Saturday, 29 August 2015

6 Cara diy sendiri mainan anak : Aktiviti anak 2-3 tahun

"Habislah bilik anak macam tadika". Saya tak kisah sebenarnya bila ada berkata begitu kerana saya suka dan anak-anak pun suka. Saya bersyukur diberi peluang dan kesempatan untuk saya buat pelbagai aktiviti homeschooling dengan anak-anak. 

Bila dapat diy sendiri mainan belajar anak, Masya Allah... kepuasan yang dapat tu sukar digambarkan.. saya seronok bila tengok anak anak seronok dapat bermain macam macam jenis mainan yang tidak hanya bergantung kepada mainan yang siap dibeli dari kedai sahaja.

1) Fishing games
saya guna kain felt dan gunting bentuk ikan, tebuk lubang dan letakkan klip besi berwarna. Kayu pancing tu pula saya guna batang belon (kat kedai mr.diy ada jual), kemudian ikat magnet (saya guna magnet hiasan) dengan tali pada batang belon tu.
Permainan ni boleh merangsang kemahiran motor halus anak, daya tumpuan anak dan juga memupuk sikap sabar dalam diri anak.

2) lacing activity
Guna lebihan kain felt dan buat lubang di tengah. Guna reben dan jahit butang pada hujung reben tu. Caranya, anak akan masukkan kepingan kain felt tu melalui butang pada reben tu..  ini sesuai untuk fine motor skill anak.

3) Diy fur balls dan roll untuk transfer activity.
saya cuma tambah tissue roll tu pada tupperware lama. Buat camni supaya senang anak nak main. Fur ball tu beli kat mr. Diy rm2.90.

4) colourful pop-sticks dan pinggan polestrin.
yang ni sangat jimat. Pinggan polestrin guna yang dah ada kat rumah, lebihan buat jamuan. Pop- sticks tu murah je. 

5) Balang kaca dan sticks berwarna.
bermodalkan dua barang, diy jadi bahan mainan anak. Sticks comel rm2.39 dan balang kaca tu rm3.90 dibeli kat kedai mr.diy.

Belajar sambil bermain. Inilah salah satu cara untuk melatih fine motor skill anak.

6) lego screw. Match it
beli kat mr.diy juga.. murah je ni. Rm9.90.

3 comments:

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

    Thanks :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe