Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 17 July 2013

~Pinjam Buku Big Book Phonic dari Library~


Ahad yang lepas, kami ke library hantar buku dan pinjam buku lain. Mujur Adam tolong ingatkan.. lewat sehari pulak tu hantar, kena lah denda sikit. Hihi.. Dhia pun ikut sama sebab ibunya nak ikut jugak kan.. (^_^)

Sebelum mula belikan dia buku idaman READ-EASY tu, saya pinjam buku ni dari library dulu. Nak tengok samada Adam dah ready belum untuk belajar membaca BI dan boleh ikut atau tak cara nak sebut bacanya. Saya kena pastikan dia keliru ataupun tidak sebelum saya belikan buku read-easy dan mula ajar dia dengan set buku tu. Sebelum ni saya ada jugak sediakan bahan games dalam entri ini dan dia dapat susun serta baca sikit-sikit. Yang membezakan cara bunyi antara belajar Bm dengan Bi ialah cara sebut bunyi huruf vokalnya. Itu yang kadang Adam sebut CAT (ket) tu bunyi Bm jadinya dia sebut CAT yang dah maksud cat rumah pulak dan bukan kucing. Kalau vokal ooo, senang pulak dia faham macam perkataan Zoo, to, root, boleh pulak dia sebut.
Bila start ajar dia baca buku ni, nampaknya ada respon yang positif bilamana dia cuba untuk membaca dengan betul dan ada beberapa perkataan yang dia boleh baca sendiri tanpa perlu saya betulkan. So, rasanya Adam dah bersedia kot untuk belajar membaca dalam Bi pula. Selalu jugak dia minta saya ajar dia membaca buku Bi. Maka, plannya lepas raya, saya nak belikan dia set buku read-easy idaman tu dan bolehlah mula perlahan-lahan ajarkan dia walaupun masa tu tak berapa nak ade jer. Malam-malam untuk beraktiviti homeschool ngan dia dah tak dapat dilaksanakan mana dah sekarang ni, kesian tengok dia duk dalam bilik belajar sorang-sorang macam semalam lah, rajin betul dia belajar tanpa saya suruh pulak tu dan suka saya tengok. Alhamdulillah. Takpelah.. dapat ajar sekejap-kejap time free dan time Dhia tidur pun boleh kot nanti. Ada misi barulah sekarang ni... Misi untuk Adam pandai membaca Bi. Fuhh.. cabaran lagi tu. 

Adam dah boleh membaca Bm dengan jayanya dah. Alhamdulillah... Kalau kemana-mana, dia boleh baca arah signboard dan siap bagitahu abahnya berapa km lagi nak sampai. Boleh baca menu kat kedai dah pun. Semalam cikgu dia bagi kertas sukukata bawa balik rumah, laju jer dia baca tanpa perlu mengeja-ngeja dan saya tak pastilah samada cikgu dia perasan ke tidak yang Adam dah boleh membaca sebenarnya. Hihi... 

Syukur Alhamdulillah, Adam cepat belajar dan usaha saya tidak sia-sia cuba ajarkan dia dengan set buku Bacalah Anakku beberapa bulan lepas tu dan tak lama lagi, inshaaAllah akan cuba pula set buku Read-easy untuk belajar membaca Bi pula. 

Nota : Sebelum ajar Adam, saya kena study dulu cara sebut Bi tu dengan betul.... Hihi. (^_^)

5 Komen Cerita Hati:

inazamri said...

tanamkan minat suka membaca dr awal.pandai Adam skrg ni ye.terror BI nnt ni

Chic Na said...

rajin betul lah ibu & adam ni.. cepat belajar senang nk ajar..

fizalinolie said...

Adam pasti boleh lagi2 sekarang dah boleh baca. Emak pub rajin ajar anak. Good job! Semoga Adam berjaya dalam misi belajar BI.

Masya said...

haiyok ayu.. amir bm pun masih terkial² lg... x pandai sgt memnbaca...

Puan Kutu said...

adam boleh!anty percaya adam budak yg pandai..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute