Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 31 March 2023

Diabetes type1. Apakah itu?


Baru ada masa nak menulis disini.

 Permulaan tahun baru 2023 diuji dengan anak keduaku yang dikesan menghidapi penyakit Diabetes Type 1. Didiagnosed pada 3/1/2023 dan berada di wad selama 18 hari. 4 hari di nicu dan 14 hari di wad kanak kanak.

Apakah itu diabetes type1?
Berapa ramai antara kita tahu bahawa diabetes juga ada di kalangan kanak kanak? 
Ya.. Begitulah aku, mula mula doktor beritahu semasa di unit kecemasan Hospital Besut, "anak puan kami suspek kencing manis ye, dia sedang hiper ni, kami rawat bagi stabil dulu dan akan dipindahkan ke HSNZ, Kuala Terengganu untuk rawatan seterusnya."

Aku dan abahnya terkedu. Termenung juga memikirkan mana datangnya anak seusia 10 tahun itu dikesan ada kencing manis?
Aku mengandungkan anak anak pun tidak ada masalah kencing manis masa mengandung. Masa kecil membesar dengan baik dan tidak pernah masuk wad. Keturunan pula, ayah aku dah tua baru ada dan meninggal sebab lambat dapat rawatan dan ada kudis yang makan isi dari dalam sebab kencing manis sebabkan luka dia lambat baik.
Aku sendiri ingatkan hanya ada dua jenis diabetes atau kencing manis iaitu masa mengandung dan masa tua. 
Rupanya diabetes ada tiga : type1, type 2 dan gdm.

"Anak makan manis ke?"
Itulah soalan saban waktu ditanya bila diberitahu anak dikesan ada diabetes. 
Menusuk hati dan terkesan emosi sebab hakikatnya bukan begitu. 



Diabetes type1 bermaksud antibodi badan sendiri sebabkan organ pankreas yang hasilkan insulin rosak. 'Type 1 means your pankreas is dead.' Begitulah nak mudah faham. Rawatan buat masa sekarang perlu cucuk insulin tanpa skip dan makan berjadual.

Semasa di unit rawatan rapi kanak kanak (NICU)

Simptom anak kencing manis :
Kerap kencing, tidak lawas kencing, terlalu dahaga dan berulang minum air dan berat badan susut mendadak.

 Tanda tanda anak sudah DKA pula anak pucat, lemah, nafas laju, tidak ada selera makan, bibir mulut kering dan muntah muntah. 

Sudah hampir 4 bulan melalui proses pembelajaran yang tidak dijangka turun naik bacaan gula. Setiap hari adalah proses belajar. Setiap hari berdepan emosi dan berdebar. Nak berdepan dan rawat saat  bacaan hypo dan kerisauan bila bacaan hiper. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kami dan anak kami agar terus kuat melalui fasa baru dalam kehidupannya. 
Rawatan sekarang, 4 kali suntikan insulin sepanjang hayat dan perlu makan ikut masa berjadual. Jenis insulin pula ialah novorapid dan glargine. 


Contoh cara aku rekod pemakanan anak dan bacaan pre setiap menu utama serta catatan dos suntikan insulin. 
Perjuangan anak anak diabetes type 1 masih panjang. Semoga segalanya dipermudahkan dan dijauhkan dari segala kemudaratan.
Aku juga bersyukur kerana banyak belajar daripada group sokongan pesakit dan ibu ayah yang juga ada anak diabetes type 1. Mula mula rasa down juga tapi bila melihat ada je penghidap diabetes type 1 berjaya, kami mula rasa positif dan terus melangkah memberi sokongan untuk anak kami. Alhamdulillah. 



Thursday, 31 March 2022

Tukar streamyx kepada unifi


Selama lebih kurang 10 tahun kami setia pakai TM streamyx. Hari ini 31/03/2022, kami bertukar ke unifi. Kasi lajuuu sikit la. Kot rajin update blog lepas ni. 

Selamat tinggal adam_wifi.  

Selamat datang komitmen baru. Azyue@unifi. 
😂

Oleh kerana kami pelanggan lama, ada keistimewaan diberikan semasa bertukar ke unifi ni, pemasangan percuma dan diskaun RM20 bayaran selama setahun bayaran bulanan. Alhamdulillah. Kami ambik Pakej RM89/bulan sahaja. 







Friday, 21 August 2020

Kenangan dapatkan lesen D



Dulu.... Saya penakut bab nak memandu kereta. Saya hanya pandai menunggang motosikal je. Memang takut sungguh. Entah bagaimana datang keberanian... Mungkin bila tiba masa saya jadi berani lawan takut... Tu saya cuba.. Dengan dorongan suami juga. Suami ajar saya macamana nak pandu kereta. Hampir sebulan juga la dia ajar bila ada masa lapang. Lepas tu baru saya daftar di institut memandu. 

Step pertama. Kena hadir kelas kpp01. Dengar ceramah. Selepas itu perlu booking date untuk exam berkomputer untuk dapatkan L.  Alhamdulillah. 27/6/2020 saya hadir exam dan lulus dengan markah 49/50.  Salah satu soalan sahaja sebab terkeliru. 😅

Saya mula belajar sebulan selepas itu. Maklumlah.. Student yang tertangguh sebab pkp masih ramai. Jadi kena tunggu turn. 
Saya belajar dengan Cikgu Lelaki.. Cikgu husin. Mudah sungguh dengan beliau dan tak pernah menjerit marah. Memang jadi nak belajar pun tak stress. Mudah nak faham. Hampir sebulan juga belajar. Saya dapat datang pun tiga ke keempat kali dalam seminggu. Ada masa satu jam belajar ada masa tu dapat dua jam. Bila dah cukup masa kita belajar.. Terus la masuk slot untuk test JPJ yang sungguh menggerunkan kata orang. 😊

19/8/2020
Hari ujian test JPJ saya. Hampir 33 orang calon diuji masa ni. Saya dapat giliran ke-5.

Sesi 1 saya melalui ujian litar. S, Z, bukit, parkir sisi dan tiga penjuru. Di bukit hampir juga nak terkandas.. Tapi mujurlah saya dapat kawal semula klac dan minyak dan kereta tak mengundur sebaliknya sedikit mengaum bila nak bergerak turun bukit. Hahahha. Tak kisahlah.. Janji ke depan bukan undur ke belakang. Alhamdulillah. Lulus bab bukit yang sering menakutkan ramai calon tu. 

Saya dapat kereta hari test tu, kereta klac tinggi sungguh. Mujurlah duk kawal dengan minyak juga sikit. Dan tiada kejadian mati enjin. Betapa nak selesa dengan sesebuah kereta masa ujian tu.. Memang kena pandai pandai kita la nak kawal. Masa di tiga penjuru tu paling mendebarkan. Takut mati enjin oii.  Alhamdulillah. Semua ujian di litar saya LULUS. 

Sesi 2 ujian jalanraya. 
Perkara pertama korang kena buat ialah.. Beri salam kat pegawai JPJ tu. Jangan main masuk je.. Tak sopan jadinya pula. 
Lepas tu, adjust apa yang patut. Paling utama, pakai seatbelt dan kalau pegawai JPJ sebelah tak pakai, boleh je minta beliau pakai. Kadang pegawai penguji ni nak tengok kita juga tau alert ke tak. 

Saya dapat laluan C. Kena lalui dua kali roundabout. Jalan kanan ke kanan dan kanan. Pegawai penguji sebelah saya hari tu sangatlah rajin ajak bersembang. Muka serius tau. Tapi saya layan je dia sembang.. Janji kita kena fokus depan.. Tengok cermin sisi cermin belakang selalu. Jangan ambil jalan orang. Pandu je dengan berhati hati. Saya bawa dalam 50-60km/j je. Hahahaha. Biarlah pelan pun. Janji patuh lalu lintas. Signal semua mesti kena beri. Alhamdulillah. Saya LULUS. 

Sungguh tak sangka saya berjaya juga ada lesen. D manual. Ambil manual boleh bawa auto juga. Kalau kita ambil lesen auto.. Hanya boleh bawa auto je. Manual ni tak la susah mana. Pergi kelas tu nanti pandailah. Saya dari tak pandai dan takut. Alhamdulillah. Lega berjaya atasi takut tu. 

Terima kasih suami beri modal buat lesen dan tak merungut hantar ambil tiap kali ke kelas memandu. Tanpa dorongan dia.. Cabaran dia.. Rasanya saya sampai sudah takkan pandai memandu kereta. 
Sebenarnya rasa bangga kat diri sendiri juga sebab berjaya cabar diri sendiri. Alhamdulillah. 











Monday, 30 July 2018

Pencarian mixer baru. Hadiah hari jadi tahun 2018.


Mixer lama jenama trio dah tak berfungsi dengan baik. Hampir empat tahun mixer trio berjasa. Alhamdulillah.kali ni teringin nak upgrade mixer jenis power mixer tu. Ada balloon whisk, k-beater dan cangkuk doh roti. Tu diaaa punya berangan pada awalnya.

Tapi terharu bila boss kata OK dan lagi terharu bila dapat awal dari bulan hari jadi. Ini kiranya hadiah birthday in advanced la. Terima kasih suamiku bossku hadiahkan mixer ni. Alhamdulillah. Semoga 

Gosok mixer heavy duty brand Cornell. Harga rm550++. Yang ini heavy duty. Masa ni survey dekat aeon mall.

Alhamdulillah. Boss belikan yang ini di G-orange mall.
Harga promosi. Kalau survey harga di internet RM500++ juga model ni. Itu yang boss kata beli jelah. Nanti tak dapat dah harga ni. Terharu dan nangis juga la belakang dia la tapinya.. Yelah..duk ingat dapat lambat lagi..TUP TUP seawal ini. Mahu tak gumbira hati kan.


Nak juga bergambor dengan mixer. :)

Ni maksimum boleh muat. Ok la untuk kegunaan di rumah. Kan lepas ni nak mula bisnes kek kecil kecilan semula. :)

Oven dan mixer ni dua benda saya sayang. Dua dua hadiah dari boss. :)

  Pertama kali ke G-ORANGE MALL ni .besar dan banyak juga la pilihan. Barangan letrik murah di sini.
Terima kasih boss. Semoga semakin murah rezeki awak. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute