Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 18 January 2016

Tampal nama pada pensel.. ada kenangan waktu kecil saya

Orang lain tampal guna sticker tempah.. saya pula cop kan nama anak pada kertas dan tampal dengan salotape. Tukang cop tu abah adam sebenarnya.. tu yang kemas dan menjadi je. Kalau ibu buat tak menjadi comel. Guna salotape tampal di pensel dan buku-buku adam. 

Awal-awal ni memang inilah kerja ibu. Anak bawa balik buku, tulis nama dan balut. Esoknya anak bawa semula buku tu ke sekolah. Tahun satu memang cikgu suruh tinggal buku bawah meja kat sekolah sebab tak mahu bebankan anak. Bawa balik buku bila perlu sahaja. Ok juga bagi saya... taklah anak berat sangat nak bawa beg. Tapi nanti bila dah tahun dua baru mula bawa beg berisi buku yang banyak. :)

Bila buat tampal nama kat pensel ni kan.. teringat pula yang mak saya pernah buat macam ni tapi dia tulis je nama pada kertas dan tampal keliling pensel dengan salotape. Kalau balut buku pula kan, mak akan balut guna kertas minyak atau surat khabar je bila tak boleh nak beli pembalut plastik. Sedih pula rasa ingatkan semua tu.. bukan senang nak menyekolahkan anak-anak dan berikan anak-anak ilmu pendidikan yang terbaik. 

Terimakasih mok terimakasih ayoh. Tak terbalas jasa mereka. Maafkan anakmu ini kerana tak mampu nak berikan kesenangan yang sepatutnya pada kalian. Walaupun saya tidak bergaji dan tidak mampu berkerjaya tapi akan saya gunakan apa yang saya belajar itu sebaiknya untuk manfaat keluarga dan anak-anak. Terimakasih mok dan ayoh atas segala jasa dan pengorbananmu dalam membesarkan ibu kepada adamdhia ni. Semoga mok dan ayoh sihat selalu dan dipanjangkan umur serta dilindungi ALLAH S.W.T selalu. 

Lawatan tadika abang adam


Lawatan ni bulan november tahun lepas.. lawatan kenangan untuk abang adam dengan cikgu dan kawan-kawan. 

Lawatan ke mini zoo kemaman dan gambang waterpark. Gambar kat mini zoo tak ambil pun sebab dia sibuk nak jalan cepat nak tengok haiwan dan mood nak ambil gambar memang kelaut la masa tu. :)
  
Imbau kenangan keriangan adam di gambang waterpark. Abah, ibu dan adik pun ikut sama. 







Lainkali kita pergi dengan family trip pula ye. Standby modal jelah ye. :)

Nota : Alhamdulillah... abang adam dah berganjak kelas. Dah duk kelas pertama di sekolah. Semoga abang adam belajar rajin, sihat selalu dan berjaya dunia akhirat. 

Sunday 17 January 2016

Konvo tadika abang adam dan hari sukan 2015


Cerita akhir tahun sesi sekolah tadika abang adam tahun lepas.. ibu baru nak update di sini sebagai simpanan kenangan buatnya nanti. Ibu nak clear memori gambar kat telefon.. tu simpan sini. :)

Abang adam konvo.



 Muka tu berbedak tebal dan mekap kening sebab baru selesai buaa persembahan gerak kreatif. :)



Hari sukan abang adam.






Anak ibu dah besar... anak ibu dah sekolah rendah dah pun tahun ni. Alhamdulillah sepanjang sekolah tadika, abang adam bagus dan rajin. Semoga abang adam membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup. Berjaya dunia dan akhirat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute