Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 23 December 2015

Diy tangram puzzle daripada paper foam

Sebenarnya, saya pernah beli puzzle kayu ni. RM15 untuk dua jenis. Laa rupanya tangram puzzle namanya. Dulu main beli je dan tak berapa guna sangat puzzle ni. Terimakasih kepada puan zurina kawan fb saya yang berkongsi pasal puzzle ni. Best pula tengok bila anak dah faham guna puzzle ni.
Saya diy guna paper foam dan jadikan 3 set puzzle tu. Cukup mudah nak buat puzzle ni.. lukis sahaja bentuk atas foam dan gunting.paper foam tu pula murah je dan sangatlah jimat kalau diy.
 Yang atas tu puzzle hadiah cu mia untuk adam dan dah lama dah puzzle tu. hilang satu bentuk tu saya gantikan dengan foam warna pink.
Yang bawah tu puzzle foam yang diy tu. Sama kan macam yang atas tu?

 Untuk patern mat tu, saya google je image kemudian lukis tiru dan warnakan untuk mudahkan anak saya buat bentuknya.


 Alhamdulillah.. abang adam sukakannya dan mula faham cara guna puzzle ni.

Itu lion ye.. nampak tak rupa lion kat situ? :)
Permainan ni boleh merangsang kemahiran berfikir anak, daya imaginasi dan membantu anak untuk jadi kreatif.
Eh, saya pun turut sama main puzzle ni tau. Best!!! Jom kita diy.. selamat mencuba ye!!

Sunday 20 December 2015

Idea untuk busy bag


Busy bag atau busy board atau busy book? semuanya bagus untuk membantu perkembangan anak-anak.  Salah satu aktiviti untuk buat anak sibuk belajar sambil bermain dan salah satu cara untuk alihkan anak-anak daripada gajet. 

Pelbagaikan busy bag, busy board atau busy book memang sangat membantu untuk anak yang terlampau suka main gajet. Bila buat aktiviti camni kan secara tak langsung anak-anak belajar walaupun nampak macam tengah main. Itulah belajar sambil bermain namanya.

Idea saya dapat ni kebanyakkannya dari web omputeh. Saya suka cari idea di aplikasi pinterest.. sejak ada aplikasi kat phone, memang lagi nemudahkan saya cari idea dan buat.

Saya kongsikan beberapa aktiviti dan abm yang telah saya buat untuk anak-anak.

1) Busy board : matching  shape
 Saya diy guna kotak dan letak velcro pada board tu..bentuk tu pula tampalkan kertas berwarna. Alhamdulillah anak sukakanya.

2) Button up foam stick

 bahan yang murah dan mudah nak buat. Paper foam beli kat mr.diy satu paket RM3.30 dan ada 10 warna. Butang tu RM2 banyak keping dalam satu pek.

Lukis dulu template stick tu pada kertas dan baru tekap pada foam. Gunting cantik-cantik. Kemudian jahitlah butang pada hujungnya. Lepas tu buat hirisan pada hujung lagi satu sebagai lubangnya. Untuk lebih tahan lama dan elakkan lubang tu dari terkoyak, you all boleh tampalkan masking tape pada bahagian bawah sebelum buat sedikit hirisan tu.

Aktiviti ni bagus untuk kemahiran motor halus anak.

3) Lacing activity
 diy lacing mat tu dari paper foam juga. Bahan pun yang mudah dan senang nak buat. Salotape tu diguna untuk salotape pencungkil gigi. Kalau you all rasa panjang sangat pencungkil gigi tu, silalah potong dua ye untuk lebih cun.

4) matching color games.

 paper foam, tutup botol terpakai, kertas keras dan double side tape.

Itu sahaja bahannya. Saya hanya buat bentuk bulat untuk 10 warna tu dan tampal pada kertas keras. Tampal juga foam berwarna pada tutup botol dan saya guna bahagian dalamnya.

 Haa tu budak kecik ni tengah belajar.. main tapi belajar. Belajar tapi main.. hihi. Setakat ni boleh cam warna merah, kuning, biru dan hijau bila saya minta dia tunjukkan. Warna yang lain kena praktis lagi dan belajar lagi.

5) Tiru macam saya. Bentuk dan suaipadankan.
 Tak tahu nak letak nama apa aktiviti ni. Tiru macam saya pun bolehlah ye. Aktiviti ni boleh buat anak fikir macamana nak tiru bentuk macam atasnya tu. Kena main cantum dan letak.

Hanya buat bentuk dan lekatkan pada kertas. Gunting bentuk yang nak dibuat tu pada foam dengan setiapnya dua keping. Satu dilekatkan pada kertas dan satu lagi untuk padanannya nanti.
Dhia cuba buat.. ajar sekali dia dah faham cara buat aktiviti ni. Alhamdulillah.

 abang adam pun memang nak buat juga lah kan...macam biasalah dia tu benda baru buat kat adik, dia pun nak juga.
 siap dah dhia buat. Alhamdulillah.


Saya simpan dalam sheet protector je.. hihi. Lepas tu letak ring dan gantung.


Selain daripada paper foam, felt pun boleh juga sebagai alternatifnya kalau takde jumpa paper foam tu. 
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Diy sendiri abm sesuatu yang memberi kepuasan yang sukar digambarkan kepada saya dan sebab tu saya banyak diy je abm dan toys anak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute