Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 11 December 2013

Read-Easy : Book 1, 2 & 3

Percaya atau tidak.... Adam dah pun di book 3. Alhamdulillah... sejak hari pertama beli set read-easy tempoh hari.. Hampir setiap malam dah mula ajarkan dia. Dan sekarang dah pun di book 3. Book 1, dia baca dari dalam kereta lagi pada hari pertama beli tu.. dan sudah lulus book 1 tu. Kemudian balik rumah, malamnya tu start dengan book 2 pula... pun dia baca dengan baik sampai habis terus book 2 itu malam tu. Semalam, baru start book 3 tapi tak habis sepenuhnya lagi sebab dia dah penat semalam.. Cara saya, selagi dia minta nak ajar baca lagi, saya akan teruskan tapi bila dia sendiri cakap sampai mukasurat ni dan ini... saya stoplah dulu. Nanti baru sambung lagi. 

Apa yang saya terkejut bila dia cepat jer dapat pickup cara sebut baca tu.. Mungkin jadi mudah sebab belajar membaca BM dulu tu pun kaedah yang sama. Bila dia tengok huruf dan try to blending words tu dia terus sebut jer dengan lancarnya. Alhamdulillah... Tak sia-sia belikan kedua-dua set buku tu. Untuk yang berminat nak cuba juga tu, saya cadangkan mulakan dengan BM dulu...nanti bila start ajar BI, akan jadi lebih mudah. InshaAllah... asalkan kita rajin dan konsisten tapi dalam masa yang sama kita tak memaksa anak.. Kan...

Iqra' pula Adam masih di iqra' 3... cuti sekolah kan, so dia tak mengajilah kat tadika.. saya  adalah jugak ajarkan dia selang-selang hari kat rumah. Tapi nak beralih ke iqra' seterusnya kenalah lulus dengah ustazah dia dulu.. Hihi.. (^_^)
Untuk bagi dia rasa seronok... saya guna plastik dan masukkan buku tu. Kemudian saya bagi dia marker pen dan dia baca dengan tick kan perkataan yang dia baca. Seronok katanya camtu..
ini pula sesi main kad huruf. bagi dia kad tu dan suruh dia bentukkan perkataan yang saya sebut. alhamdulillah.. mudah juga dia nak faham. teruskan untuk book seterusnya pula yer.. semoga adam cepat belajar dan diberi ketenangan hati untuk menuntut ilmu.. amin..

Sunday, 8 December 2013

~Sesi Belajar Membaca Bahasa Inggeris dengan Set Read Easy~

Salam sayang sahabat mayaku disini. Lamanya saya tak bersiaran disini. Agak sibuk kebelakangan ni dengan pelbagai situasi perlu dihadapi. Rindu... of course lah rindu nak menulis dan sebenarnya terlalu banyak cerita yang belum di update disini. 
Sekarang akan kembali homeschooling dengan Adam untuk sesi belajar membaca bahasa inggeris pula. Alhamdulillah... dia sudah boleh membaca BM. Setelah menggunakan set buku bacalah anakku... sekarang saya akan gunakan pula set buku read-easy keluaran syarikat yang sama sebagai alat mengajar saya. Semoga misi kali ni dipermudahkan. Adam nampaknya suka untuk belajar membaca dalam BI pula.. dan sebenarnya dia yang minta saya ajarkan dia untuk pandai membaca BI.
Bila dia tengok cerita yang dalam bahasa omputeh tu kan.. dia akan cakap, "Ibu...bila nak ajar Adam? Adam tak paham cerita ni cakap ape.." Katanya kan.. Syukur dia sendiri yang menunjukkan minat. 

Hari ni... syukur juga bila Abah dia dah belikan buku tu untuk dia. Suka sangat dia... dari dalam kereta lagi suh buka buku tu dan baca. haa.. kan tak pasal-pasal... Book 1 dah lulus... Hihi.. (^_^) next continue book 2 pulak.
 Set ini menyediakan 8 buah buku yang disusun mengikut kaedah fonetik yang sama seperti set buku bacalah anakku seperti yang saya guna sebelum ini yang menekankan pembelajaran bunyi huruf dan bukannya nama huruf.
 Saya beli di kedai buku SMO Jerteh.. harga RM39.90 tapi harga ahli dapatlah RM35.90. Set ini ada disertakan CD sebagai panduan Ibu Bapa dan anak juga untuk sebut bunyi huruf dengan betul.
Semangat anak soleh saya nak belajar membaca BI.. Maka akan sibuklah saya selepas ini untuk buat aktiviti belajar yang boleh membantu dia lebih faham. dan akan kembali menjadi cikgu... Hihi.. (^_^)
Untuk ajar Adam dalam BI ni, saya kena lebih kuatkan mental dan kesabaran sebab lagi mencabar kot nak bagi dia faham dengan betul kerana dia akan tanya apa makna perkataan tu nanti.. Semoga dipermudahkan dan Adam akan suka lagi untuk belajar sampailah tamat 8 buah buku tu.

Sunday, 17 November 2013

Dhia 6 bulan dan baru belajar fasa merangkak


Dhia dah 6 bulan... checkup khamis lepas berat tak naik banyak pun tapi tinggi banyak naik. 6 bulan baru 5.7 kg.. Hihi.. dia tak tembam pun tapi syukurlah dia sihat dan cepat juga belajar. Dia dah meniarap terlentang + guling-guling sudah... dan sekarang duk sibuk nak belajar angkat bontot. banyaknya bergerak reverse ler dhia ni..


huhu... seksi you!!!
Semoga awak membesar dengan sihat dan kuat yer sayang.. Ya allah..lindungilah anak-anakku dan insan-insan yang ku sayangi.. Amin.

Tahniah buat anak soleh ibu... tahun depan sekolah lagi yer


Lamanya tak bersiaran disini. Rindu itu sememangnya pasti tapi kadang masa itu mencemburui saya. Sekarang masa tu agak terhad sikit nak mengadap laptop lama-lama berblog. Maaf kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat saya balas kunjungan kalian. 

Sesi sekolah dah habis dan anak-anak dah bercuti. Ramai cerita pasal konvo anak, jadi saya pun nak abadikan cerita anak soleh saya walaupun dia belum konvo lagi.. Tahniah... itulah ungkapan yang sesuai ibu nak ucapkan untuk anak soleh ibu Muhd. Adam Akmal.. Tak sangka anak ibu berjaya harungi sesi persekolahan 2013 ini dengan baik walaupun pada awalnya penuh cabaran terpaksa ibu hadapi untuk biasakan adam di tadika itu. Yelah umur Adam kan baru 4 tahun. 

Awal tahun tu sebenarnya ramai umur sebaya Adam daftar tapi selang sebulan lepas tu hanya tinggal empat orang jer masih setia bersekolah sebab ramai menangis yang macam Adam juga mula-mula masuk sekolah. Tapi mungkin kerana saya ni kuat dan tekad nak bagi Adam sekolah jugak, macam-macam cara saya buat untuk bagi Adam suka dengan sekolah dan ternyata usaha itu berhasil. Syabas Adam. Tahun depan sekolah lagi tau... Banyak jugalah perkembangan yang bagus sepanjang dia dah bersekolah ni.. Dah pandai hafal doa-doa, dah kena huruf jawi dan dah boleh baca Iqra' dah walau masih di Iqra 3.. Adam suka matematik dan sains.. membaca pun dah boleh.. tinggal dia nak saya ajarkan dia belajar membaca inggeris pulak. Adam sekolah di tadika + berhomeschooling dengan saya. Alhamdulillah dia anak yang cepat belajar walaupun ada nakalnya juga tu.
~Takde gambar konvo sebab Adam belum konvo lagi..Ini dia campur 4+5 tahun satu kelas~

 Adam sekolah di tadika Kemas.. Rezeki kami hanya dapat hantar dia ke sini. Tapi ok jer pada saya... Tadika Adam ni bagus dan cikgu-cikgunya pun mesra alam.. Yang paling saya suka ada sesi mengaji setiap pagi sebelum mula kelas. Cuti sekolah ni pun ada juga diadakan sesi mengaji Iqra' dan mungkin minggu depan mula. Bolehlah saya teruskan hantar Adam pergi mengaji sekejap setiap pagi tu.
Serius nye muka adam.. tapi saya suka..terserlah sikit ciri-ciri sikap dia disitu.. (^_^)
Adam cakap," tahun depan adam kelas 5.. yang kawan-kawan lain kelas 6. sikit je tinggal kawan yang masuk kelas 5."

Tahun depan sekolah lagi yer.. harap dia tak buat perangai lah awal tahun tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute