Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 27 May 2012

-Jejalan di Rantau Panjang-


Sudah hampir dua tahun setengah kami bermaustautin di tempat orang, tapi weekend hari tu baru berkesempatan ke Rantau Panjang. First time lagi.. Hahaha.. Yelah, dah duk tempat orang ni haruslah cuba terjah semua tempat menariknya kalau berkesempatan kan. Abah Adam lah yang bersungguh ajak pergi sana. Bila dah jejak tu, nak kata jauh tak jugak rupanya sebab dengan bantuan Mr. GPS dapat lalu jalan shortcut pulak. Jadi kami tak menghadapi masalah sesat jalan lah. Poyo nye aku kan. Haha.. Sebelum ni asyik duk ingat macam jauh je Rantau Panjang ni. Bila dah sekali pergi rasa macam nanti nak shopping raya kat sini lah pulak. Kepada Abah Adam, sila standby modal yang banyak yer untuk kami. :)

Boleh dikatakan sehari suntuklah kami berjalan, bayangkanlah keluar rumah pukul 10 pagi dan sampai rumah pukul 10 malam. Sampai kat Rantau Panjang, punyalah ramai orang.. Biasalah kan cuti sekolah kan. Lepas dah habis jejalan dan borong sikit beberapa barang, kami singgah kat Masjid Beijing Rantau Panjang. Lepas tu gerak ke Mydin Mall untuk shopping barang dapur sikit. Walau penat tapi seronok!!

 Yeay!! Kami dah sampai sini!! :)
 Adam tengah tahan panas. :)
 Time for shopping baju. Kena pandai tawar menawar, barulah dapat murah. :)
 Pompuan memang tak sah kalau tak tengok bunga. Aku beli dua bakul, satu bagi kat jiran. :)
 Comel-comel semua yang ada disini, yang paling aku geram bila tengok bear. Yang paling besor pun Rm80 jer dan boleh mintak kurang lagi tu. Tapi tak beli lah sebab takde anak pompuan lagi. Hahaha. :)
-Adam kat Masjid Beijing-
 Kami..... Seiras tak?
 Terkejut bila aku terpandang signboard kedai makan kat tepi masjid tu yang tertulis nama serupa seperti nama Adam Akmal kesayangan aku ni. :)
 Inilah hasil pelaburan Abah Adam untuk kami. Thanks Abah.. Nanti belanja lagi yer.  :)
Baru terpampang wajah Driver and Big Boss kesayangan aku.  Thanks yer bawak kami jejalan. :)

Itu sahaja coretan cerita jalan-jalan kami kali ni. Sampai jumpa lagi di lain siaran jejalan kami.

6 Komen Cerita Hati:

sekadar satu coretan said...

seronokkan gi sana..macam-macam adakan..hari tu bulan 2 ada pergi sana...rasa mcm nak pergi lagi jerr..

Chic Na said...

wahh ayu. cik na org kelate pun blum pernah jejak lg kat situ. teruk btul. hehe.. shopping sakan nmpak. ok eh harga brg2 kat situ? :)

rieda_ffya said...

wah..terujam nye...shopping sakan ye ayue..

Saya Disini said...

bestnye klu dpt shoping kt ctu..mcam2 ada

P#eoniX said...

hahaha!!!syiouping gak akhirnya...keh...keh...keh....

IntaNBerliaN said...

dah lama betoi sy x g sini...

wah... byk betoi hsl pelaburan tu yer.. hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute