Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 18 December 2015

Doll daripada paper foam untuk adam dhia


Keinginan ibu nak buatkan doll untuk dhia dah lama dah.. ibu google dan kaji dulu cara buat doll dan bajunya. Kaji gitu ye..hihi. you all search je keyword paper doll, magnetic paper doll, felt paper doll... haa nanti berlambak la keluar design dan idea.

Asalnya saya nak buat guna felt tapi masa gi mr.diy kat sini, felt dah habis.. jadinya saya tukar guna foam paper. Beli sepaket RM3.30 dan pelbagai warna dalam satu paket tu. 

Mula mula tu kena buat lakaran template atas kertas dulu baru boleh lukis atas foam. 
 Macam ni lukisnya.. kalau doll girl kena ada rambut belakang tu.

 Satu untuk abang adam dan satu untuk dhia. Baju tu ukur je terus atas foam pun takpe dan rekalah design..

 Ini baju nak gi sekolah..hihi.

Lepas tu kan.. saya upgrade pula guna magnet sheet. Kebetulan ada tin biskut. Sayang gak nak buang. Diy la tin tu jadi tempat main doll..

 Letak magnet depan dan belakang doll serta pada semua baju.

 Bila buat camni.. lagilah anak jadi suka.

Ni rupa magnet sheet tu. Sekeping rm4.90. Saya beli kat kedai buku pustaka seri intan kalau di tempat saya ni. Boleh gunting.. lebih magnet tu nanti boleh buh kat puzzle pulak. 😊

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute