Thursday, 1 October 2015

Diy mainan anak yang jimat dan mudah


Diy mainan anak sudah menjadi kesukaan saya.. yelah kan..kadang kita ni nak sangat buat aktiviti belajar kat anak tetapi bukan semua mainan belajar (toys education) yang comel comel tu mampu kita beli kan.. maka, cara terbaik ialah diy sahaja dengan bahan yang dirasakan sesuai dan murah. 

Sebenarnya kan..bila kita diy ni, anak anak jadi lebih menghargai dan seronok bila tengok ibu tengah diy untuk mereka. "Ibu buat apa ibu?". "Untuk adam ke untuk adik? nak tolong boleh tak?". Haa nampak tak keseronokan bila diy mainan anak ni bila anak pun nak join jugak siapkan. Tolong tampal dan gam pun ok dah.. 

Diy 1 : sorting color & fine motor skills activity.
Bahan : bekas inti jem ditebuk panjang di tengah penutup, bekas dadih dan snowflake berwarna yang saya dapat masa beli nutrigen. 3X beli dapat la banyak tu. Kalau tiada macam ni, boleh guna butang baju berwarna sebagai gantinya atau apa yang dirasakan sesuai. :)

Diy 2 : abc puzzle.
Abc tu beli kat kedai ECO RM2. Abc ni comel dan kecil yang boleh cepat hilang. Diy la begini supaya tak hilang.
Bahan : guna blackboard (RM1.70) dan double side tape.

Diy 3 : Flash kad huruf hijaiyah.
bahan : batang aiskrim, Double side tape dan kertas alas doorgift.

Idea ni datang spontan bila tengok banyak alas doorgift tu dan tak tahu nak buat apa dah. Saya beli ni RM1.90 (250pcs) masa promosi kat happy home. Diy la jadi flashkad. Masih ada baki lagi tu kertasnya... boleh buat abc 123 pulak. :)

 Diy 4 : sticker dot. Matching huruf hijaiyah.
Bahan : sticker dan kertas A

dhia suka aktiviti ni.. senget pun senget la tampalnya tu. :)

 Diy 5 : sight word games. Spelling games.
Bahan : penyepit baju kayu ( beli kat happy home RM1.90 kalau tak silap saya). Sticker dan double side tape. Flash kad tu saya print.

Diy 6 : memancing sukukata.
Bahan : batang belon (kat happy home ade jual), tali, magnet, Klip kertas dan kad sukukata dari buku bacalah anakku.

Seronok kan... murah dan mudah nak buat. Jom cuba!!!

3 comments:

  1. Wow best ni..memang klu diy ni bukan kita saja rasa bangga..anak2 pun suka hasil tangan ibu..mana ada jual kt kedai kan

    ReplyDelete
  2. bab bab DIY bahan mengajar ni memang saya suka. saya sendiri pun byk DIY je mainan/bhn mengajar untuk anak anak..jimat sikit n lagi puas hati bila tengok anak kita seronok main sambil dpt belajar dengan mainan yang kita buat sendiri. tq for sharing

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe