Tuesday, 20 October 2015

Abang adam dah tamat iqra dan mula baca al-Quran


Alhamdulillah. Semalam... adam telah berjaya tamat iqra 6, maka hari ni bermulalah dia membaca al-Quran. Tahniah abang adam.

Adam mula iqra semasa dia mula masuk tadika iaitu pada umur 4 tahun. Masa tu dia hanya mengaji waktu pagi di tadika dan magrib pula saya ajar di rumah supaya esoknya dia tidaklah tergagap sangat bila baca dengan ustazah di tadika. Beralih ke bacaan lain pun dengan ustazah tadikanya. Saya hanya bantu sahaja di rumah dan tidak hantar mengaji ke ustazah lain lagi masa dia 4 dan 5 tahun tu. 

Mac tahun ni baru saya hantar dia mengaji kat ustazah Ina. kebetulan ustazah mengajar mengaji tu jiran satu blok saya. Kiranya lewat juga la saya hantar adam mengaji kat ustazah lain masa dia dah 6 tahun. Kononnya saya sendiri nak ajar dia mengaji..tapi kadang dia tak mood elok mengaji dengan saya. Mungkin sebab semua saya dah ajar, dia pun ada rasa juga nak belajar dengan orang lain macam kawan kawan dia kot. Hihi.. :) jadinya adalah lebih baik bab mengaji tu saya hantar dia mengaji dengan ustazah yang lebih pandai. Saya hanya bantu dia jelah mana yang perlu bila kat rumah. 

Alhamdulillah.. adam juga dah boleh hafal surah surah pendek dan doa doa. Itu semua banyak dia belajar kat tadika dan ada juga hafal di rumah. Bacaan dalam solat dan solat pun sudah lulus. Syukur... segala target kami sebelum adam bersekolah rendah dah tercapai dan senarai target yang lain pula bakal disusun untuk tahun depan dan jangka panjang. In shaa Allah..
Ibu, abah dan adik dhia sayang abang adam. Ibu doakan abang adam menjadi anak yang baik dan soleh. Membesar dengan sihat dan kuat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T selalu. Aamin.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe