Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 26 May 2017

Diy sensory box


Hari ini ibu diy sensory box untuk madihah. Walaupun madihah baru nak masuk 4 bulan..ibu sediakan awal supaya nanti dah meniarap bolehlah mula beri dia main sensory box tu. Madihah baru mengiring sendiri..inshaAllah tak lama lagi bolehlah dia meniarap tu. :)

Ibu guna barang barang yang sedia ada je kat rumah. 
Tudung botol mineral, pipe cleaner, kereta mainan, tisu roll, pompomball, belon, plastik, reben, bekas bedak kompak, penutup pengcungkil gigi, bekas ubat yang ibu beli di diy murah je tu satu. Gam kan pada kotak dengan menggunakan gam uhu atau nak lagi kuat boleh guna gam tembak yang letrik tu. 


 Dalam plastik putih tu, ibu letak conditioner rambut kemudian letak pemadam comel beli kat diy 4 ketul, butanh baju dan mata mata kecil. 

 Berus gigi pun ibu letak jugak. :)

 Ini ibu tampal foam paper, velcro dna pompom ball.

 Casing phone abah pun jadi mangsa ibu.. hehe. :)

Madihah dah 5kg dah. Alhamdulillah. Semoga terus membesar dengan sihat dan kuat. Dipermudahkan segalanya.. aamin


Thursday, 25 May 2017

Ragam si cilik bertudung


Latih dari awal anak bertudung...inshaAllah anak anak akan suka pakai tudung. Kakak dhia mula dipakaikan tudung pada usia 9 bulan. Masa dia dah boleh berjalan. Abah dia yang ajar pakai. Alhamdulillah sampai sekarang dia suka bertudung bila keluar rumah atau berjalan jalan.

Madihah baru je ajar dia pakai tudung. Alhamdulillah, dia suka...dan lagi nampak dia selesa pakai tudung berbanding topi baby. 







Ya Allah.. lindungilah mereka. Kurniakanlah kesihatan yang baik untuk mereka. Jadikanlah mereka anak anak yang solehah yang menjaga adab sopannya dan perilaku akhlaknya. Aamin. 

lanjutan follow up madihah

17/5/2017 : follow up  di klinik pediatik. Pagi kami ke sini untuk madihah buat ujian darah LFT. Petang baru jumpa doktor paed. alhamdulillah resultnya menurun fungsi hati tu tapi perlu repeat lagi awal bulan jun. soalan pertama doktor, ibu ada ambil ubat kampung atau jamu ke? ibu jawab tak ambil jamu tapi ada ambil suplemen vitamin. So, doktor mintak ibu stop kan dulu ambil apa apa suplemen kecuali ubat yang dibenarkan pihak hospital. Ok, ibu dah stop dah pun. Semoga coming soon check, bacaan LFT nya normal dah.

23/5/2017 dan 24/5/2017 : madihah warded sebab nak buat ct scan brain esoknya. Ct scan memerlukan baby untuk puasa dan sebab tu kena warded dulu satu malam. Doktor masuk line wayar untuk drip air kat tangannya. Proses untuk baby berpuasa dan ibu tak boleh bagi susu ibu mulai jam 5 pagi hinggalah ujian habis dibuat.

Madihah anak yang kuat. Ct brain berjaya dibuat pada jam lebih kurang 11.30 pagi selepas puas ditidurkan nurse dan doktor. memang kena tidurkan baby baru boleh buat ct scan. Petangnya kami discaj ward dan akan follow appointment untuk review result ct brain sekali dengan monitor LFT pada awal jun nanti. Semoga segalanya dipermudahkan dan tiada lagi kesulitan dan kes ini dapat di close. aamin. 

Ramai yang bertanya kenapa baby? Sebenarnya dia tak sakit atau berpenyakit, cuma ini menurut doktor, possible cmv infection dan boleh berlaku 1 dalam 1000 kes kelahiran. Disebabkan kes itulah memerlukan pemeriksaan susulan. Semoga baik baik sahaja hendaknya dan semuanya OK. aamin. Jangan ditanya bagaimana boleh ada? Kami sendiri pun tak pasti bagaimana. Cuma doktor selalu tanya rumah ada kucing ke? ada bela haiwan ke? pernah melawat kandang-kandang haiwan ke? Haaa gitulah doktor tanya pun. Mungkinlah kan boleh jadi itu salah satu faktornya. Tapi kami tak bela pun tu semua. Kami anggap ini sebagai ujian dari NYA dan semoga Allah permudahkan segalanya dan tiada masalah hendaknya. 

Wednesday, 3 May 2017

Update : follow up madihah


2/5/2017 : Alhamdullilah.  Seawal jam 7.30 pagi kami sudah bergerak ke husm.  Pukul 9 nak jumpa doktor bahagian pediatrik.  Tapi pukul 11 pagi juga baru boleh jumpa.  Sabar kan kami.  Alhamdulillah.  Result semakin membaik tapi doktor ambil darah untuk repeat cmv test dan LPT (Fungsi hati).  Kami kena jumpa balik jam 4 petang untuk tahu semuanya. Berat madihah 4.5kg dah. 
Jam 12pm : kami ke checkup di audio lab dulu.  Ini pengalaman paling menguji kesabaran,  pusing banyak kali nak cari tempat ujian telinga ni.  Rupanya kat bangunan belakang nun di sana.  Gigihnya kami jalan kaki ke sana. Alhamdulillah, setelah di periksa..ujian audio madihah normal dan baik.
4pm : kami jumpa semula doktor untuk tahu result pagi tadi. 

Syukur alhamdulillah. Cmv tu dah turun. Ia sudah NEGATIF. First dulu 1200++ dah jadi 177. Syukur bila doktor kata, tak perlukan treatment yang 6 minggu kena ward tu kalau buat treatment tu. Berita gembira untuk kami. Cuma fungsi hati sahaja bacaannya meningkat sedikit dan perlu monitor lagi dua minggu repeat.  Fungsi hati ni kadang boleh jadi bacaannya meningkat boleh jadi ada masa menurun. Serupa kita orang dewasa kalau buat test pun camtu juga kan. So, kami positif sahaja bab ini. Mungkin hatinya tengah berkerja keras sebab tu bacaannya naik sikit masa tu.

Doktor pakar nak juga buat ct scan tu hujung bulan nanti walaupun result dah ok. Ok lah..kami ikutkan jelah walaupun kami tahu yang ct scan ni akan ada radiasi. Allah..kecik kecik dah kena hadap radiasi. :(

Banyak juga berita gembira yang melegakan kami dan sedikit yang merisaukan kami. Tapi kami cuba untuk kuat dan terus mengharapkan agar semuanya akan baik dan terus baik. Semoga Allah permudahkan segala kesulitan ini. Semoga madihah sihat dan ok. 

Ini bukan penyakit sebenarnya tapi ia adalah prosuder yang memerlukan madihah dipantau secara terperinci agar tiada infeksi yang boleh menyebabkan sesuatu perkara yang serius. Kerana itu juga sepanjang tiga bulan ini memang kerap kami kena follow up dan ulang alik ke husm. Kami anggap ini ujian untuk kami. Syukur alhamdulillah. 

Ya Allah..  Permudahkan lah segala kesulitan. 
Ya Allah..  Sembuhkan lah segala yang sakit. 
Ya Allah..  Semoga madihah dan anak anak kami membesar dengan sihat selalu.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute