Percayalah pada mereka!!
Wah tajuk... tak agak-agak.. Huhu..
Pernah tak kita rasa risau, bila tengok anak orang lain pandai itu ini, kita rasa tak seronok bila anak kita masih belum pandai. Saya pun pernah tau... dan kadang tu rasa hot je bila anak tak boleh ikut cakap saya.Tapi saya silap yang sebenarnya anak-anak ni ada tahap kemampuan dan masa dia sendiri bila dia akan pandai sesuatu tu. Contohnya macam anak orang lain dah pandai membaca, tapi anak kita lambat pulak pandainya. Mulalah rasa risau kan? Sebenarnya... setiap kanak-kanak itu berbeza tahap penerimaannya.
Percayalah pada kebolehan dan kemampuan anak-anak kita sendiri. Tak semestinya tengok anak orang cepat pandai sesuatu, kita nak paksa anak cepat pandai jugak. Berilah dia masa dan ruang... Kena pandai menilai tahap penerimaaan anak dengan setiap apa yang kita ajarkan dia. Macam saya sendiri, pada mulanya nak buat keputusan ajar Adam membaca awal, saya agak rasa risau dan stress juga tau. Risau takut membebankan dia sebab akak saya cakap.. jangan push sangat anak, kalau tengok dia boleh ikut dan terima.. go on jelah..if dia macam susah nak terima.. postpone kan dulu dan ajar slow-slow, peringkat demi peringkat. Itulah yang saya ikut dan saya pun mencarilah bahan yang sesuai untuk ajarkan dia sebab bahan bacaan yang sesuai pun perlu diambilkira juga kan.. Alhamdulillah.. Adam dapat terima dengan baik walaupun pada mulanya agak sukar sebenarnya tapi usaha serta kesabaran itu kena seiring juga. Bukan senang nak mengajar anak pandai membaca tapi saya harus cuba. Itu yang saya set kan dalam mind saya ni.
Dengan perbanyakkan games bahasa dan diselang-selikan dengan buku-buku aktiviti itulah yang banyak membantu Adam untuk lebih cepat memahami teknik membaca. Lagi pula... Adam tidak menggunakan hanya satu kaedah jer tapi 3 kaedah iaitu fonik, sukukata dan mengeja walhal pada mulanya saya hanya plan nak ajarkan dia guna fonik sahaja tapi bila perhatikan dia sendiri yang suka mengeja dan mengecam sukukata, maka teruskan ajelah seperti dia mahukan kerana itu yang dia cepat tangkap dan faham. Biarlah dia slow nak faham dan mengecam, at least dia tahu cara nak sebut bacanya. Jadi jangan risau kalau anak kita lambat ke apa ke... Percayalah pada kemampuan anak kita.. saya pun takdelah memaksa atau tekankan sangat Adam untuk every time tu kena study dan duk diam belajar baca buku sampai pandai.. Oh tidak yer!! Saya hanya habiskan masa ajar dia membaca setiap malam hari sekolah aje. Itupun bergantung kepada mood saya dan mood dia.. Adam pun tidaklah selancar mana bacaannya tu tapi bolehlah dia nak sebut. Saya tak marah dia lambat tapi saya akan bantu lagi dia untuk lebih lancar selagi dia masih perlukan bantuan saya.
Percayalah pada mereka!! Semoga anak-anak kita membesar dengan baik dan menjadi yang terbaik. Anggaplah yang anak-anak kita sentiasa hebat di mata kita. Saya tidaklah banyak pengalaman soal mendidik anak-anak ni dan masih banyak lagi perlu belajar. Pengalaman orang lain dan pengalaman diri sendiri dibesarkan itulah yang banyak membantu saya. Semoga saya mampu memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Inshaa Allah...
percaya pada kebolehan anak itu yg tebaik, sy pun tak paksa sgt dgn anak² cuma kene bertegas jer.. sebab dr kecik kenelah didik mereka kan..
ReplyDeletekadang2 derang ni ade time dia gak kan...kalo rajin n mood ok...semua yg kita ajar tu cepat dia follow...kalo xde mood xpyh le nak ngajar..just bg derang masa...
ReplyDeletebudak-budak tak leh paksa.. kita pantau je.. perati.. takut di paksa.. memberontak..
ReplyDeletesemoga berjaya!!!!heheheh.....adam sihat???
ReplyDelete