Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 16 April 2013

Sakit gigi, kurang kalsium??


Bila dah nak last-last trimester ni tiba-tiba rasa sakit gigi pulak.. kadang-kadang je datang sakitnya tu, ngilu je gusi ni. Masa pregnantkan Adam dulu pernah juga kena sakit gigi dan siap cabut lagi sebatang gigi gara-gara tak tahan sangat menahan sakit. Seingat saya masa tu kandungan 6 bulan camtulah. Kurang kalsium kah?? Walhal kan masa Adam setiap bulan duk telan minum susu anmum materna dan obimin. Tapi yang second ni kurang sikit minum anmum tu, masa awal-awal hari tu je minum... Ada orang kata cabut gigi masa hamil tak boleh? Ye ker? saya cabut je masa Adam dulu. Hihik.. (^_^) dan yang second ni tak cabutlah kot.. kalau buat rawatan pun lepas bersalin dan habis pantang nantilah agaknya.

Kenapa ketika hamil sakit gigi menjadi-jadi?
Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan
“Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi". 

“Gusi bengkak atau gingivitis jika tidak dibiar melarat boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir,” 

Tips penjagaan gigi semasa hamil :
~ Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
~ Gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati
~ Jika gigi sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif
~ Jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
~ Flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan
~ Kurangkan gula dan makanan manis, termasuk biskut, kek dan minuman soda
~ Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala 

Jumpa doktor jika:
~ Gusi berdarah dengan banyak 
~ Gusi sangat sakit
~ Nafas berbau busuk tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
~ Gigi longgar
~ Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
~ Gigi terasa sakit
sumber : Bharian.com.my

Apa nak buat kan. Terpaksalah saya tahan sakit gigi yang kadang-kadang datang ni dengan harapan janganlah menjadi semakin menjadi-jadi.. Mujurlah boleh juga kunyah dan makan. Kalau sampai tak boleh makan tu yang parah tu dan memang kena refer doktor gigi la jawabnya. Kurang kalsium kot saya ni.. lalalala.. 

~Malam 123~


Adam yang tak boleh tengok ada tool belajar yang baru, mesti nak dibuatnya hari tu jugak. Parah sungguh dibuatnya bila satu malam semua dia nak buat.. 
Number puzzle ni saya download kat SINI, kemudian saya printout dan tampal di atas kepingan kotak.. Gunting dan jadilah puzzle..
Adam sangat excited dapat main math games ni. 
Hasil puzzle Adam buat untuk nombor 1-10. Cantik kan? Saya pun teruja tengok, apatah lagi Adam. Itu yang bila jumpa website yang banyak berkongsi free download teaching tool untuk ajar anak-anak kat rumah ni, saya jadi semakin semangat nak homeschoolkan Adam. (^_^)
Kali ni lebihkan sikit nombornya, dah mula kenalkan dia dengan nombor 20-30 pulak. 
Yang ni pun saya dapat dari situ jugak. 
Adam belajar mengira dalam english pulak. One to Ten. Yang tak tahannya time ni dia mengeja perkataan tu gaya BM. Sudahnya sebut bunyi lain macam pulak jadinya. Hehe... Bila terangkan kat dia cara sebut english baru dia faham. Itulah Adam yang suka sangat mengeja perkataan sekarang ni. 

Alhamdulillah...... bila banyak saya buat aktiviti belajar dengan adam, saya lihat semakin baik perkembangan dia. Dah semakin boleh mengenal nombor dan huruf dengan baik termasuklah Iqra'. Kat tadika dia mengaji Iqra' setiap pagi tapi kat rumah saya ajar dulu mukasurat yang dia akan baca esoknya tu dengan ustazah dia. Seronok bila tiap hari dia balik tadika, dia akan tunjuk yang dia dah alih Iqra' tu ke mukasurat baru. Proses nak membaca pun dah semakin baik walaupun dia suka mengeja-eja yang menjadikan lambat sikit nak habis baca ayat tapi ok lah dengan umur dia tu. Biar lambat asal dia cuba untuk membaca kan. Mungkinlah saya ni bertuah sikit ada lebih masa sebab tak berkerja tapi saya hanya habiskan masa untuk sesi aktiviti belajar Adam pada waktu malam aje sebenarnya tau. Itu pun kalau mood tengah OK.. Hihik.. Yelah nak mengajar anak ni kena tengok mood jugak, kalau stress janganlah duk sibuk nak mengajar sebab nanti anak yang stress sama bila ibu dia jadi singa asyik hot jer.. (^_^)

p/s : Suka diingatkan yang saya bukan nak menunjuk-nunjuk yer tentang anak saya tapi saya suka berkongsi aktiviti-aktiviti saya dan anak-anak dengan sahabat-sahabat semua. Sekadar berkongsi idea dalam mendidik dan mengajar anak-anak kerana saya pun seorang ibu yang juga inginkan anak-anak membesar dengan baik dan berjaya dalam hidup mereka. InshaaAllah..

Sunday, 14 April 2013

Andainya anak-anak.......


Andainya anak-anak..

Andainya anak-anak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.

Andainya anak-anak hidup dalam permusuhan, 
mereka akan belajar melawan.

Andainya anak-anak hidup dalam perolokan, 
mereka akan belajar menjadi pemalu.

Andainya anak-anak hidup dalam keaiban,
mereka akan belajar merasa bersalah.

Andainya anak-anak hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar bersabar.

Andainya anak-anak hidup dalam galakan,
mereka akan belajar tentang keyakinan diri.

Andainya anak-anak hidup dalam kepujian,
mereka akan belajar untuk menghargai.

Andainya anak-anak hidup dalam saksama,
mereka akan belajar tentang keadilan.

Andainya anak-anak hidup dalam keselamatan,
mereka akan belajar untuk mempercayai.

Andainya anak-anak hidup dalam keizinan,
mereka akan belajar mengasihi diri mereka.

Andainya anak-anak hidup dalam penerimaan dan persahabatan,
mereka akan belajar mencari perpaduan dan kedamaian di dunia.
Sumber : Fb (kelab Ibu hebat,anak ceria)

~Food Pyramid~


Folder games ni salah satu study games kegemaran Adam. Sebelum ni games hot & cold. Kali ni ajar kenal pyramid makanan pulak dan dengan saya sekali belajar sama. haha... (^_^)
Saya dapat bahan ni dari SINI
Adam yang cuba masukkan jenis makanan ke dalam poket-poket kategori makanan. Banyak yang dia tak tahu pun sebenarnya.. Yang dia kenal buah-buahan, sayur-sayuran dan jenis-jenis sumber kalsium je, yang lain-lain tu dia compius jugak nak letak. Ini games untuk yang dah 6 tahun atau dah darjah satu kot tapi saya saje je kenalkan dia dengan piramid makanan ni. At least dia tahu jugak kan sikit-sikit nanti. Over pulak ibu Adam ni kan.. Hihikk..

Adam sekarang kalau keluar meronda, dalam kete tu bising betul dia duk membaca segala signboard yang mana sempat dia tangkap perkataannya. Versi dia tetaplah mengeja baru sebut baca. Terbaru pulak, adam dah tahu pulak baca sikit-sikit sari rancangan Tv kalau tekan button info tu. Tak boleh nak kelentong dia dah sekarang ni kalau bab Tv nih. Dah kena berebut remote tv ngan dia pulak. Siang hari memang tak dapatlah nak tengok tv citer feberet saya, nak kena tunggu malam barulah saya punya Tv tu.. Huhu.. Inilah dia bila anak dah besar kan.. (^_^)

Nota : Saya suka berkongsi aktiviti saya dengan adam kat rumah dan yang mana nak cuba juga dengan anak-anak, silakanlah yer. Saya berkongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ini juga tatapan untuk saya dan anak-anak kelak. Blog inilah tempat saya coretkan segala waktu cerita saya dan anak-anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute