Thursday, 8 June 2017

Update follow up Madihah


7/6/17 : ke klinik pediatrik lagi. Tca neonate dengan doktor. Alhamdulillah.. result ct scan hari tu semua ok. Repeat liver function test juga hari ni. Menurun tetapi ada satu bahagian dalam ujian tu yang belum normal. Alaa ibu pun tak faham sangat tapi ia tak la tinggi. Bawah 90 je camtu. Tahap birubilin dia pun 9 je dan ok. Ada sedikit gangguan pada fungsi hatinya tetapi di tahap belum kritikal dan syukur juga trennya menurun setiap kali ujian. Doktor kata mungkin makan masa la nak turun kepada bacaan normal. Yang lain semua ok dah, tinggal follow up untuk fungsi hatinya sahaja. Mudahan semuanya akan ok dan baik terus baik dan baik. 

Kami juga menyuarakan untuk transfer follow up di hospital berdekatan. Alhamdulillah, doktor beri kerjasama dan akan buat surat. Mujur juga hospital berdekatan tu ada kes follow up untuk baby prem dan kes kes begini. Bulan depan lepas raya, lagi sekali akan check up di husm untuk lihat fungsi hatinya dan mudahan semuanya menurun elok. Sikit je lagi nak ke bacaan normal. 
 Masa ni menunggu nak diambil darah.  Dia baik.. tak nangis pun. Good girl la madihah ni. Strong baby. inshaAllah. Husm ni sangat ok sebenarnya. One of the best hospital kat malaysia ni. Pakar pakar pun ramai kat sini. Kami mintak transfer ke hospital dekat sebab agak jauh nak berulang alik. Kalau ada apa apa yang memerlukan refer ke sini barulah akan refer sini juga. 

Ya Allah.. kau berikanlah anak ini kekuatan dalam melawan segala kesakitan..berikanlah anak ini kesembuhan. Permudahkanlah segala kesulitan. Semoga madihah membesar dengan sihat dan kuat. Semoga segalanya akan baik terus baik dan baik dan menjadi baik. Aamin.

No comments:

Post a Comment

Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe