Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 15 December 2017

Sudut bacaan di rumah


Impian ibu tersangatlah ingin ada ruang membaca dan letak susunan buku dengan lebih baik. Namun, buat ketika ini hanya sekadar ini sahaja mampu dibuat. 




Bermain olok olok : doktor


Anak anak ibu suka benar bermain doktor doktor ni.

Hari ini dapat pula idea buatkan baju doktor dari beg plastik.  Walaupun tahu baju tu tak tahan lama..tapi misi ibu nak mereka lebih seronok tu tercapai. 

Lain kali kita cuba cara lain pulak. Mungkin melukis atas baju Putih dengan fabrik marker. 

 Ini ibu lukis bagi contoh kat mereka. Terutama untuk abang adam biar dia lukis sendiri dia punya.  Ni adik dihah punya.

 Adam dan dhia melukis.

 Dr. Dhia. Ada gaya tak?

Semoga anak anak ibu membesar dengan sihat selalu. Menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat. 

Thursday, 31 August 2017

Permainan kreatif yang mampu menarik anak suka belajar membaca


 Deria sentuhan. Buatkan huruf menggunakan pipe cleaner.

 Bermain sidai baju dengan baju bunyi huruf yang dibuat daripada paper foam.

 Bermain bola ping-pong sambil sebut bunyi huruf.

 Roda impian fonik.

Papan karom fonik.
Papan kadbod sebagai papan karom dan cawan polestrin sebagai lubang. Tutup botol mineral sebagai buah karom.

 Spinner fonik.
Guna papan Kek buat bulatan roda.

 Bola meja fonik. Letak kad huruf pada cawan polestrin yang telah di lekatkan pada meja. Anak gelek bola masuk lubang cawan dam sebut baca.

Race car fonik.
Terowong dibuat daripada kotak. Letak klip kertas pada setiap pintu supaya mudah untuk tukar kad.

Tuesday, 20 June 2017

Keputusan exam pertengahan tahun

Semakin naik darjah, ibu faham yang silibus pun makin mencabar. Semakin susah dan semakin banyak kena belajar.

Lagipula selepas ibu bersalin, ibu kurang beri perhatian pada abang adam. Ibu banyak uruskan perkara yang penting berkenaan madihah. Keputusan dia dapat ni pun memang usaha dia sendiri. Tak ulangkaji pun pergi exam. Hari exam, kelas kafa petang tetap berjalan seperti biasa. Malam dia dah letih..jadi memang langsung tak ulangkaji. 

Alhamdulillah. Kami tetap hargai usaha dia. Nampaknya kena lebih banyak latihan pada subjek bm dan bi. 
:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute