Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 11 October 2016

Diy doll housebox daripada kotak untuk anak


Alhamdulillah. Siap sepenuhnya diy doll housebox ini untuk anak tersayang ibu. Sungguh rasa puas hati bila dah siap dan kepenatan yang dirasakan berbaloi bila melihat si anak seronok bermain.

Ibu telah menggunakan tiga kotak semuanya. Satu kotak kasut dan dua lagi kotak songkok..semuanya kotak tu abah mereka yang punya. Selamat diguna oleh ibu. Bahan lain, ibu guna :

Kotak-kotak kecil seperti kotak ubat anak, kotak sabun hotel dan apa je kotak yang kecil comel untuk ibu buat perabot selain dari perabot yang readymade beli kat kedai eco RM2.12 tu.
Ibu juga guna gunting, salotape,double side tape, sedikit perca kain, straw air kotak, penutup minyak rambut dan helaian kertas berwarna-warni.

Ibu mengambil masa lebih kurang tiga hari nak siapkan sepenuhnya diy housebox ni. Ibu guna patung hello kittu, gift beli mc'd happy meal tak lama dulu. :)

Jom tengok diy ibu.. 
V
V
V
V
 Dari pandangan keseluruhan rumah doll dhia.

 Ibu pun teruja sama bila dah siap ni.

 Pandangan dari sudut atas, ruang bilik tidur dan ruang mekap. :)



 Ruang tamu

 Pandangan tepi.  Ruang dapur dan bilik air. 

 Kitty di dapur.  Tengah fikir nak masak ke nak basuh baju. 

 Rumah doll dhia dah ada meja makan, mesin basuh dan bilik air dah. 

Karpet pun ada.. Ibu guna paper foam buat karpet. :)

Sebenarnya kan, ibu masa kecil pun suka main patung, main pondok-pondok. Pernah ibu buat rumah dari kotak juga masa kecil tapi takde lah perabot tu. Cuma ada tingkap dan pintu. Bila ada anak perempuan sendiri, haaa barulah bersungguh diy untuk dia. 
Alhamdulillah.. Penat yang berbaloi.. Semoga anak ibu jaga elok dan main dengan cermat.  :)

Selamat mencuba semua.  
 

1 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute