Saturday, 7 September 2013

Mencari ilmu itu perlu........


Untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bukanlah satu tugas yang mudah. Tersilap asuh didik bahaya jadinya. Mencari dan mempelajari dari pengalaman lalu adakala juga perlu. Mencari dan menambah seberapa banyak ilmu juga perlu sebenarnya. Zaman yang serba moden ini... memang satu cabaran dalam nak mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang seperti kita harapkan. Saya sangat bimbang dan sentiasa akan cuba perbaiki diri dan mencari ilmu tentang bagaimana nak mendidik anak-anak dengan baik. Kerana itu ilmu kemahiran mendidik anak harus dicari dan dipelajari.
Baru balik dari bawak Adam ke library dan saya telah pinjam buku ini.. Nak mentelaah segala isi di dalamnya sebagai rujukan ilmu yang berguna untuk saya kelak. Semoga dipermudahkan.. InshaAllah.

"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, cuma perlukan kaedah yang betul. Ibu bapa jangan mementingkan diri sendiri sebaliknya muafakatlah dalam menyelesaikan masalah anak."

2 comments:

  1. bagus ayu ni..rajin baca buku.cuba2 macam2 nak tmbh pengetahuan dlm mendidik anak.macam sy baca blog bolehlah,baca buku fail.hehe..

    ReplyDelete
  2. betul tuh!!!!muafakat membawa berkat...heheheh...

    ReplyDelete

Salam. Please leave ur comment here. Satu pun jadilah..Hehehe