Hok aloh.. keciknya perut dia....
"Laaa.. dah berapa bulan dah ni? Kecik je perut". Haaa itulah ayat-ayat pertanyaan yang selalu ditanya pada saya. Memang saya perutnya kecik comel jer dan masa Adam dulu pun camtu jugak. Dah lima bulan barulah nampak sikit perutnya. Cukup bulan pulak... comel je perut saya.. Hihik.. (^_^)
Tahu tak apa saya rasa bila orang cakap gitu kat saya masa first pregnancy dulu? Masa tu tak tahu apa-apa, ilmu pun cetek je bab pregnancy ni kan, bila orang tegur gitu, of course lah saya rasa risau dan rasa ehh tak normal erk kalau perut kecik? Mulalah masa tu mencari ilmu-ilmu sepatutnya untuk ditelaah.. Majalah pa&ma jugalah saban bulan saya beli. Jadi, terjawablah kenapa sesetengah ibu hamil tu ada yang perutnya kecil dan ada yang besar kerana saiz perut setiap wanita hamil berbeza-beza.
"Saiz perut ibu mencerminkan pembesaran janin dalam perut semasa hamil. Walaupun perut ibu kecil, ia tidak semestinya menunjukkan bayi tidak membesar dengan sihat. Namun, saiz perut kecil juga mungkin menunjukkan ciri-ciri bayi tidak normal. Oleh itu, setiap ibu harus menghadiri setiap sesi lawatan antenatal untuk pemantauan saiz rahim, berat badan, tekanan darah dan sebagainya bagi melihat perkembangan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan." (sumber : majalah pa&ma)
Bila second pregnant ni, kalau ada orang tegur kenapa kecik? Saya senyum je.. Saya yang jenis kecil comel ni, memang begitu jelah saiz perutnya dan doktor kata semuanya Ok, jadi takdelah perlu risaukan sangat kan? Adam dulu pun lahirnya kecil je, 2.2 kg walau 37wk masa lahirkan tu dan Alhamdulillah sekarang dia membesar dengan baik, tak kecik tak besor sangat, sedang-sedang comel je dengan perkembangan umurnya. So, kalau ada yang kena tegur kenapa perut kecik tu masa pregnant, janganlah stress atau risau. Yang penting setiap kali checkup, doktor atau nurse check semuanya Ok, takde masalah.. Ok lah tu. Time pregnant kena utamakan jaga Hb dan Bp. Alhamdulillah, Hb saya maintain jer tiap kali checkup.. cuma sekarang dah 33 wks tapi baby still melintang lagi kedudukannya dan kedudukan uri pulak Ok je kata nurse. Kalau still melintang lagi 36wks nanti, barulah refer doktor. Ada jugak dapat petua dari kawan supaya suluh perut dengan lampu picit, nanti bolehlah try. Saya sangat berharap this time tak kena operation dan takde komplikasi. Semoga dipermudahkan-NYA. Semoga saya dan baby sihat sempurna dan selamat hendaknya.. Amin..
Nota : Dalam hati sebenarnya semakin risau...
kalau doc kata ok...InsyaAllah okay kak :)
ReplyDeleteayu kecik mesti perut kecik..
ReplyDeleteasalkan baby sihat. syokla kecik, tak la mengah sgt kalo jalan2.
ReplyDeletetu la akn risau je klu org dok sibuk kata perut kita kecik.tp chekup n scan ok je baby kite..ha sy dh temister ke3 nie baru la perut ni nmpk besar..:)
ReplyDelete