Friday, 16 October 2015

Alat melipat baju daripada kotak yang sangat memudahkan dan jimat


Alat lipat baju biasanya saya pernah tengok yang orang jual tu je. Tak tahu pula yang sebenarnya boleh diy sendiri daripada kotak.. ketinggalan kot saya ni ye. Search kat youtube berlambak rupanya tutorial cara buatnya..

Kaji dan teliti cara buat kat youtube.. terus selongkar stor dan ambil kotak. Saya ukur untuk saiz baju budak dan saiz baju dewasa juga. Tiga la saya buat semuanya.. 
 Ini untuk adam dan dhia..

Adam lipat semua baju dia.. kalau sebelum ni dia lipat baju sekerat jalan je dan setakat dua tiga helai je.. kali ini memang semua dia lipat. Katanya senang ada kotak tu dan jadi kemas dia lipat.. sebelum ni dia jadi cepat malas sebab lipatan jadi berterabur.. kali ni jadi seronok pula dia.  

Ini pun salahsatu aktiviti homeschooling tau.. belajar kemahiran hidup. Ibu bukan buli anak ye tapi ajar anak lipat baju dan uruskan pakaian sendiri. :)

Ibu pun jadi seronok tengok dia semangat main lipat baju.. ibu pun lipat baju guna alat ni juga..memang mudah dan cepat. Lepas ni kuranglah aktiviti ibu longgokkan kainbaju sebab dah ada alat lipat baju ni. :)

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe