Tampal nama pada pensel.. ada kenangan waktu kecil saya
Orang lain tampal guna sticker tempah.. saya pula cop kan nama anak pada kertas dan tampal dengan salotape. Tukang cop tu abah adam sebenarnya.. tu yang kemas dan menjadi je. Kalau ibu buat tak menjadi comel. Guna salotape tampal di pensel dan buku-buku adam.
Awal-awal ni memang inilah kerja ibu. Anak bawa balik buku, tulis nama dan balut. Esoknya anak bawa semula buku tu ke sekolah. Tahun satu memang cikgu suruh tinggal buku bawah meja kat sekolah sebab tak mahu bebankan anak. Bawa balik buku bila perlu sahaja. Ok juga bagi saya... taklah anak berat sangat nak bawa beg. Tapi nanti bila dah tahun dua baru mula bawa beg berisi buku yang banyak. :)
Bila buat tampal nama kat pensel ni kan.. teringat pula yang mak saya pernah buat macam ni tapi dia tulis je nama pada kertas dan tampal keliling pensel dengan salotape. Kalau balut buku pula kan, mak akan balut guna kertas minyak atau surat khabar je bila tak boleh nak beli pembalut plastik. Sedih pula rasa ingatkan semua tu.. bukan senang nak menyekolahkan anak-anak dan berikan anak-anak ilmu pendidikan yang terbaik.
Terimakasih mok terimakasih ayoh. Tak terbalas jasa mereka. Maafkan anakmu ini kerana tak mampu nak berikan kesenangan yang sepatutnya pada kalian. Walaupun saya tidak bergaji dan tidak mampu berkerjaya tapi akan saya gunakan apa yang saya belajar itu sebaiknya untuk manfaat keluarga dan anak-anak. Terimakasih mok dan ayoh atas segala jasa dan pengorbananmu dalam membesarkan ibu kepada adamdhia ni. Semoga mok dan ayoh sihat selalu dan dipanjangkan umur serta dilindungi ALLAH S.W.T selalu.
No comments:
Post a Comment
Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe