Ikan Siakap Kukus Simple
Tunaikan permintaan Abah Adam yang nak makan ikan siakap masak kukus atau steam. Hihik.. Ini menu dua hari yang lepas.. baru nak jadikan entri.. (^_^)
~Sebelum dikukus~
~Selepas dikukus~
Saya kalau buat ikan kukus ni memang main campak-campak aje.
Versi nak mudah je kerjanya kan.
Bahan-bahan yang saya gunakan :
Ikan siakap dibersihkan dan dikelar sikit,
cili padi + serai + halia + bawang besar + sehelai daun limau purut ( dihiris ).
bawang merah + bwg putih + halia + garam secukup rasa ( ditumbuk ).
Caranya : Bahan tumbuk dimasukkan dalam bahagian perut ikan dan lumur keseluruhan ikan, kemudian taburkan aje bahan-bahan hiris yang lain. Perap sekejap, kukuslah sampai masak.
p/s : Nak lagi rasa masam sikit, boleh perah sedikit perahan limau nipis.
Abah Adam makan lauk ni je pun bertambah nasik.. Tak amik dah lauk lain.. Bersyukur sangat dapat suami yang tak cerewet bab makan ni. Hidangan yang simple pun dia tetap makan je. Maklumlah kadangnya saya ni ada hari mood malas juga nak masak ni.. (^_^)
Nota : Seronoknya kalau dapat pergi pesta buku kat KL nun tapi apakan daya, jauh tu.... Nak kena tunggu pesta buku yang dekat-dekat jelah kat area terengganu atau kelantan ni tapi tak tahu bila. Teringin nak bawa Adam ke pesta buku camtu, mesti dia suka.
sedapnya, menu sihat ni :)
ReplyDeletesyok ni dapat makan ngan nasi putih..
ReplyDeletesedapnyaa..
ReplyDeleteikan stim camni mmg sedap.betullah tak perlu lauk lain.en suami pun jenis tak cerewet makan.dengan kicap pun jalan.haha..
ReplyDeletemakan camtu je pon dah sedap kan.
ReplyDeletesedap masak stim .. tp lama tak buat .. x sempat masak sgt.. masak simple blh jer..
ReplyDelete