Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 5 July 2013

Adam dan Dhia.......


"Adik.... abang gi sekolah kejap yer, nanti abang balik", kata Adam kat adik dia. Setiap pagi hari sekolah, sebelum ke tadika tu, dia pasti akan cakap camtu kat adik dia walaupun adik dia tengah tidur lagi. Dhia pulak akan bukak sikit mata dia konon macam mengerti je apa orang cakap kat dia, pastu pejam rapat semula. Lucu betul rasanya lihat gelagat anak-anak ni tapi yang pastinya Dhia memang lebih kurang Adam je ragam sikapnya tu. Hihik..

Lagi ayat yang Adam sembang ngan adik dia..
"Adik... iyer.. abang Adam ada nih, adik jangan nangis, ibu buat keje jap", katanya time adik dia baru nak eheekheheekek merengek tu.

"Adik, abang Adam dah balik sekolah", sampai je rumah dari tadika memang dia cari adik dia dan cakap camgitu.

"Dhia, abang Adam sayang Dhia......"
"Untuk Dhia..untuk Dhia...aku yang patut..........", lagu Untuk Dia (najwa latif & sleeq) tu dah adam nyanyi untuk adik dia, katanya itu lagu untuk Dhia. (^_^)

"Dhia ni comellah..."
"Dhia..tengoklah abang... oo sombong betul adik ni tak nak tengok abang", katanya minta perhatian adik dia dan bila adik dia pandang lain dia kata adik dia sombong.

Walaupun dalam dia duk jealous dengan saya dan abahnya yang asyik asyik adik je kan.. tapi hakikatnya Adam sayang adik dia. Kalau kawan-kawan saya datang rumah tengok Dhia, Adam akan duk dekat dengan adik dia sebab takut orang amik adik dia. yelah, selalu kan ada yang suka nyakat "acik nak amik adik balik boleh?" Haaa itu yang dia jadi pak guard tu, marah orang ambik adik dia. Kalau orang pegang pun, dia akan duk dekat je ngan orang tu...
 Wajah-wajah kesayangan kami..
Semoga kalian membesar dengan sihat, kuat dan riang bagaikan juara.
Semoga kalian menjadi anak yang soleh solehah.
Anugerah terindah.......
Kau adalah anugerah
Hadirnya mu mendamaikan
Kau adalah anugerah
Yang membawa sebait senyuman
Oh.. Hanya dikau yang di jiwaku
Oh.. Kaulah satu
Hanya kau yang satu..
Kaulah definasi cinta
Sebaik-baik manusia
Cahayamu mempersona
Kaulah epitomi cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara..
Hanya dirimu untukku
Buat selama-lamanya..
(lirik dari lagu Anugerah terindah-aril)

Thursday, 4 July 2013

Adam dapat surat wakil pertandingan....


Balik dari tadika tadi, dia tunjukkan saya surat ni dan siap tolong bacakan lagi..
V
V
V
Surat untuk pertandingan mewarna Ahad nanti. Tahniah dan syabas anak ibu.
Mulanya saya ingatkan semua murid kena pergi rupanya Adam wakil tadika dia untuk umur 4 tahun, cikgu dia hantar mesej baru saya faham. Katanya Adam terpilih sebab cikgu tengok dia kaler kemas dari yang lain. Ini akan jadi satu pengalaman baru buat Adam nanti dan harapnya Adam dapat buat yang terbaik. Tahniah sayang.... ibu bangga dengan Adam. So, dua hari ni kena praktis mewarna dengan baik lah yer terutamanya macamana nak pilih kaler yang betul untuk satu-satu gambar benda tu. Dia memang kaler ok, tak comot sangat cuma dia suka kaler gambar tu sesuka hati je pilih kaler. Macam rambut dikalernya oren lah pink lah..Kihkih.. Nanti ibu ajar yer...

Nota : Really proud of you dak Adam. Do your best!! Tak mengharapkan sangat kemenangan tu cuma mengharapkan Adam berusaha buat yang terbaik dan dapat tambah pengalaman baru untuk diri dia sendiri.

~Dhia sudah Dua bulan~


Hari ni awal pagi dah kejutkan Dhia dan mandikan dia, dalam kul 9 pagi terus gerak gi Rsat checkup dia. Berat bertambah jadi 3.8kg... oklah tu asalkan naik, lebih kurang abang adam dia jugak masa baby graf kenaikan berat badan tu. Hihik.. Udah ibunya kecik kan..anak pun mana mau besor mana nyer. (^_^)

Dhia kena injection 2 bulan... Nurse masukkan jarum kat peha dia tak menangis tapi bila nurse tarik jer dia eheheerkk sekejap je. Haha.. memang baik sungguh kat rsat yer tadi. Sampai je umah, tidurkan dhia. Tapi dia mula menangis tak selesa dengan peha dia yang bengkak sikit tu. Saya sapulah sedikit bawang putih (petua mak..hihi) kat atas peha dia bekas injection tu, barulah dia tidur semula dan tidur bawah je, takmo duk buai lak dia lately ni. ermm.. risau juga takut makin bengkak je tu.. Harapnya baik-baik jelah tu nanti.
Dhia dah dua bulan sudah..........
dah pandai agah orang, dah pandai senyum.....
Semoga kamu membesar dengan sihat, kuat dan riang sentiasa.

Wednesday, 3 July 2013

Setiap hari kena tanya.....


Setiap hari......... berulang kali saya ditanya, "Ibu sayang tak adam?". Alahai apakah maksudnya tu? Selang setengah jam kena tanya lagi. Terutamanya kalau tiba-tiba saya nak jadi singa, teruslah dia tanya camgitu. Adam anak yang cerdik dan baik tetapi adakalanya ada juga nakalnya tu. Nakalnya taklah senakal mana, cuma suka melompat-lompat + lari-lari situ sini + mulutnya yang banyak cakap yang kadang menganggu tidur adiknya. Haha.. Sebab itulah dia dah mula bertanya camgitu kat saya. Asyik-asyik sebab adik.. adik dan adik.. Nak buat bising dah tak boleh, nak lompat lari situ sini dalam rumah ni dah kena sekat-sekat dah. Hilang kebebasan, mungkin itulah yang dia rasa kot sejak dah bergelar seorang Abang Adam. Nak buat camne, dah memang tiba-tiba jadi nak tegur dan marah dia buat bising. So, cara terbaik nak elak dia kena marah jer.. saya tidurkan Dhia dalam bilik. Bolehlah Dhia tidur siang hari walau Dhia ni jenis tidur kejap-kejap je waktu siang. Abang Adam nak buat bising kat ruang tamu nak main lompat-lompat ke apa ke, biarkan jelah dia. Hihi..

Adam memang terasa jealous dan memang nakkan perhatian dari ibu abahnya. Semakin ditegur semakin dimarah-marah, semakin dia buat dan dia gelak-gelak je time saya marah dia. Haa sudah............ tapi bila cakap elok-elok sambil hug dia sikit, boleh pulak dia dengar. Huhu.. Itulah terkadang kesilapan saya tanpa sedar yang suka marah dia tiba-tiba. Tak elokkan kalau marah-marah sangat, nanti anak boleh jadi kuat memberontak erk?
"Setiap saat Ibu sayang Adam". Itulah jawapannya wahai anak ibu sayang.
Semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. InshaaAllah.
Dhia dah nak dua bulan... esok hari checkup dia + cucuk dia. Semoga baik-baik ajelah besok yer.. Ibu sayang anak-anak ibu, putera puteri ibu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute