Wednesday, 12 October 2016

Abm matematik yang mudah dan jimat

Mengajar anak mengira dengan abm yang mudah dan jimat. Ibu memang suka buat abm sendiri. Ajar anak mengira bukan ajar hafal nombor tapi ajarlah dengan kira objek. Alhamdulillah.. Dhia pun sudah boleh mengira 1 hingga 10 dengan agak baik. Sudah mampu mengecam nombor. Cepat atau lambat bukan itu yang ibu kejar, tapi hasilnya yang positif itulah yang ibu cari. Ibu sentiasa ulang buat ajar kira, barulah si anak faham. 
 Apple tree counting games.
Guna penyepit baju bernombor dan kira jumlah epal pada pokok baru kepitkan penyepit tu. 

 Kertas A4, sticker (ibu beli di kedai mr.diy), marker untuk tulis nombor.
Sticker tu murah je. RM2 begitulah harganya. Memang jimat buat abm ni. Comel pun  comel. 
Penyepit baju kayu tu kat kedai dua ringgit pun ada. Beli sepaket boleh guna untuk pelbagai aktiviti.

 Ini pula hanya tulis dan buatkan dot dot besar. Anak kira letak penyepit pada dot tu. Ibu guna kertas A4 je tu. Kalau nak lebih cantik bolehla di laminat kad tu.  

 Pokok mengira. Guna dadu, pompom balls. Anak baling kedua-dua dadu, dapat apa dan tambahkan. Letak pompom ball tu pada pokok. Tarik jawapan  di bahagian bawah tu. 

 Abm ajar tambah.

 Abm tangan. Buat tangan dari paper foam dan lekatkan pada batang aiskrim. Velcro dilekatkan pada jari tu. 
Boleh diguna untuk tambah tolak yang mudah.

 Papan bundar

 Diy jam daripada pinggan kertas. 
Mudah anak faham untuk topik jam.

 Abm untuk darab. Roda sifir tu ibu buatkan dan masukkan dalam sheet protector. Ibu takde mesin laminate, jadi ni la alternatif ibu buat sementara. Guna plastik. Senang dan tulis padam.

Bekas dan pompom tujuannya untuk bagi anak faham konsep mendarab.
6x3=?
6 mewakili biji pompombal dan 3 mewakili kumpulan. Jadi anak akan masukkan 6 biji dalam setiap bekas. 
Hasilnya akan dapatlah.
6x3=18

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe