Friday, 12 January 2018

Dekorasi tahun baru doll house dhia dihah


Kenapa seronok ada doll house ni?
Seronok bila lihat anak anak berdialog, mereka bercerita dan bercakap cakap semasa bermain. Disitu banyak membina kemahiran komunikasi mereka dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

Nampak seperti bermain tetapi disebaliknya itu ada faedahnya juga. 

Tahun baru, dekorasi baru untuk doll house anak anak. Tukar dinding dan lantai Serta buatkan beberapa tambahan diy perabot kecil.

Pandangan hadapan doll house dhiadihah.
Ditambah ada pagar yang ditampal dengan batang aiskrim.

Ruang tamu dan laman depan tetapi letak meja makan juga. Rak buku tu diy dengan kayu blok jenga. Balut dan lukis. :)
Pinggan dan cawan diy guna butang baju dan manik.
Meja makan daripada kotak.

Bilik tidur 3

Bilik tidur utama.
Perabot beli di mydin. Siap ada aircond.set katil dan almari.

Bilik mandi.
Diy shower guna straw. Sinki guna kotak.
Tandas tu beli di  kedai eco dalam set paket my dream castle.

Bilik mandi 2 yang ada bath tub.
Sinki diy aje. 

Diy rak pinggan dan cawan. Lekatkan aje guna kotak.

Ruang dapur



Semoga anak anak ibu seronok dan menghargainya. Doll house ini dibina sejak dari tahun 2016 lagi. Ditambah baik dan diubahsuai sikit demi sikit. Perabot pun beli sikit sikit bila jumpa yang mana berkenan. Alhamdulillah. :)


No comments:

Post a Comment

Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe