Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 26 May 2017

Diy sensory box


Hari ini ibu diy sensory box untuk madihah. Walaupun madihah baru nak masuk 4 bulan..ibu sediakan awal supaya nanti dah meniarap bolehlah mula beri dia main sensory box tu. Madihah baru mengiring sendiri..inshaAllah tak lama lagi bolehlah dia meniarap tu. :)

Ibu guna barang barang yang sedia ada je kat rumah. 
Tudung botol mineral, pipe cleaner, kereta mainan, tisu roll, pompomball, belon, plastik, reben, bekas bedak kompak, penutup pengcungkil gigi, bekas ubat yang ibu beli di diy murah je tu satu. Gam kan pada kotak dengan menggunakan gam uhu atau nak lagi kuat boleh guna gam tembak yang letrik tu. 


 Dalam plastik putih tu, ibu letak conditioner rambut kemudian letak pemadam comel beli kat diy 4 ketul, butanh baju dan mata mata kecil. 

 Berus gigi pun ibu letak jugak. :)

 Ini ibu tampal foam paper, velcro dna pompom ball.

 Casing phone abah pun jadi mangsa ibu.. hehe. :)

Madihah dah 5kg dah. Alhamdulillah. Semoga terus membesar dengan sihat dan kuat. Dipermudahkan segalanya.. aamin


0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute