Mesti follow blog Girang.
:88: Buat entri pasal segmen ni dgn tajuk "SEGMEN : Siri Jelajah BLOG, LET's  FLY"
:88: Lekat kan banner kat atas n link kan tros ke segmen ni dlm entri korg
:88: Tag 3 org blogger lain n mesti dorg tau pasal segmen ni
:88: Dah siap, hantar entri korg dkat komen segmen ni
:88: Segmen ni berlangsung dr 03 April 12 hingga 17 April 12
Saya Tag :
[  P#eoNiX ]
Zaty ]
[ Saya DiSini ]
Sesiapa yang nak join sila ke sini.
SINI YER KAWAN-KAWAN

Wednesday, 4 April 2012

Menyimpan Angan-Angan!!!


Sepetang Adam bersama abah nye tengok orang main RC Jet. Al-kisahnya si Adam yang ajak abah dia sebab dia nak sangat pi tengok orang main jet tu dari dekat. Hehe.. Selalu tengok dari beranda rumah jer. Hari ni dapat pulak dia join tengok duk dekat ngan orang yang main tu, Suke lah dia... Ekceli si kecik saya ni memang berangan sungguh nak jadi PILOT.. Wah, cita-cita dia.. Agaknya terpengaruh & mungkin jugak minat. Kalau tanya dia nak jadi apa bila besar memang itulah jawapan dia. Nak jadi pilot nak bawak kapal terbang, nanti ibu & abah duk belakang.. Sweet sangat bila dia cakap camtu kat kami.. Takpe lah itu kan angan-angan dia.

 Pusing replika jet dulu....
 Tengok dengan penuh minat!!
 Inilah dia model RC Jet. :)
 Tunjuk BEST tanda dia suke.............
Dengan Tuan punye Jet tu.
Adam kata baik punyer....!!! Saya nak jadi pilot lah nanti.. hehehe..

Ini video air show RC Jet tu.. Saya tengok dari rumah je. Petang-petang memang selalu ada orang main tapi orang yang sama lah sebab dia je yang ada benda tu kat sini. Hehehe...

p/s : Beranganlah wahai anak ku.. Moga angan-angan kamu untuk menerjah awan itu dapat kamu capai jua satu hari nanti. Ibu doakan yang terbaik untukmu sayang. Ibu sayang kamu Adam!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute