Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 5 February 2016

Cara ajar anak mengenal dan mengecam sukukata


Tidak semua anak boleh tengok buku je semasa proses belajar membaca. Maka pelbagai cara perlu dibuat supaya anak mudah menerima dan jadi tidak bosan untuk belajar sukukata. permainan bahasa begini sememangnya mampu membantu anak untuk lebih mengecam sukukata.

 1) Tic tac toe games. Menggunakan dadu dan pemadam sebagai penanda. Anak putar dadu dan dapat nombor..kena sebut sukukata dan tandakan.

 2) Matching games. Tukar cara macam masak memasak gitu.. anak ambil kad dengan sudip dan padankan.

 3) Feed me games. Kotak bijirin dijadikan rupa begitu..  mari beri dia makanan.. suap dia dengan kad huruf.. ambil, baca dan beri dia makan. Mudah kan?

 4) tray matching games. Pompom sebagai penanda. Cari kad yang sama, sebut dan letak pada cawan.


 5) Tic tac toe games. Permainan yang sama tapi versi atas papan whiteboard. Mudah nak padam. Guna dadu dan pemadam comel sebagai penanda.

 6) carta poket doraemon. Guna manilakad dan plastik sebagai poket. Yang ni diguna semasa proses nak ajar gabung bunyi huruf.

 7) parking lot games. Minta anak parkir kereta pada kad huruf sukukata yang disebut. Anak yang suka kereta memang tertarik dan suka dengan games ni.

 8) Latih tubi juga diperlukan untuk pengukuhan.

9) Permainan papan carta poket. Ini aktiviti bina perkataan dari dua kad sukukata. 

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute