Diabetes type1. Apakah itu?
Baru ada masa nak menulis disini.
Permulaan tahun baru 2023 diuji dengan anak keduaku yang dikesan menghidapi penyakit Diabetes Type 1. Didiagnosed pada 3/1/2023 dan berada di wad selama 18 hari. 4 hari di nicu dan 14 hari di wad kanak kanak.
Apakah itu diabetes type1?Berapa ramai antara kita tahu bahawa diabetes juga ada di kalangan kanak kanak? Ya.. Begitulah aku, mula mula doktor beritahu semasa di unit kecemasan Hospital Besut, "anak puan kami suspek kencing manis ye, dia sedang hiper ni, kami rawat bagi stabil dulu dan akan dipindahkan ke HSNZ, Kuala Terengganu untuk rawatan seterusnya."
Aku dan abahnya terkedu. Termenung juga memikirkan mana datangnya anak seusia 10 tahun itu dikesan ada kencing manis?Aku mengandungkan anak anak pun tidak ada masalah kencing manis masa mengandung. Masa kecil membesar dengan baik dan tidak pernah masuk wad. Keturunan pula, ayah aku dah tua baru ada dan meninggal sebab lambat dapat rawatan dan ada kudis yang makan isi dari dalam sebab kencing manis sebabkan luka dia lambat baik.Aku sendiri ingatkan hanya ada dua jenis diabetes atau kencing manis iaitu masa mengandung dan masa tua. Rupanya diabetes ada tiga : type1, type 2 dan gdm.
"Anak makan manis ke?"Itulah soalan saban waktu ditanya bila diberitahu anak dikesan ada diabetes. Menusuk hati dan terkesan emosi sebab hakikatnya bukan begitu.
Diabetes type1 bermaksud antibodi badan sendiri sebabkan organ pankreas yang hasilkan insulin rosak. 'Type 1 means your pankreas is dead.' Begitulah nak mudah faham. Rawatan buat masa sekarang perlu cucuk insulin tanpa skip dan makan berjadual.
Semasa di unit rawatan rapi kanak kanak (NICU)
Simptom anak kencing manis :Kerap kencing, tidak lawas kencing, terlalu dahaga dan berulang minum air dan berat badan susut mendadak.
Tanda tanda anak sudah DKA pula anak pucat, lemah, nafas laju, tidak ada selera makan, bibir mulut kering dan muntah muntah.
Sudah hampir 4 bulan melalui proses pembelajaran yang tidak dijangka turun naik bacaan gula. Setiap hari adalah proses belajar. Setiap hari berdepan emosi dan berdebar. Nak berdepan dan rawat saat bacaan hypo dan kerisauan bila bacaan hiper.
Semoga dipermudahkan segala urusan kami dan anak kami agar terus kuat melalui fasa baru dalam kehidupannya. Rawatan sekarang, 4 kali suntikan insulin sepanjang hayat dan perlu makan ikut masa berjadual. Jenis insulin pula ialah novorapid dan glargine.
Contoh cara aku rekod pemakanan anak dan bacaan pre setiap menu utama serta catatan dos suntikan insulin. Perjuangan anak anak diabetes type 1 masih panjang. Semoga segalanya dipermudahkan dan dijauhkan dari segala kemudaratan.Aku juga bersyukur kerana banyak belajar daripada group sokongan pesakit dan ibu ayah yang juga ada anak diabetes type 1. Mula mula rasa down juga tapi bila melihat ada je penghidap diabetes type 1 berjaya, kami mula rasa positif dan terus melangkah memberi sokongan untuk anak kami. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment
Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe