Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 5 February 2018

Dapur mainan anak daripada storage box


Storage box tu IBU letak mainan masak masak. Jadi diy teruslah menjadi dapur mainan anak anak.
Tampal pembalut hadiah. CD dan penutup botol 


Lepas dah siap main..bolehlah kemas semula mainan masak masak dalam box. 

Diy doll house

Lagi paten doll house yang IBU buat.  
Dari sebuah kotak sebesar lebih kurang kotak air mineral.
Doll house ini tak lengkap perabot. Belum beli perabot. :)
Paten ni mudah nak buat. Tak perlu cantumkan banyak kotak. Guna satu kotak besar je. Alhamdulillah .

Hanya print sahaja dan tampal perabot tu semua. Bahagian dapur 

Bahagian ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan loteng.

Ini pula diy buaian. 

Diy farm house daripada kotak dan mudah alih


Diy kedua farm house.
Diy daripada kotak susu yang mudah dilipat dan disimpan. 

Gambar haiwan tu print dan lekat pada kertas manila kad.

Gambar keseluruhannya. Sangat mudah. Bahagian tepi tu IBU gamkan kepingan kotak. Nanti lipatkan aje sebab IBU dah lekatkan Velcro juga disitu supaya bila ditutup melekat elok 

Ini farm house paten sebelum ni paten pertama. Ibu letak atas meja  

Gambar di print je. 

Cara IBU diy haiwan tu. Yang ni IBU ambil gambar daripada buku lama .lepas tu lekat pada kotak dan tapak dengan batang aiskrim. 



Friday, 26 January 2018

Diy farm house dan mini zoo untuk anak anak


Alhamdulillah.
Siap juga projek kedua IBU untuk anak anak. Terima kasih abah kerana sentiasa menyokong dan belanja itu ini untuk setiap Aktiviti dengan anak anak. Semoga semakin murah rezeki abah.

Farm house ini dibuat dengan kotak dan dekorasi banyak menggunakan batang aiskrim. Haiwan pula beli di kedai eco dan juga ada yang IBU diy tampal dan gam. 

1) FARM HOUSE 

Kami letak khas atas meja.
Gambar keseluruhan farm house.





Ada haiwan IBU ambil dari buku lama dan tampal pada kotak, kemudian lekat atas batang aiskrim supaya dapat berdiri.

Ada kuda, lembu, arnab, ayam, itik, kambing Dan unta.

2) MINI ZOO

Mini zoo dibuat atas kotak 
Keliling ditampal batang aiskrim seperti pagar.

Buatkan mini zoo ni sebab beli haiwan di eco campur juga dengan haiwan lain kan yang bukan haiwan untuk farm je. Itu yang terhasillah satu lagi diy mini zoo ini. :)

Gajah, singa, harimau, panda, zirafah, badak dan monyet.
Anak anak pun jadi mengenal haiwan. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute