skip to main |
skip to sidebar
Mengasah kemahiran mendeco kek. Itulah hobi saya sekarang. Nak pergi kelas memang dalam perancangan. Buat masa ni, belajar sendiri dulu. Tengok tutorial cara deco kat youtube tu jelah sumber saya belajar sekarang.
Walaupun banyak tool mendeco yang masih belum cukup dibeli... haha... nozel pun saya ada yang plastik je, dan yang jenis besi tu memang akan beli jugak dan dalam list shopping bulan ni. Hihi.. (^_^)
Resepi buttercream tu first time saya cuba yang ni.. selalunya pakai yang letak creamwell atau shortening tapi semalam dek kerana tangan gatal sangat nak mendeco, guna jelah apa bahan yang ada kat dapur tu.. Saya pakai 250gm butter + 1 1/4 cwn gula aising + 3 sb serbuk koko + 1 sb choc emulco + 3/4 cawan air sejuk. tapi kan macam tersilap jer... letak air sejuk buatkan tekstur buttercream tu tak berapa cantik dan licin masa mendeco tu.. huhu.. tak letak pun takpe kot tapi sedap jugak rasa buttercream tu. apa yang saya belajar kan, dulu buat buttercream.. saya ayak gula aising tu sekali jer dan akibatnya buttercream kurang sedap sebab gula tak hancur elok. lepas dari tu, saya ayak 3-4 kali gula tu dan barulah terhasil buttercream yang elok. Inilah namanya kaedah cuba jaya, cuba buat, tak jadi, buat lagi dan lagi.. (^_^)
Deco asal boleh... hihi
Simple deco.. tabur cheddar cheese parut, buh ceri dan coklat adam sikit.. hihi..
Sebenarnya nak cuba buat swirl roses.. akhirnya baru dapat belajar teknik buat roses versi camgini dengan betul.. Lepas ni akan try buat roses yang versi lagi satu tu..
Nota : bilalah dapat berguru dengan pakar kek ni? huhu.. semoga dipermudahkan segala hasrat hati dan rancanganku.. amin.. nanti akan cuba deco red velvet cake pulak... tak sabarnya nak beli nozel besi tu.. (^_^)
4 Komen Cerita Hati:
sangat mengiurkan .. pandai ayue deko..
tak payah masuk kelas dah cantik tu ayu.. huhu.. dhia tak kacau ibu mendeko ke? hihi..
Assalamualaikum...nampak menyelerakan bila siap ada deco tu...
pandai ibu adam dhia deco..mula2 mmg nmpk tak berapa kemas sikit, lama2 buat nti terer la ayu..
Post a Comment