Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 12 October 2016

Aktiviti untuk kemahiran motor halus


Tahukah  kita yang perkembangan motor halus ni sangat penting kepada kanak-kanak. Pernah tak kita dengar, ada anak yang masuk sekolah pun tak boleh nak pegang pensel dan gunting dengan betul? Inilah sebabnya kenapa perlunya melatih anak tingkatkan kemahiran motor halus dia. Banyak faedahnya tau.. 

Ada orang beranggapan.. "Alaa.. Takpelah nanti kan cikgu boleh ajarkan" "Alaa.. Buatpe nak ajar,  nanti anak bosan bila banyak sangat belajar dan tahu banyak benda"

Opss.. Saya sangatlah tidak setuju dengan pandangan sebegini. sama juga aasan takut rumah sepah, penat kemas, takde masa... Hehe.percayalah, kepenatan tu akan rasa berbaloi bila anda lihat positif hasilnya. Saya juga buat aktiviti bila ada masa terluang. Tidaklah setiap hari. :)

 Paper roll cutting hair games.
Sepatutnya guna tissue roll, tapi takde..jadi ibu buatkan guna kertas gulungkan.

 Dhia seronok..macam main salon gitu.
"Nak gunting rambut ke cik".

 Semasa aktiviti ini, dhia dipantau sepenuhnya oleh ibu.
Alhamdulillah. Sudah boleh pegang gunting dan menggunting dengan baik.

Beli benda ni kat kedai dua ringgit. 
Masuk butang dalam lubang kecil.
Boleh guna buat huruf abc juga ni nanti. :)

Klip kertas dan magnet yang dilekatkan pada batang aiskrim. 
Paperclips magnet games.

Ala ala mancing kan.. :)

Sorting color games. Klip kertas,lidi dan cawan polestrin. Selain belajar sorting ikut colour, aktiviti ni juga membantu kemahiran motor halus bila nak masuk klip dalam lidi tu.

Anyaman ikan.
Buat kraf seni anyaman tapi boleh bantu jari jemari bergerak untuk anyam tu. 

Tampal di sudut kraf bila dah siap.

Clothesline and mini hanger clips games.
Ini salah satu yang dia paling seronok ulang main. Bukan mudah juga tu nak letak mini hanger pada tali tu. :)


 

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute