Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 17 July 2013

~Lukisan Comel Adam~


Saya check beg Adam dan itu memang menjadi kebiasaan saya check beg dia setiap hari untuk sekolah esoknya, tengok pensel warna dia tajam atau tak, kalau tumpul, kena tajamkan pensel dia tu. Semalam nampak lukisan kat kertas A4 ni ada dalam beg dia. 
v
v
Saya tanya, "Apa tu Adam?". "Ni Adam lukis raksasa masa kat sekolah, cikgu bagi kertas, pastu Adam lukislah.. Cantik tak ibu? Adam lupa nak tunjuk kat ibu", katanya kan. 
Kiki.. cantiklah kot. Haih berimaginasi betul budak ni kan..Raksasa colourful gitu. kaki je tak siap kaler tu.. Inilah lukisan comel Adam dan bila dia berimaginasi beginilah hasilnya. Tambahan pula suka tengok otomen.. (^_^) 

Segmen : Giveaway Pheonix


Jom join segmen.. support sahabat blogger saya ni.. Dah lama saya tak join segmen, so hari ni nak join Segmen : Giveaway Pheonix yang akan berlangsung dari 
10/07/2013 hingga 28/07/2013.

Syarat-syarat segmen :
1)korunk kene follow blog aku n blog sponsor(akan diperiksa)
2)-klik iklan diside bar blog aku n sponser
(kene jujur yek....)
3)-wajib buat satu entry dengan tajuk
"giveaway pheonix" 
4)-tag 3 orang rakan n dorang kene tahu!!!
5)-tinggalkan link anda diruang komen dibawah!!!
 
Hadiah-hadiah pun menarik jugak.. Jom reramai join segmen menarik ni sebab hadiah dia pun menarik.. Hihi.. (^_^)
Oleh kerana itu.. saya nak tag 3 orang sahabat blogger dari kalangan kalian, harap sudi join jugak yer..
3) Indah

Nak join sila klik banner atau SINI

Tuesday, 16 July 2013

Kisah Semalam yang buat kami kelam kabut


Subuh pagi semalam.. Saya kat dapur masa tu dan abahnya dah ke tempat kerja. Terdengar suara Dhia menangis melalak terkejut dari tidur. Ya Allah..seriau saya dibuatnya bila Dhia menangis selok (orang ganu paham ler) camtu dengan muka bibir dia dah nak biru.. Perutnya tegang dan mengeras, mungkin itu yang buat Dhia seolah-olah sukar nak bernafas. Cuaknya saya hanya Allah je yang tahu. Sebelum ni pernah jugak terjadi tapi masa tu dalam pantang dan mak saya ada, dia yang tolong handle masa tu. Teringat saya akan cara mak saya, saya pun peluk erat Dhia dan perut dia saya bawa dekat melekap atas dada saya. Kata mak, itu boleh bagi keselesaan pada dia kalau perut dia meragam. Tapi lama lah pulak Dhia nak bertenang dari tegang perut tu..Saya dah panik.. saya pun call abah dia, terus abah dia balik rumah dan nak bawak gi spital. On the way nak gi spital tu, separuh jalan tu.. Dhia dah reda dan kembali normal.. prrruuuuukkkk... dia berak, dan dan tu jugak perut dia kembali ok dan tak tegang lagi dah. Tak jadi kami ke spital, patah balik ke rumah.

Sampai je umah.. Dhia tidur lena lepas dah tukarkan pampers. lama jugak dia tidur, kul 10 bangun dan saya mandikan dia cam biasa. Seusai je pakaikan baju dan nak pakaikan seluar.. Dhia menangis lagi sekali melalak selok cam subuh tu. Alahai..kenapa pulak ni? Saya memang cuak, sebab ni pengalaman pertama kot anak jadi mcm ni sebab abangnya dulu ok jer.. Turun ke rumah jiran sementara tunggu abahnya balik rumah amik saya nak bawak gi check Dhia ni kenapa kan.. Jiran kata kembung kot ni.. Tapi kenapa menangis melalak sampai tegang perutnya dan muka pun jadi pucat jer.. Mana saya tak kelamkabut kan. Abahnya lagilah cuak nengok keadaan anaknya gitu.

Dhia ok dah selang beberapa minit pastu tapi kami bawa ler juga dia ke Rsat untuk check. Nurse kata kembung ni sebab berak dan kencing takde masalah. Tak puas hati gi spital lak check dengan doktor..Kiki.. Doktor pun cakap benda yang sama, buklan problem usus ke apa.. Yelah kan, siapa tak risau kalau tiba-tiba perut anak mengeras dan nangis melalak semacam jer.. Itu yang bawa checkup betul-betul.

Baru saya teringat........ rupanya saya ada rasa kuah laksa yang Adam makan masa berbuka tu. Rasa kuah je tu tapi adalah dalam 4 sudu jugak. Itu kuah jer kalau laksa...haa tak tahu lah..dengan saya pun sakit sama. Pantang laksa lagi tapi gatal pi rasa kuah..Sudahnya Dhia yang kena kembung perut. terlupa agaknya saya ni full breastfeeding si Dhia tu. makan minum kena pantang jugak lagi.. Hok aloh kan..sedihnya raya nanti kena pilih makanan juge ler..huhu.. Demimu anak.... ibu sanggup berkorban. Kesian kamu. Maafkan ibu yer.. Lagi pula saya memang dah lama tak tuam perut dia, dalam pantang je rajin.. ni dah buat punjut tuam yang baru, jadi lepas ni kena selalulah tuam perut dia lepas mandi. Kalau masa Adam dulu boleh pulak saya tuam Adam hari-hari sampailah dia dah 6 bulan kot still tuam lagi tapi memang tak meragam mana dia, saya pun takdelah perlu pantang makan sangat pun. Hihik.. Anak kedua ni je malas sikit kot dan lain sikit ragamnya, kan lain anak lain perangainya...
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk anak-anakku dan lindungilah mereka..

Adam ber 'wechat' dengan Cu Mia dia...


Tengoklah ni..
v
v
v
 Dah pandai WeChat dah sekarang tau.. pantang nampak handphone ni mesti nak tengok main wechat. Asalnya nengok jer cara saya tapi sekarang katanya, "Adam nak pegang sendiri". Pandai dah tekan hold to talk tu sendiri... Lepas tu merapu sembang entah apa-apa.. haha.. Dan boleh baca dah segala mesej orang lak tu. haish..Mujurlah chat dengan cu Mia dia jer.. Buatnya dia tekan kat kawan-kawan saya yang lain..haaa pengsan....(^_^)
Sebenarnya dia seronok dengar ulang suara apa dia cakap tu... konon perasan macam best jer.. Haha.. 
Jom we chat dengan Adam.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute