Salam sayang sahabat mayaku disini. Lamanya saya tak bersiaran disini. Agak sibuk kebelakangan ni dengan pelbagai situasi perlu dihadapi. Rindu... of course lah rindu nak menulis dan sebenarnya terlalu banyak cerita yang belum di update disini.
Sekarang akan kembali homeschooling dengan Adam untuk sesi belajar membaca bahasa inggeris pula. Alhamdulillah... dia sudah boleh membaca BM. Setelah menggunakan set buku bacalah anakku... sekarang saya akan gunakan pula set buku read-easy keluaran syarikat yang sama sebagai alat mengajar saya. Semoga misi kali ni dipermudahkan. Adam nampaknya suka untuk belajar membaca dalam BI pula.. dan sebenarnya dia yang minta saya ajarkan dia untuk pandai membaca BI.
Bila dia tengok cerita yang dalam bahasa omputeh tu kan.. dia akan cakap, "Ibu...bila nak ajar Adam? Adam tak paham cerita ni cakap ape.." Katanya kan.. Syukur dia sendiri yang menunjukkan minat.
Hari ni... syukur juga bila Abah dia dah belikan buku tu untuk dia. Suka sangat dia... dari dalam kereta lagi suh buka buku tu dan baca. haa.. kan tak pasal-pasal... Book 1 dah lulus... Hihi.. (^_^) next continue book 2 pulak.
Set ini menyediakan 8 buah buku yang disusun mengikut kaedah fonetik yang sama seperti set buku bacalah anakku seperti yang saya guna sebelum ini yang menekankan pembelajaran bunyi huruf dan bukannya nama huruf.
Saya beli di kedai buku SMO Jerteh.. harga RM39.90 tapi harga ahli dapatlah RM35.90. Set ini ada disertakan CD sebagai panduan Ibu Bapa dan anak juga untuk sebut bunyi huruf dengan betul.
Semangat anak soleh saya nak belajar membaca BI.. Maka akan sibuklah saya selepas ini untuk buat aktiviti belajar yang boleh membantu dia lebih faham. dan akan kembali menjadi cikgu... Hihi.. (^_^)
Untuk ajar Adam dalam BI ni, saya kena lebih kuatkan mental dan kesabaran sebab lagi mencabar kot nak bagi dia faham dengan betul kerana dia akan tanya apa makna perkataan tu nanti.. Semoga dipermudahkan dan Adam akan suka lagi untuk belajar sampailah tamat 8 buah buku tu.
3 Komen Cerita Hati:
Moga terang hati adam, sy pun baru nak mulakan jugak... Tp buku x beli2 huhuhuhu
Good boy adam..semoga dpt tamatkan read easy dengan sukses.Aiman dok bertangguh lagi nak beli buku ni tuk dia.tak sempat nakpi kedai buku lagi.cuti sekolah ni ibu pun lemau..taun depan la kot baru mula.hehe
Post a Comment