Monday, 17 August 2015

Cara mudah dan jimat untuk ajar anak membaca


Ajar anak membaca dengan bantuan flash card. Memang mudah dan jimat guna kad huruf ni dan apa yang pasti, anak cepat dapat faham tau.

 Inilah namanya belajar sambil bermain. Boring juga kan kalau asyik ajar tengok buku je.. bila kita pelbagaikan cara mengajar tu, haa anak pun jadi seronok nak belajar. Saya suka selangselikan dengan aktiviti. Kejap tengok buku kejap buat aktiviti begini. Paling tidak pun, aktiviti mewarna perkataan.

Ini permainan bahasa dengan hanya menggunakan dadu, penanda dan kad huruf. Penanda tu boleh je guna apapun.. dadu tu saya beli kat kedai Mr.Diy. kad huruf tu memang disediakan sekali dalam set buku bacalah anakku.
Caranya, anak akan goncang dadu. Bila dadu berhenti dan lihatlah dapat nombor berapa. Lepas tu ambil penanda tu, minta anak bacakan perkataan dan tanda. Kemudian minta pula dia bina perkataan yang dia baca dan tanda tadi tu dengan kad huruf. Haa.. kan dah jadi satu games yang seronok tu.
Ini pula lagi mudah. Dua bahan je tau. Cawan polestrin dan kad huruf. Senang kan... 

Jom cuba!! 

No comments:

Post a Comment

Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe